Header Ads

Cara Buat Duit Dengan Affiliate Jana Pendapatan 3 atau 4 Angka Sebulan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog lokmanamirul. Dengan masa yang ada selepas habis-habisan mencurah keringat untuk promosi ebook rujukan exam Kawalan Trafik Udara, hari ni ada kesempatan untuk kongsikan serba sedikit tentang affiliate. Jika entri sebelum ini saya pernah kongsikan "Jana Duit 4 Angka 4 Hari Dengan Affiliate"! Okay kali ini saya nak terangkan cara buat duit dengan affiliate.

Cara Buat Duit Dengan Affiliate Jana Pendapatan 3 atau 4 Angka Sebulan

Rasanya sudah banyak blogger atau marketer online yang telah buat duit dengan affiliate dan mereka kongsikan cara buat duit dengan affiliate dengan jana pendapatan sebulan sehingga 4 atau 5 angka. Pasti anda tak percaya kan!

Inilah persoalan yang sering ditanya bolehkah jana pendapatan melalui affiliate marketing? Bagaimana cara untuk mulakan affiliate marketing ini?
...

Bagi pendapat saya, affiliate marketing adalah salah satu cara mudah jana pendapatan online dengan hanya sertai program affiliate .. !

Apa itu affiliate?


Jika anda lihat entri sebelum ini saya ada terangkan apa itu affiliate. Okay untuk entri ni saya ringkaskan jawapan!

Dalam bahasa mudah, affiliate adalah salah satu bidang dunia pemasaran online yang terbaik, dimana anda merupakan agen atau 'orang tengah' yang mempromosikan sesuatu produk sama ada produk fizikal atau digital tanpa ada simpan barang. Anda hanya perlu daftar affiliate dan boleh mula promosikan produk tanpa anda miliki produk.

Cara Buat Duit Dengan Affiliate Jana Pendapatan 3 atau 4 Angka Sebulan
Konsep Affiliate Marketing 

Okay anda sudah faham maksud affiliate tu! Teruskan bacaan dan pastinya anda ingin tahu macam mana nak join affiliate.

...

Sebenarnya banyak sangat program affiliate di Malaysia tidak termasuk lagi affiliate dari luar negara. Antaranya program affiliate Malaysia iaitu Klikjer, Sweet Muslimah, Bookcafe, Involveasia, Infokerjaya dan banyak lagi. Lebih menarik, kebanyakan affiliate pendaftaran adalah PERCUMA! Anda hanya perlu promosikan produk melalui link, banner atau email anda dan sekiranya dapat sales, anda akan menerima komisen mengikut kadar yang ditetapkan.

Baca juga ➡ Jana Duit Melalui Affiliate InvolveAsia 

Berapa komisen sebagai agen affiliate?

Ada program affiliate yang menawarkan komisen sehingga 70%. Kebiasaannya jumlah komisen affiliate adalah 50%.

Sebagai contohnya anda menawarkan produk bernilai RM100 maka anda akan mendapat komisen sebanyak RM50 sekiranya 50% commission. Ingat anda hanya perlu kongsikan link anda dan promosikan di pelbagai platform. Itu baru 1 produk, jika pembelian 10 produk, maka anda akan menerima RM500!

Kesemua ini bergantung minat dan kebolehan anda untuk mempromosikan produk sama ada melalui media sosial, blog, email dan lain-lain lagi. Jika anda minat dengan niche kerjaya, anda boleh sertai affiliate Infokerjaya. Sekiranya anda ingin promosi pakaian muslimah boleh join TudungSiComel dan Sweet Muslimah.

