Header Ads

SayaKenaHack.com Aplikasi Semakan Data Peribadi Digodam Atau Tidak!

SayaKenaHack.com Aplikasi Semakan Data Peribadi Digodam Atau Tidak! | Aku tertarik satu isu masa kini dimana satu portal Lowyat.net telah maklumkan berlakunya kebocoran data yang membabitkan lebih kurang 46.2 juta nombor telefon rakyat Malaysia sudah tertiris dalam talian. Untuk pengetahuan korang kebocoran data ini membabitkan semua syarikat telco Malaysia.

SayaKenaHack.com Aplikasi Semakan Data Peribadi Digodam Atau Tidak!

Lebih memeranjatkan bukan setakat ketirisan nombor telefon sahaja, malah turut berlaku kebocoran maklumat peribadi seperti informasi pengguna, alamat termasuklah nombor IMEI dan IMSI turut sama.

Mujurlah, seorang blogger teknologi terkenal bernama Keith Rozario telah mengambil inisiatif dengan membangunkan satu web  SayaKenaHack.com untuk mengesan atau menyemak data peribadi anda sama ada bocor atau pun tidak.

SayaKenaHack.com Aplikasi Semakan Data Peribadi Digodam Atau Tidak!


Bagaimana ia berfungsi?

....

Anda perlu masukkan nombor kad pengenalan tanpa perlu (-) dan akan dipaparkan pangkalan data anda melibatkan nombor telefon dan maklumat peribadi anda. Buat masa sekarang yang aku tahu, status yang dipaparkan adalah yang berkaitan dengan telco seperti Maxis, Digi, Celcom dan UMobile.

Jom buat semakan menerusi https://sayakenahack.com/.

SayaKenaHack.com Aplikasi Semakan Data Peribadi Digodam Atau Tidak!

Gambar di atas hasil semakan dari IC aku memaparkan satu nombor lama Maxis aku dari tahun 2014 yang menunjukkan telah digodam. Menurut Keith Rozario, tak semua kebocoran data ini memberi manfaat kepada penggodam kerana tak semuanya boleh untuk akses.

Untuk dapatkan info lanjut mari terjah website KeithRozario.

Semoga informasi ini memberi manfaat untuk kita semua. Selamat lah diri anda dari digodam! No peace no war tiba2 ja haha...

Kredit : wiser, lowyat

3 comments:

  1. thanks share. nanti nak check. manalah tau kan. cewah, cam retis plak orang nak godam kita

    ReplyDelete
  2. Perkongsian bermanfaat untuk mereka yang was-was takut diri digodam :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.