Header Ads

Review Filem War For The Planet Of The Apes, Dendam Caesar Terhadap Colonel!

Review Filem War For The Planet Of The Apes, Dendam Caesar Terhadap Colonel!|Filem siri Planet of the Apes yang sangat dinanti-nantikan bagi peminat citer ini iaitu War for the Planet of the apes. Sebagai peminat memang aku tak sabar tengok citer ini. Hari pertama (13/7/2017) mula ditayangkan aku dan rakan-rakan dah tempah tiket untuk saksikan bagaimana mawas yang bijak, adakah mereka boleh bersama dengan manusia atau akan berlaku peperangan besar berdasarkan judul siri ini. Jika diimbas siri sebelum ini 'Dawn of the Planet of the Apes' yang menyaksikan manusia cuba hidup bersama dengan mawas itu. Semakin bijak monyet ini, semain memberi ancaman kepada manusia!

Review Filem War For The Planet Of The Apes, Dendam Caesar Terhadap Colonel!

Okay sebelum aku nak kritik atau analyse filem ini, aku cerita serba sedikit sinopsis atau jalan cerita filem War for the Planet of the Apes. Lebih mudah faham nanti korang nak tonton filem ini di pawagam. Yang penting mesti korang tahu dua siri sebelum ini. Jika korang peminat setia filem siri ni, mesti tahulah.

Review Filem War For The Planet Of The Apes, Dendam Caesar Terhadap Colonel!
Tiket filem ini di TGV AEON Mertajam 

Sinopsis War For The Planet Of The Apes 


Dalam filem War for the Planet of the Apes mengisahkan tentang satu batalion pasukan tentera khas yang diketuai oleh seorang 'Colonel' yang agak ganas. Dalam babak awal menyaksikan berlaku peperangan awal dimana batalion itu telah menyerang mawas secara terancang. Namun begitu, pihak mawas berjaya mematahkan serangan tersebut termasuklah kapten pun telah terbunuh dan terdapat 4 orang tentera dijadikan tawanan.

Caesar, ketua mawas yang bijak dan boleh bertutur telah memilih jalan pendamaian dan tidak ingin berperang. Caesar telah melepaskan beberapa tawanan itu dengan syarat mereka membawa mesej kepada Colonel supaya hentikan serangan ini. (Jika dilihat Caesar mahu hidup aman tanpa diganggu manusia). Namun apa yang terjadi sebaliknya... nak tahu apa terjadi?

Pada masa yang sama anak Caesar telah pulang setelah berjaya mencari lokasi yang baharu untuk ditinggalkan. Di mana mereka menemui satu tempat tinggal yang selamat di padang pasir. Caesar merancang untuk memindahkan semua mawas tersebut dan menangguhkan seketika supaya pihak tentera tidak mengesan mereka. Namun, malangnya pihak tentera yang diketuai Colonel memasuki tapak kem mawas dan berjaya membunuh anak sulung dan isteri Caesar.

Mulai daripada itu, Caesar berdendam terhadap Colonel itu dan ingin membunuhnya. Caesar telah memaksa mawas yang lain berpindah ke tempat sementara di mana dia mahu mencari pangkalan Colonel tinggal. Caesar telah pergi bersama 3 mawas lain iaitu Maurice, Rocket dan Luca. Dalam mencari pangkalan, mereka telah terserempak dengan satu rumah dimana mereka menemui seorang budak. Maurice yang bersimpati terhadap budak perempuan itu telah memberi patung mainan dan memujuk Caesar untuk dibawa sekali setelah ayahnya telah mati ditembak oleh Caesar. Anehnya budak itu tidak boleh bercakap.

Review Filem War For The Planet Of The Apes, Dendam Caesar Terhadap Colonel!
Budak perempuan yang tidak boleh bercakap bersama Caesar, Bad Ape dan 3 mawas lain.

Kemudian mereka juga mendapati pihak tentera telah membunuh beberapa orang manusia. Apakah yang terjadi? Kenapa pihak tentera membuat sedemikian...? Dan siapakah budak perempuan itu yang dinamakan sebagai Nova? Mengapa beliau tidak boleh bercakap? Lebih mengejutkan terjadi terhadap Colonel sehingga membunuh diri?

Review War For The Planet Of The Apes 


Jalan Cerita dan Lakonan 

Jika dilihat tajuk siri ini berjudul 'war' for the planet of the apes seakan filem yang penuh dengan babak aksi. Namun sebaliknya kerana cerita ini lebih fokus kepada adventure 'apes', survival dan drama. Aksi peperangan hanya terjadi pada babak awal dan akhir. Anda akan perasan banyak babak Caesar bersama 3 mawas lain mengembara untuk menjejaki pangkalan tentera itu.

Aku sangka ketika babak peperangan adalah lebih 'boom' namun sebaliknya berlaku kerana dilihat terlalu simple dan tidak dirancang dengan teliti. Taktikal peperangan pun tidak dibawa dengan baik sedangkan mereka batalion tentera khas. Logik ka tentera yang diketuai Colonel (tidak begitu ramai anggota) untuk melawan tentera luar (berpakaian warna putih) yang lebih besar yang mempunyai kereta kebal, helikopter dan senjata canggih, sedangkan masa yang sama mereka juga berperang dengan the apes. Lebih mudah kata peperangan ini berlaku antara 'manusia dengan mawas' dan 'manusia dengan manusia'!

