Header Ads

Koleksi Ucapan Dan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2019

Koleksi Ucapan Dan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2019 |Bila hari raya Aidilfitri 2019? Hanya sehari je lagi bagi umat Islam khususnya di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun 2019. Dimana, mengikut takwim Islam Malaysia hari raya Aidilfitri akan jatuh pada tanggal 15 Jun 2018 hari Jumaat. Dengan Ramadhan yang akan berakhir, mari sama-sama kita mencari keberkatan pada malam hari terakhir ramadhan. Lihat ini juga : Koleksi Menu Hari Raya Aidilfitri Wajib Pagi Syawal

Koleksi Ucapan Dan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2017

Bersempena dengan hari raya yang akan tiba, kali ini saya akan kongsikan koleksi ucapan dan pantun Hari Raya Aidilfitri 2019 kepada semua umat Islam yang akan menyambut pada bulan Syawal selesai berjaya menunaikan ibadat puasa ramadhan.

Koleksi Ucapan Dan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2019 


Berikut dikongsikan adalah koleksi ucapan dan pantuan untuk sempena Hari Raya Aidilfitri tahun 2019 :

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti hari raya,
Tanda ingatan di Aidilfitri.

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Ail

Menyeberang lautan melintas negeri
Terbang jauh dari Itali
Datuk nenek muka berseri
Anak cucu telah kembali.

Sepuluh jari tersusun rapi
Bunga melati pengharum hati
Whatsapp dikirim pengganti diri
Memohon maaf setulus hati
Mohon maaf Zahir dan Batin.

Satu Syawal menjelang tiba
Takbir bergema menggegarkan jiwa
Sekiranya ada salah dan dosa
Ampun dipinta dihari mulia
Selamat hari raya maaf Zahir dan Batin.

Biar buruk kereta hamba
Kereta Saga masih bergaya
Aku bukan nak berkata-kata
Meh jemput meh beraya
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN dari hamba.

Disini saya Lokman Amirul penulis blog Lokmanamirul.com mengambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan amnya di dunia. Jika ada silap tutur kata dan terkasar bahasa sepanjang karya saya, harap mohon maaf. Kosong kosong!

Semoga perkongsian ini dapat membantu mereka yang ingin menghantar pesanan ucapan hari raya kepada rakan taulan anda. Untuk memudahkan anda, sila bookmark page ini. Selamat hari raya yer.

No comments

Powered by Blogger.