ShellOut Terbaik Penang Di Fullamak Cafe
ShellOut Terbaik Penang Di Fullamak Cafe |Jika sebelum ini aku lebih gemar makan makanan western, apa salahnya aku cuba menu baharu yang tampak lebih segar iaitu makanan laut yang dikenali sebagai 'shellout'. Dengan pulak rakan aku ajak pergi ke restoran shellout, memang aku tak tolak lah untuk turut join sekali. Sebenarnya sebelum tu, kami keluar pergi layan filem Dunkirk di Sunway dulu. Haha lepaskan stress...
Restoran : Fullamak Cafe
Alamat :
No.26 Borong Pauh Jaya 1/1, Jalan Baru, Taman Pauh Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang.
Selepas tamat filem dalam pukol 2.30 petang macam tu barulah kami beredar pergi ke sebuah restoran shellout 'Fullamak Cafe' di Taman Pauh Jaya, Perai. Bersebelahan dengan pejabat UDA. Dengan khabarnya restoran ala-ala kafe ni semakin mendapat perhatian di hati rakyat orang Utara khususnya di Prai. Sampai je kafe tu biasalah waktu petang dalam pukol 3 macam tu mana nak ada orang pergi makan. Makanan laut ni kebanyakan orang lebih gemar makan pada waktu malam...baru feels kan..!
Tapi dah sampai sini tak kan kami nak balik dengan perut kosong. Memang tak lah... Terpegun seketika mana taknya konsep yang ditampilkan dalam kafe ni memang cantik yang bertemakan bolasepak. Anda boleh lihat di sekeliling cafe dipamerkan gambar jersi bola, mafla termasuklah stiker pelbagai kelab dan negara. Haaa tanpa buang masa kami setuju pilih menu 'Set 6 Sekawan' walaupun kami hanya 5 orang ja.
Di Fullamak Cafe, sebenarnya menyediakan tiga set menu iaitu Set Couple (RM35), Set 4 Sekawan (RM65) dan Set 6 Sekawan (RM95). Setiap menu terdapat pelbagai makanan laut seperti ketam, udang, sotong, siput, jagung termasuklah sayur-sayuran. Tapi untuk harga nasi asing hanya RM1.20 satu bekas. Anda boleh buat pilihan untuk tambahan seafood.
Rugi korang tak try??? |
Memang terbaiklah dan terasa kesedapan kuah/ sos shellout yang diadun tradisional sambal dimana dalamnya dipecahkan telur. Ada rasa pedas-pedas makan lagi memang tak puas lah. Udang, sotong dan isi ketam memang terasa puas sekali. Besar jugaklah! Tambahan pulak dengan siput lala yang diadun dengan sos sambal memang sangat memukau.
Tapi bagi anda yang ingin mencuba menu lain yang lebih rare boleh pilih Set Puas @Shellout Ketam Nipah dan Set Pasta @shellout Spimy Cheese Pasta. Selain itu juga, Fullamak Cafe turut menyediakan menu menarik yang lain seperti kerang rebus fullamak cicah sos, aneka spaghetti, nasi goreng special fullamak dan macam-macam lagi. Semua menu rasanya perlu cuba...
Bagi aku memang sangat berbaloi makan makanan laut disini. Makanan lautnya sangat segar. Tak rugilah korang di luar sana khususnya warga Penang untuk mencuba shellout di Fullamak Cafe. Aku rasa cafe ni antara shellout terbaik di Penang.
Maklumat Fullamak Cafe
Restoran : Fullamak Cafe
Alamat :
No.26 Borong Pauh Jaya 1/1, Jalan Baru, Taman Pauh Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang.
Waktu niaga :
● Selasa hingga Khamis : 12 tengahari - 12 tengah malam
● Jumaat hingga Ahad : 5 petang hingga 12 tengah malam
Orang utaqha mari-mari maihhh... Selamat shellout di Fullamak Cafe!
Nampak menarik tempat makan ni.. kena cuba juga ni >.<
ReplyDeleteMenarik nama cafe & trademark dia . Pengemar-pemgemar seafood wajib terjah tempat ni . Harga pun CCL tengok ok
ReplyDelete