Header Ads

Permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome-i 2017

Permohonan Skim Perumahan Belia BSN 2017| Adakah anda memerlukan pinjaman perumahan untuk rumah pertama anda? Berita baik kepada belia yang bujang atau sudah berkahwin berusia antara 25 dan 40 tahun untuk memiliki rumah pertama. Untuk makluman, anda kini boleh membuat permohonan Skim Perumahan Belia MyHome-i atau Youth Housing Scheme yang mula diperkenalkan sejak tahun 2015 khususnya kepada golongan belia yang tidak mampu memiliki rumah pertama. Tawaran skim perumahan ini boleh dipohon sehingga 31 Disember 2017. Disini saya akan kongsikan maklumat tentang panduan permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome-i 2017.

Permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome-i 2017

Permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome-i 2017


Berikut dikongsikan adalah maklumat dan panduan Permohonan Skim Perumahan Belia BSN termasuk syarat permohonan, dokumen diperlukan dan lain-lain lagi ;

Maklumat Pembiayaan Pinjaman Skim Perumahan Belia BSN 


Harga Hartanah
● Minimum : RM100,000
● Maksimum : RM500,000

Margin Pembiayaan
● Hartanah: Sehingga 100% harga belian/ harga pasaran (mengikut mana yang lebih rendah)
● MRTT: Sehingga 5% harga belian/ harga pasaran (mengikut mana yang lebih rendah)

Tempoh Pembiayaan
● Minimum : 5 tahun
● Maksimum : 35 tahun (tertakluk pada had umur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan)

Kadar Keuntungan
● Julat harga antara KA+0.60% sehingga KA+3.00% bergantung kepada profil dan lokasi hartanah pelanggan.
● Bagi amaun pembiayaan RM350,000 dan ke atas dengan tempoh pembiayaan 30 tahun dan tanpa tempoh lock-in, kadar keuntungan indikatif adalah BR + 0.80%*. (terpakai hanya untuk pakej NZEC).
● Kadar Asas (KA) BSN semasa adalah 3.95% ( berkuatkuasa mulai 21 Julai 2016)

Artikel berkaitan 👉 Permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2018

Syarat Permohonan Skim Perumahan Belia BSN


» Warganegara Malaysia.
» Berumur 21 hingga 45 tahun (tertakluk pada had umur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan)
» Bujang atau berkahwin.
» Pendapatan isi rumah tidak lebih daripada RM10,000 sebulan.
» Pembeli Pertama Kali.
» Pembiayaan Individu / Bersama.
» Pemegang akaun BSN GIRO / GIRO-i.
» Bukti pembelian.

Cara Permohonan Skim Perumahan Belia BSN 


Untuk memohon Skim Perumahan Belia BSN MyHome-i tahun 2017, anda boleh memuat turun borang permohonan Skim Perumahan Belia menerusi pautan di bawah ;

==>> Borang Skim Perumahan Belia BSN 

Dokumen Yang Diperlukan Permohonan Skim Perumahan Belia BSN 


» Borang permohonan BSN
» Salinan Kad Pengenalan
» Sijil Perkahwinan yang sah
» Pemohon Bekerja Tetap / Pemohon bersama (pasangan sahaja)
-  Slip Gaji 3 bulan terkini
Nota: Jika bukan pemohon bersama, pasangan kepada pemohon hendaklah mengemukakan 1 salinan slip gaji terkini.
- Penyata bank 3 bulan terkini
- Slip Gaji dan penyata bank untuk tempoh 6 bulan terkini (pendapatan lain)
- Penyata KWSP
- Surat Pengesahan Majikan
» Pemohon Bekerja Sendiri/ Pemohon Bersama (pasangan sahaja)
- Pendaftaran Syarikat (SSM)
- Borang B/BE + Resit LHDN
- Penyata Kewangan Syarikat
- Penyata bank syarikat 6 bulan
- Dokumen lain, iaitu laporan lawatan tapak, dsb.
» Bukti pembelian yang terdiri daripada salinan Perjanjian Jual Beli Hartanah (S&P), yang telah dimatikan setem. Jika S&P belum selesai, resit deposit / pesanan pembelian pro forma boleh diterima bagi tujuan kelulusan permohonan
» Salinan laporan penilaian (untuk pembelian hartanah siap daripada individu / bukan pemaju) daripada panel penilai BSN
» Salinan Geran Induk / Individu (jika ada)
» Akuan berkanun bagi memastikan hanya yang layak untuk pembelian rumah pertama dan kegunaan sendiri sahaja yang layak untuk skim ini dan perlu disahkan oleh pesuruhjaya sumpah.
(Nota: Akuan berkanun perlu ditandatangani oleh pemohon dan pemohon bersama/ pasangan (jika bukan pemohon bersama)

Tarikh Tutup Permohonan Skim Perumahan Belia BSN 2017


31 Disember 2017

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Skim Perumahan Belia, boleh layari laman web di www.mybsn.com.my atau hubungi talian hotline khidmat pelanggan BSN di 1300-88-1900. Anda juga boleh terus layari ke laman Youth Housing Scheme.

Baca juga :
Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim 2017

Semoga perkongsian ini memberi pengetahuan kepada anda khususnya golongan belia untuk memiliki rumah pertama dengan membuat permohonan Youth Housing Scheme BSN 2017. Selamat maju jaya memiliki rumah idaman anda.

4 comments:

  1. benda yang paling mencabar nak beli kalau income tidak menentu adalah rumah..

    tak ada rumah susah juga.

    ada rumah bebanan kewangan pulak..

    pilihan terbaik ialah menjana wang sebanyak boleh..

    baru hati boleh senang.

    ReplyDelete
  2. Susahnya nak beli rumah sekarang ni...harga melonjak naik plk tu...

    ReplyDelete
  3. nak cari rumah, nak cari rumah..huhu..

    ReplyDelete
  4. Alaa dh ambil loan dgn bank lain

    ReplyDelete

Powered by Blogger.