Header Ads

Panduan Terbaik Bagi Pemula Google Adsense

Panduan Terbaik Bagi Pemula Google Adsense |Anda seorang blogger atau marketing online? Jika ya saya rasa anda layak untuk membaca artikel ini seterusnya. Dalam dunia internet marketing ini, kita tak lepas mengkaji dan mencari bagaimana untuk menjana wang melalui online. Dengan hanya petik pada keyboard, kita boleh menuai hasil pendapatan melalui penulisan di laman web. Pokok persoalannya benarkah hanya bermodalkan sebuah blog, seseorang dapat memperoleh wang melalui internet?

Panduan Terbaik Bagi Pemula Google Adsense

Saya sendiri telah berkecimpung di dunia internet marketing ini sebagai seorang blogger ala-ala profesional lebih kurang setahun ikut umur domain blog saya yang baru mencecah 9 bulan. Pada peringkat awal amat perit sekali untuk menghasilkan wang kerana ia memerlukan masa dan strategi. Okay! Sejujurnya bagi saya lebih memilih Google Adsense sebagai cara utama menghasilkan wang melalui penulisan di blog ini. Selain Adsense, affiliate juga termasuklah advertorial dan pengiklanan yang lain sebagai backup pendapatan buat masa sekarang.

Anda tahu apa itu Google Adsense?
...

Bagi anda pemula yang ingin tahu apa itu Google Adsense, saya syorkan terus baca bagaimana cara menjanakan wang dari Google Adsense? Apa syarat untuk daftar Google Adsense? Okay. Dalam artikel ini saya hanya fokus untuk monetise duit Google Adsense melalui blog bukannya YouTube!

Apa itu Google Adsense?


Google Adsense adalah sebuah rangkaian pengiklanan yang menghubungkan antara publisher dengan advertiser. Dimana jika anda seorang blogger atau marketing online, Google Adsense adalah pilihan terbaik untuk didaftarkan. Sekiranya anda berjaya menjadi publisher, selayaknya anda dapat menghasilkan duit melalui iklan Google Adsense.

Google Adsense menerapkan sistem 'Pay Per Click' (PPC), dimana sekiranya pelawat datang ke blog anda dan mengklik iklan yang ditampilkan di blog, anda layak menerima bayaran (komisen) dari Google mengikut kadar CPC, pelawat (negara mana) dan jumlah klik. Semakin banyak klik, makin tinggi anda menjanakan wang melalui Google Adsense.

Panduan Terbaik Bagi Pemula Google Adsense
Komisen Google Adsense Bayar Kepada Publisher

Baca juga :
● Cara Meningkatkan CPC Google Adsense
● Rahsia Lulus Permohonan Google Adsense Dengan Mudah

Syarat untuk daftar Google Adsense


Untuk mendapatkan hasil daripada Google Adsense, anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai publisher Google Adsense, berikut syarat dan caranya ;

1. Blog

Anda minat menulis? Jika anda mempunyai kemahiran dalam penulisan, blog adalah medan terbaik untuk mencungkil bakat menulis dan dapat menghasilkan wang. Jadi, bagaimana nak janakan duit melalui blogging? Rasanya pengiklanan Google Adsense adalah pilihan terbaik untuk didaftarkan dengan akaun blog anda sebagai publisher. Lagipun, tanpa memerlukan modal anda sudah boleh memiliki sebuah website atau blog hanya daftarkan di Blogger.com.

2. YouTube

Selain itu, melalui channel youtube juga anda boleh menghasilkan wang dengan Google Adsense. Jika anda seorang vlogger atau youtuber sebenarnya boleh menghasilkan wang lagi tinggi daripada blog. Tapi, perlu anda ingat bukan semudah itu anda akan dapat views. Btoi dak? Kalau anda vlogger terkenal seperti Mat Luffi atau youtuber terkaya dunia, PewDiePie dengan semudah itu mampu menghasilkan wang yang besar dengan iklan Google Adsense. Apa salahnya jika anda cuba?

Artikel berkaitan: Top 10 Famous Vlogger di Malaysia

Tapi disini saya hanya fokuskan kepada blog...

Contoh iklan Google Adsense 


Panduan Terbaik Bagi Pemula Google Adsense
Contoh Iklan Adsense Bentuk Image 

Berapa lama Google Adsense review blog anda?