Bukti Komisen Dari Affiliate 

Cara Buat Duit Dengan Affiliate Jana Pendapatan 3 atau 4 Angka Sebulan
Komisen dari Infokerjaya

Cara Buat Duit Dengan Affiliate Jana Pendapatan 3 atau 4 Angka Sebulan
Jualan dari ebook exam LHDN


Cara Buat Duit Dengan Affiliate Jana Pendapatan 3 atau 4 Angka Sebulan
Komisen dari Klikjer 

Cara Buat Duit Dengan Affiliate Jana Pendapatan 3 atau 4 Angka Sebulan
Komisen dari InvolveAsia (27/9/2017 - 4/10/2017)

Bagaimana pula teknik dan cara jana duit dengan affiliate yang mudah dan menguntungkan?
...

Cara nak memasarkan produk affiliate..?

Untuk pengetahuan, sebenarnya banyak cara boleh anda promosikan produk di platform yang disediakan. Contoh terbaik yang saya aplikasikan untuk memasarkan produk adalah melalui laman web, sosial media dan email.

Blogging

Blogging adalah salah satu cara terbaik untuk promosikan produk affiliate dengan mendapatkan trafik dari visitors. Anda hanya perlu bina website dan jenamakan. Pelbagai platform blogging disediakan dengan domain percuma yang dibina oleh Google atau juga domain berbayar. Tetapi saya lebih syorkan menggunakan platform WordPress.

Sekiranya anda ingin mempromosikan produk niche kerjaya, anda boleh membina website tentang kerjaya misalnya contoh LamanKerjaya, RujukanKerjaya dan TipKerjaya adalah antara laman web terbaik mempromosikan produk dari affiliate Infokerjaya.

Info lanjut ==>> Panduan Buat Duit Dengan Blog

Laman Sosial 

Laman sosial seperti Facebook, Instagram, Whatsapp dan Telegram adalah salah satu medium terbaik untuk promosikan produk affiliate anda. Misalnya anda boleh bina fanpage/ group Facebook untuk pemasaran produk anda. Selain itu anda juga boleh promosikan produk dengan menggunakan Facebook Ads.

Email Marketing

Pemasaran menggunakan email adalah salah satu teknik pemasaran yang terbaik. Anda perlu mencipta ayat copywriting yang boleh memikat hati pelanggan anda. Bagaimana nak kumpul list anda? Tak usah bimbang, anda boleh menggunakan autoresponder seperti Aweber, Mailchimp, Constant Contact dan banyak lagi. Dengan adanya web ini, anda boleh mengumpul mailing list dan membuat penghantaran secara sistematik.

Rujuk sini ➡ Formula Buat Duit Guna Strategi Email Marketing

Inilah antara cara anda boleh gunakan untuk pemasaran produk affiliate khususnya bagi pemula yang baru terjebak dalam affiliate marketing. Jika anda benar-benar serius dan berminat dengan affiliate tak mustahil anda boleh jana pendapatan dengan 4 atau 5 angka sebulan.

Sekiranya anda ingin mengetahui cara berkesan promote produk affiliate anda, boleh dapatkan Panduan Affiliate Simple Tapi Power dari tuan Oswald melalui link ini → KLIKSINI.

Artikel berkaitan : Cara Pemasaran Produk Melalui Google AdWords

Semoga perkongsian ini membantu anda untuk mulakan buat duit dengan affiliate. Diharapkan artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda. Terima kasih membaca artikel Cara Buat Duit Dengan Affiliate Jana Pendapatan 3 atau 4 Angka Sebulan!

7 comments:

  1. Masyukkk. Tak pandai lagi nak promote link affiliate ni. Baru letak link je sekarang

    ReplyDelete
  2. sedap la hang belanja aku sekali

    ReplyDelete
  3. salam singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/10/masuk-sem-2.html

    ReplyDelete
  4. otw nak berjinak2 dgn affiliate..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan boleh jana duit melalui affiliate pula.

      Delete
  5. selepas ini saya wajar berguru dengan Sifu Lokman..

    bukan calang-calang orang boleh berjaya dalam bidang Affiliate..

    mesti kena dengan produk,pasaran dan sebagainya..

    tahniah Sifu

    ReplyDelete

Powered by Blogger.