Header Ads

Semakan Wang Tak Dituntut WTD Di Jabatan Akauntan Negara

Semakan Wang Tak Dituntut WTD Di Jabatan Akauntan Negara |Anda dah buat semakan Wang Tidak Dituntut (WTD)? Betul ke Wang Tak Dituntut kita boleh dapat balik? Apa yang dimaksudkan Wang Tidak Dituntut? Mungkin ramai yang belum tahu lagi mengenai Wang Tidak Dituntut, dimana anda boleh buat permohonan Wang Tak Dituntut dengan menyemak akaun anda di semua pejabat JANM seluruh negeri.

Semakan Wang Tak Dituntut WTD Di Jabatan Akauntan Negara

Isu ini mula hangat diperkatakan apabila seorang pengguna FB, bernama Idah Basri mendakwa mendapat RM14,000 selepas membuat semakan WTD miliknya. Dikhabarkan dari kementerian sebanyak RM5.8 billion Wang Tak Dituntut dari lebih 55 juta rekod termasuk akaun simpanan. Banyak tu beb??? Rugi bagi anda yang tidak menuntut wang semula yang ada baki di dalam akaun bank.


Apa Itu Wang Tak Dituntut (WTD)?


Sebelum saya cerita lebih lanjut tentang cara-cara semak Wang Tak Dituntut, apa salahnya anda tahu lebih dahulu apa sebenarnya WTD.

Wang Tak Dituntut adalah wang yang sepatutnya dibayar kepada pemilik asal akaun dalam satu tempoh masa tidak kurang setahun. Ianya boleh datang hasil daripada majikan anda seperti gaji, upah, komisen atau bonus.

Selain itu, WTD juga boleh jadi wang dalam kredit sesuatu akaun yang tidak lagi dikendalikan oleh pemilik akaun itu dengan apa cara sekalipun dalam tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun. Tidak kiralah sama ada akaun anda akaun simpanan, akaun semasa atau akaun tetap.

Semakan Wang Tak Dituntut di Jabatan Akauntan Negara 


Untuk buat masa sekarang, anda tidak dapat buat semakan WTD secara online. Dimana anda boleh membuat semakan Wang Tak Dituntut di semua pejabat JNAM negeri di seluruh negara. Anda perlu membawa kad pengenalan masing-masing dan IC dorang akan detect. Maka, anda boleh tahu akaun dari institusi kewangan yang mana duit korang masih berbaki.

Jika ada baki yang boleh dikeluarkan, anda perlu mengisi Borang Permohonan Bayaran Balik WTD untuk membuat tuntutan semula wang anda. Dan perlu disertakan beberapa dokumen berkaitan termasuk salinan IC, surat pengesahan bank berkenaan, bank statement atau buku bank yang aktif untuk tujuan bayaran balik melalui bank in terus. Lepas dokumen dan borang diisi siap lengkap ke Pejabat Jabatan Akauntan Negara. Duit akan masuk secara bank ini terus ke akaun anda dalam masa 30 hari sahaja.


Kalau nak check bagi ahli keluarga yang uzur, sila bawa surat pengesahan kesihatan dari klinik atau hospital dan surat sokongan menyatakan hubungan anda dengan pesakit. Manakala pula yang ingin menuntut wang semula bagi ahli yang meninggal dunia, sila bawa sijil kematian asal ataua surat kuasa (sekiranya ada) atau juga surat pertalian (surat beranak@ sijil nikah asal).

Baca juga : Semakan e-Penyata Gaji Kakitangan Awam Online

Semakan Wang Tak Dituntut Online 


Untuk makluman anda, kini Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) sedang membangunkan satu portal online untuk membuat permohonan dan semakan Wang Tak Dituntut. Dijangka sistem online ini akan dibuka pada tahun 2018. Dengan adanya sistem ini anda tidak perlu lagi beratur panjang di kaunter JANM.

Bagi anda yang belum lagi menyemak WTD jangan tergesa-gesa pergi ke kaunter JANM, dimana semakan ini tidak mempunyai tarikh luput. Untuk dapatkan maklumat lanjut, anda boleh layari ke laman web ANM di alamat www.anm.gov.my.

Semoga perkongsian ini dapat membantu mereka untuk membuat semakan Wang Tak Dituntut dengan mudah. Selamat maju jaya. Mohon share kepada rakan-rakan anda yang belum tahu tentang info ini!!!

3 comments:

Powered by Blogger.