Header Ads

Semak Saman Trafik PDRM Secara Online

Semak Saman Trafik PDRM Secara Online |Pernah ada pengalaman kena saman dengan polis atau JPJ? Pelbagai kesalahan yang boleh tindakan saman di atas jalan raya antaranya iaitu langgar lampu isyarat, tiada lesen sah memandu atau paling kerap speed trap. Kan? Tahu cara nak semak saman PDRM? Sekarang mudah ja korang untuk menyemak saman secara online Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Kini, anda boleh semak saman dan membuat pembayaran melalui sistem MYeG dan Rilek.

Semak Saman Trafik PDRM Secara Online

Semak Saman Trafik PDRM Online 


Berikut adalah cara semak saman dan pembayaran saman secara online di portal-portal seperti ;

Semak Saman Online MYeG Services 


1. Bagi pertama kali login username & password ke portal MYeG untuk pengguna berdaftar MYeG.
2. Untuk pengguna pertama kali, anda perlu daftar dahulu dengan isikan butiran diri anda. Selesai isi borang dan klik hantar.
3. Anda boleh menyemak saman sama ada saman JPJ atau semak saman trafik PDRM.
4. Masukkan nombor plat kenderaan anda dan kemudian hantar. Jika anda kena saman serta merta keluar dan anda boleh buat pembayaran menggunakan kad kredit.
5. Print resit anda sebagai bukti.


Semak Saman Online Rilek Services 


● Anda boleh semak saman terus ke Portal Rilek.

Mudahkan adanya sistem online MYeG dan Rilek? Anda tak perlu ke Kaunter Trafik COPS untuk menyemak sama anda kena saman ataupun tidak. Kini semuanya secara online saja. Bagi yang kena saman jangan lengah-lengahkan bayar, nanti kena naik mahkamah pulak. Semoga perkongsian ini membantu mereka yang ingin menyemak dan membayar saman polis trafik secara online.

No comments

Powered by Blogger.