Bagi anda yang telah mendaftar sebagai publisher Google Adsense, sebenarnya pihak Adsense akan membuat peninjauan dahulu blog anda sama ada layak atau pun tidak. Umumnya, proses review pertama Google Adsense lebih kurang 24 jam. Jika anda, mendaftar Google Adsense melalui laman web rakan kongsi Google seperti Blogger.com (blogspot) dan Youtube, anda akan melalui satu tahap review. Tapi kalau anda mendaftar blog dengan menggunakan domain seperti .com, .net, .org dll anda akan dikenakan lanjutan review.

Jika permohonan anda berjaya sebagai publisher Google Adsense, anda akan menerima email seperti di bawah. Dengan itu, anda boleh mulakan menjana wang melalui Google Adsense dengan matawang USD. Dollar bukannya RM!

Panduan Terbaik Bagi Pemula Google Adsense
Contoh Permohonan Google Adsense Berjaya Di Email sel

Selepas itu, anda akan menerima PIN dari Google Adsense sebagai jaminan atau pengesahan bahawa akaun anda telah aktif dan boleh menghasilkan duit dari pengiklanan ini. Info lanjut anda boleh baca disini.

Tapi bagaimana pula cara untuk pasangkan iklan Google Adsense?


Okay. Kalau anda telah menerima akaun Google Adsense secara tak langsung anda boleh menempatkan script iklan Adsense di blog anda. Caranya mudah! Anda perlu cipta satu iklan unit dan copypaste ke website anda.

Panduan Terbaik Bagi Pemula Google Adsense

Cipta satu iklan dan dapatkan code. Klik 'Get Code'.

Panduan Terbaik Bagi Pemula Google Adsense

Copy code dan paste pada bahagian 'Add Widget' di HTML

Anda boleh menempatkan iklan Adsense tersebut sama ada dibahagian atas, sidebar, awal posting, tengah posting, akhir posting dan footer bergantung pada citarasa anda. Sebaiknya anda tidak boleh meletakkan iklan lebih daripada 3 untuk homepage blog anda. Jika anda memasang iklan lebih daripada itu, kemungkinan akaun anda akan dibanned kerana telah melanggar TOS yang telah ditetapkan oleh Google Adsense.

Ada cara untuk optimasikan iklan Adsense anda di blog. Jika nak, boleh dapatkan panduan Adsense ini. Klik pada pautan di bawah.

>> Panduan Terbaik Google Adsense Dari Pakar Adsense

Info tambahan :

Pastikan di menu 'My Ads', pada bahagian Page-level ads buat seperti di bawah. Anda boleh buat pilihan untuk klik 'ON' sama ada Anchor ads atau pun Vignette ads .

Iklan Mobile Google Adsense 

Okay bab pembayaran sangat mudah. Nak ambil duit kan memang lah mudah! Tapi perlu ingat tak semudah itu untuk bawa keluar duit Google Adsense. Mana tidaknya anda perlu mengumpul sehingga USD100 barulah boleh cashout Adsense anda sama ada melalui Western Union, Wire Transfer dan Cheque. Jika anda benar-benar main Adsense dengan teknik yang betul, tak mustahil setiap bulan anda boleh menerima pembayaran dari Google Adsense.

Baca juga: Cara Terbaik Menerima Pembayaran Google Adsense

Bestkan buat duit dengan USD?..

Jadi jika anda ingin memiliki info tambahan atau panduan lengkap mengenai Google Adsense. Sila dapatkan panduan yang terbaik dikaryakan oleh otai Adsense Malaysia.

>> Ebook Panduan Raja Adsense Revive 

Wowo...agak panjang lebar aku tuliskan artikel ini. Lebih 1000 rasanya! Saya harap dengan informasi ini anda tak sia-siakan khususnya bagi pemula google adsense. Semoga anda dapat memanfaatkan ilmu ini dari A sehingga Z. Saya hanya kongsi sekadar pengalaman sendiri. Jika ada kesilapan saya mohon maaf. Anda boleh beri komentar jika ada apa-apa soalan yang ingin ditujukan di ruangan komen. Sama-sama kita manfaatkan ilmu ini.

5 comments:

  1. Berapa lama nk tunggu pin tu dpt ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu di malaysia paling lama 3 minggu...lpas tu ikut tempat di mana kita tinggal.

      Delete
  2. Saya punya akaun dalam 3 minggu juga,
    Baru saja approved, alhamdulillah. :)

    http://www.cikguayu.my/

    ReplyDelete
  3. sampai hari ni tak dapat apa-apa balasan dari adsense. aduh kecewa. kalau dapat email reject pun tak apa, ini senyap je. hmm.

    www.mrejoy.com

    ReplyDelete

Powered by Blogger.