Header Ads

Panduan Permohonan Pinjaman PTPTN Online 2017

Panduan Permohonan Pinjaman PTPTN Online |Anda ditawarkan melanjutkan pengajian di IPTA/IPTS tahun 2017? Apabila anda berjaya mendapat keputusan lanjutan ke IPT, kadang-kadang isu pembiayaan yuran pengajian mungkin menjadi penghalang kenapa sesetengah yang tidak dapat menyambung pelajaran di IPT Malaysia. Namun, sekarang anda tak perlu risau adanya pinjaman pendidikan PTPTN. Oleh sebab itu kebanyakkan pelajar mengambil keputusan dengan membuat permohonan pinjaman PTPTN secara online.

Panduan Permohonan Pinjaman PTPTN Online 2017

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN diwujudkan oleh kerajaan untuk membantu dan memberi pinjaman kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institut Pendidikan Tinggi (IPT) Malaysia. Dengan adanya pinjaman ini, ia akan membolehkan pelajar membayar yuran pengajian sepenuhnya serta kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian. Sekaligus mencerahkan peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi Malaysia. Nak tahu cara permohonan pinjaman PTPTN secara online?

Panduan Permohonan Pinjaman PTPTN Secara Online 


Berikut dikongsikan informasi mengenai cara memohon pinjaman PTPTN secara atas talian (online), syarat kelayakan permohonan dan info-info yang lain seperti di bawah ;

Apakah syarat permohonan pinjaman pendidikan PTPTN?


Bagi anda yang ingin membuat permohonan pinjaman pendidikan PTPTN, sebelum itu pelajar perlu menyemak dahulu syarat kelayakan permohonan pinjaman PTPTN melalui pautan di bawah ;

>> Syarat Permohonan Pinjaman PTPTN 2017


Cara Beli No Pin PTPTN


● Bagi anda yang ingin membuat permohonan PTPTN, sebelum itu anda perlu beli no pin PTPTN dengan nilai RM5.00 di kaunter BSN, ATM BSN yang berdekatan atau melalui SMS.
● Sah dalam tempoh 6 bulan bermula dari tarikh pembelian.

Cara Permohonan Pinjaman PTPTN 


1. Pertama kali, anda perlu membuka akaun SSPN-i di mana-mana cawangan Agrobank, Maybank, Bank Rakyat, Bank Islam atau cawangan PTPTN bagi mendapatkan nombor akaun SSPN-i serta merta.

2. Setelah itu, anda perlu membeli nombor PIN PTPTN di mana-mana cawangan kaunter BSN atau melalui SMS dengan nilai hanya RM5.00. Nombor PIN ini diperlukan untuk masuk membuat permohonan PTPTN. Tempoh sah nombor PIN ini adalah selama 6 bulan bermula dari tarikh pembelian.

3. Seterusnya, anda boleh membuat permohonan PTPTN secara online menerusi laman web klik disini. Laman web berkenaan hanya boleh dilayari menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 2 ke atas. Sebelum itu, anda perlu menyemak dahulu syarat kelayakan permohonan pinjaman PTPTN yang diluluskan oleh KPM di IPTA/IPTS masing-masing.

4. Selesai memohon pinjaman PTPTN, anda boleh membuat semakan permohonan pinjaman PTPTN untuk mengetahui sama anda layak menerima pembiayaan PTPTN atau sebaliknya.

5. Sekiranya anda berjaya permohonan PTPTN, anda perlu membuka akaun simpanan bank mengikut panel bank yang telah ditetapkan oleh pihak PTPTN kerana pembiayaan pinjaman anda akan terus ke bank tersebut. Anda boleh rujuk panel bank di bawah seperti berikut :

Klik → IPTA
Klik → IPTS

Permohonan Pinjaman PTPTN Online 


Anda juga boleh membuat permohonan pinjaman PTPTN secara online terus ke portal rasmi PTPTN. [KLIK SINI]

Panduan Mengisi Dokumen Pinjaman Pendidikan PTPTN 


Pengisian dokumen tawaran pinjaman PTPTN adalah suatu perkara yang penting bagi memastikan permohonan PTPTN anda tidak ditolak. Permohonan yang tidak lengkap dan pemalsuan maklumat akan tidak diproses oleh pihak PTPTN. Untuk pengetahuan anda terdapat dua jenis pinjaman di bawah PTPTN iaitu Pinjaman Konvensional dan Pinjaman Ujrah. Info lanjut mengenai Pinjaman Konvensional atau Pinjaman Ujrah boleh rujuk disini.

Untuk mendapatkan maklumat lengkap panduan dan peraturan mengisi dokumen tawaran pinjaman pendidikan PTPTN adalah seperti berikut ;

● Panduan Pinjaman Ujrah → KLIK
● Panduan Pinjaman Konvensional → KLIK

Bilakah bayaran pertama akan dikreditkan ke akaun bank anda?


Setelah anda memulangkan dokumen perjanjian PTPTN yang lengkap pada semester pertama pengajian, anda akan menerima pembiayaan pertama pinjaman PTPTN mengikut jadual tentatif pembayaran pinjaman mengikut IPT masing-masing. Sila rujuk disini.

Untuk semester berikutnya pembiyaan pinjaman PTPTN akan dibuat berdasarkan syarat-syarat seperti ;
● Masih meneruskan pengajian di IPT dalam bidang masing-masing.
● Mendapat kelulusan peperiksaan dengan Purata Nilai Gred 2.0 ke atas. Jika PNG di bawah 2.0, anda tidak akan menerima pinjaman PTPTN.
● Tidak menerima penajaan yang lain contoh seperti biasiswa JPA, MARA dan sebagainya.

Jadual Tarikh Tutup Permohonan PTPTN 2017

● Universiti Awam & Politeknik → KLIK SINI 

● Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)→ KLIK SINI 

Untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan permohonan pinjaman PTPTN secara online boleh terus hubungi PTPTN HOTLINE di talian 03 -20804455. Jika anda ingin dapatkan biasiswa pendidikan yang lain, anda boleh rujukan menerusi laman web ini KLIKSINI.

Semoga perkongsian ini membantu mereka yang ingin memohon pinjaman pendidikan PTPTN dengan mudah menerusi secara online. Anda boleh bookmark untuk dirujuk masa hadapan. Terima kasih sudi membaca artikel ini.

1 comment:

Powered by Blogger.