Header Ads

Contoh Resume Mohon Kerja Kerajaan & Swasta Terbaik

Contoh Resume Mohon Kerja Kerajaan & Swasta Terbaik | Setiap pekerjaan memerlukan resume sebagai kayu pengukur untuk mengambil calon yang benar-benar layak bekerja sama ada di sektor kerajaan mahupun swasta. Resume ni bagaikan cerminan diri seseorang, jika anda hasilkan penulisan resume yang baik, pastinya memberi laluan mudah untuk anda berjaya dalam temuduga. Namun begitu, ada sesetengah calon yang mengambil sambil lewa tentang kepentingan resume sedangkan ia salah satu perkara yang penting dalam temuduga lebih-lebih untuk penjawat awam.

Contoh Resume Mohon Kerja Kerajaan & Swasta Terbaik

Rata-rata calon ada yang menghantar resume mentah-mentah telah ditolak oleh HR atau panel penemuduga untuk temuduga kerajaan. Apa faktor utama kegagalan mereka dalam penulisan resume?
...

Adakah maklumat terkandung dalam resume tidak cukup lengkap? Atau resume yang diberikan tidak dapat memukau hati majikan anda?...

Menurut statistik dari kajian yang dijalankan, lebih 90% daripada calon temuduga kerajaan mahupun swasta tidak tahu menulis resume yang baik! Inilah hakikatnya, tapi boleh diubah pepsepsi jika anda benar-benar serius untuk lulus temuduga. Oleh itu anda perlu menyediakan resume yang terbaik dan menambat hati majikan!

Tetapi bagaimana menghasilkan resume yang baik? Okay baca selanjutnya sehingga habis!...

Apa yang penting dan wajib ada dalam penulisan resume anda?

Contoh Resume Kerja Terbaik & Terkini 


Pengenalan Diri 

● Nama penuh pemohon (Nama seperti dalam IC)
● Jantina
● Alamat lengkap
● Nombor kad pengenalan
● Gambar saiz passport
● No. Telefon
● Email (pastikan email anda ada nama anda)
● Status (bujang atau berkahwin atau balu/janda/duda)

Objektif & Matlamat Kerjaya 

● Berikan matlamat atau visi anda untuk memberi sumbangan dalam organisasi ini dengan jelas.

Latarbelakang Pendidikan 

● Kelayakan pendidikan anda mengikut tahap tertinggi pernah anda belajar. Contohnya jika tahap pendidikan anda hingga peringkat Ijazah Sarjana Muda, utamakan peringkat ini.
● Barulah seberikutnya Diploma atau STPM dan SPM.

Pengalaman Kerja 

● Pengalaman kerja yang anda pernah lakukan terutamanya melibatkan bidang anda study.
● Jika anda fresh graduates, anda boleh senaraikan pengalaman anda di Latihan Industri. (Jangan tak letak langsung)

Aktiviti Kokurikulum

● Senaraikan persatuan/ kelab yang pernah ada ceburi dan nyatakan jawatan jika ada.

Skill/ Kemahiran

● Senaraikan skill atau kemahiran yang anda ada.
Contohnya : Microsoft Word/ PowerPoint/ Excel, AutoCAD dan sebagainya.
● Senaraikan kursus kemahiran yang pernah anda terlibat contohnya seperti bahasa Mandarin, bahasa Sepanyol, AutoCAD, IBS dan banyak lagi .

Ini antara skop atau perkara yang anda perlu titikberatkan dalam penulisan resume yang terbaik. Jangan ambil mudah perkara ini!

Jika anda nak berjaya dan inginkan dapatkan maklumat lanjut berkaitan resume terbaik. Anda boleh klik link Rahsia Resume Lulus Temuduga Kerajaan di bawah sebagai panduan buat anda semua!


Admin berharap semoga perkongsian ini dapat membantu anda sekurang-kurangnya mempamerkan resume yang terbaik. Bonus jika anda mendapat pekerjaan tersebut! Selamat maju jaya kepada semua calon. Jangan lupa kongsi ya..

Kata Carian Dicari :
download contoh resume, contoh resume 2017 bahasa melayu, contoh resume lepasan spm, contoh resume kerajaan, contoh resume pdf, contoh resume terbaik, contoh resume terbaik 2017.

No comments

Powered by Blogger.