Review Filem War For The Planet Of The Apes, Dendam Caesar Terhadap Colonel!
Colonel bersama Donkey (mawas suruhan)

Namun begitu, cerita ini berjaya merungkaikan kenapa jumlah manusia semakin susut? Mengapa budak perempuan itu tidak boleh bercakap dan mengenai kenapa dunia berada dalam keadaan tersebut. Apa yang aku nilai, lebih fokus jalan penceritaan filem ini dan banyak tertumpu kepada perjalanan Caesar.

Apa yang sedikit menghampakan adalah kisah tamatnya tidak begitu epik. Apa yang boleh aku katakan nampak banyak ruang yang boleh dibaiki dan ditambah supaya nampak lebih kemas pengakhirannya. Memang lah dilihat semua tentera telah mati dibom oleh bahan mudah letupan dan ribut salji yang sangat dashyat menghancurkan semua tentera luar putih, tapi nampak macam terlalu mudah kesemuanya dihapuskan. Dan akhirnya Caesar dan mawas-mawas yang lain berjaya hidup aman damai. Kiranya 'happy ending' lah! Tapi yang sedihnya trilogi ini ditamatkan dengan kematian Caesar, disebabkan lukanya terlalu parah, bayangkan lah disebat, ditembak, tidak diberi makan & minum (tu pun budak perempuan yang bagi) dan juga telah dipanah. Namun malangnya, pihak tentera gagal untuk memastikan manusia terus kekal di planet Bumi.

Mesti korang terfikir, adakah siri ini adalah penamat filem ini. Caesar dah mati! Adakah anaknya seorang lagi akan mewarisi Caesar? Kenapa ditinggalkan seorang budak perempuan bersama mawas-mawas itu? Apa motif budak itu ditinggalkan.... Nampak macam ada penyambunggan...Wallahualam!

Tapi dalam filem ini aku tertarik dengan satu watak yang sangat melucukan. Aku rasa pengarah ni nak tarik penonton untuk melihat cerita ini supaya tidak mudah jemu! Watak yang diberi nama panggilan 'Bad Ape'. Serius memang lucu dengan wajah, penampilan dan perwatakkannya. Lagipun Bad Ape boleh bercakap seperti Caesar. Suara pun sangat mencuit hati penonton yang dilakonkan oleh Steve Zahn. Setiap babak yang ditunjukkan oleh Bad Ape memang tidak menghampakan. Pasti satu pawagam akan gelak ketawa dengan aksi mawas itu yang nampak seakan begitu bersahaja. Sesuai lah dengan panggilan namanya...hahaha!

Review Filem War For The Planet Of The Apes, Dendam Caesar Terhadap Colonel!
Watak Bad Ape sangat mencuit hati penonton 

Dikatakan semua watak yang dilakonkan tak kiralah The Colonel, batalion tentera, Caesar, Bad Ape, Maurice, Luca, Rocket dan kesemuanya mawas sangat berjaya. Jika dilihat, teknologi yang mereka gunakan nampak mawas itu seolah real sedangkan menggunakan 'motion capture'. Memang terbaiklah pelakon meniru gaya mawas dengan baik. Lebih-lebih lagi aku salute lakonan Andy Serkis yang menjadi watak Caesar sangat cukup berkesan dan dianggap terbaik. Teknologi CGI yang mereka gunakan memang gred A+++ lah! Tambahan pula, dengan visual effect dan soundscore filem pun sangat menakjubkan.

Review Filem War For The Planet Of The Apes, Dendam Caesar Terhadap Colonel!
Teknologi CGI digunakan motion capture.

Kesimpulan aku dapat simpulkan filem ini, jalan penceritaan (storyline) agak menarik walaupun ada beberapa babak yang sedikit perlahan. Aku dapat rasa pengarah ini lebih supaya kita menghayati watak Caesar dan perjalanan ceritanya berbanding aksi atau peperangan. Teknologi yang digunakan begitu real pada mawas dan selayaknya aku bagi 4.5 bintang daripada 5 star. Aku dapat rasa filem reboot ini dapat memecah rekod keuntungan dan menjadi antara franchise filem terbaik. Mungkinkah siri ini akan diteruskan atau penamat setakat ini sahaja? Okay selamat menonton di pawagam mulai 13 Julai 2017.

PENILAIAN/ RATING : 8.5/ 10

6 comments:

  1. Wah dah menonton ya...terima kasih atas perkongsian review.

    ReplyDelete
  2. Canggih teknologi sekarang. Tp planet of the ape zaman dulu on nampak canggih gak kan

    ReplyDelete
  3. 8.5 kira agak menarik jugak tu. Saya tak minat cerita macam ni tapi tiba2 terpanggil untuk menonton pulak... haha

    ReplyDelete
  4. Menarikkk!! boleh tonton nnti... yeahh..

    ReplyDelete
  5. dulu suka layan movie planet of apes nie
    best, rasa nak tengok jugak movie nie pulak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg siri ni lagi best...xrugi tgok!

      Delete

Powered by Blogger.