Header Ads

Cara Daftar Blog di Webmaster Tools Dengan Mudah

Assalamualaikum kali ni Lokman nak kongsikan info yang sangat penting bagi para blogger. Bagi pendapat saya, kebanyakan blogger tahu untuk bina website, tapi mungkin di kalangan anda tak pernah ambil tahu akan kepentingan webmaster tools untuk sesebuah laman web. Persoalannya apa kepentingan dan kebaikan webmaster tools?

Saya nak tanya korang nak cepat tak artikel korang index di Google. Saya pasti konfem korang jawab yaa.  Tapi, persoalannya webmaster tools belum daftar. Sebenarnya kalau korang guna tools tu lebih cepat artikel korang index di Google. Tak lah kena tunggu berjam-jam atau pun berhari-hari barulah boleh diindex. Okey lah saya terangkan lebih lanjut...


Artikel cara daftar blog di webmaster tools ini khas bagi mereka yang baru sahaja membaca cara membuat blog samada menggunakan platform blogger ataupun wordpress self-hosted. Setiap blog yang baru dibina perlu didaftarkan ke google webmaster tool. Ini kerana google webmaster tools berfungsi untuk melakukan pemantauan pada blog anda.

Selain daripada melakukan pemantauan, fungsi google webmaster tools antara lainnya ialah merekodkan link yang masuk dan keluar dari blog. Ianya boleh membantu anda untuk mengoptimumkan SEO laman anda dan mendapatkan informasi yang lengkap bagaimana sang crawler merayapi website anda dan juga memberitahu masalah-masalah yang berlaku pada blog.

Cara Daftar Blog di Google Webmaster Tool


OK. bagaimanakah cara daftar blog dan melakukan verification di google webmaster tools.

1. Klik halaman Google Webmaster Tools. Login dengan memasukkan akaun gmail anda dan password. Masukkan URL Blog baru anda dengan mengklik icon “ADD A SITE”.

2. Pergi ke Icon setting yang terletak di penjuru sebelah kanan dan pilih menu “verification detail”. 

3. Selepas ini anda akan dibawa ke halaman verification. Pilih verify using a different method. 

4. Pilih cara verification method iaitu HTML Tag. Salin code seperti gambarajah di bawah pastekan code tersebut di template blog anda di bawah code <head>. sebagaimana gambarajah di bawah.

5. Langkah terakhir ialah dengan klik Verify pada halaman verification di google webmaster tools tadi.

6. Selesai sudah tutorial cara daftar blog di webmaster tools.

Sekian terima kasih..! 

Mudah ja kan tak sampai 5 minit blog korang dah ada dalam webmaster tools. Kalau korang ada pertanyaan atau pun korang faham nak buat macam mana, bleh kemukan komen di ruangan.

2 comments:

  1. ทางเข้า BET168 เว็บเดิมพันออนไลน์เองโดยเจ้าของคาสิโน UFABET ระบบ ในขณะที่เว็บเดิมพันออนไลน์ส่วนใหญ่มักจะผ่านเอเย่นต์ PG SLOT หรือการที่มีนายหน้าในการสร้างยูฟ่าจริงอยู่กับการ

    ReplyDelete

Powered by Blogger.