Header Ads

Cara Buat Link Direct Ke Whatsapp Di Facebook Dengan Wasap.my

Cara Buat Link Direct Ke Whatsapp Di Facebook Dengan Wasap.my |Dengan perkembangan IT yang semakin meluas, ramai peniaga atau kaki bisnes memanfaatkan peluang terbaik ini dengan membuat perniagaan secara online. Lihat sajalah ramai peniaga online yang menggunakan Facebook sebagai medium untuk mempromosikan produk mereka. Ada yang menggunakan profile FB, Facebook group dan juga Facebook page.

Cara Buat Link Direct Ke Whatsapp Di Facebook Dengan Wasap.my

Anda akan perasan rata-rata peniaga atas talian yang mengiklankan produk mereka akan menggunakan perkataan 'PM' dalam mendapatkan harga dan detail apa mereka jual supaya prospek memberi maklumbalas atau respon kepada peniaga. Sebenarnya bukannya semua bakal pembeli yang berminat untuk simpan nombor telefon peniaga untuk mereka whatsapp.

Malas Betul Nak Simpan Nombor!

Anda jangan risau, sekarang sudah ada cara mudah create link untuk direct ke Whatsapp di Facebook, tanpa perlu pembeli simpan nombor telefon peniaga. Anda hanya perlu letakkan link nombor WhatsApp sahaja setiap kali post. Dengan ini anda tanpa perlu susahkan orang untuk simpan nombor anda dan cara ini lebih memudahkan prospek.

Cara Buat Link Direct Ke Whatsapp Di Facebook Dengan Wasap.my 


Bagaimana caranya untuk direct link ke Whatsapp?

1. Whatsapp boleh dibuka melalui handphone atau PC
2. Personalized URL dan lebih ringkas
3. Boleh lihat berapa klik yang dapat
4. Boleh lihat klik dari mana (Facebook, Instagram, Website)
5. Letak FB Pixel ID (untuk tujuan retargeting) dan Adwords tag sendiri.

Cara Daftar Wasap.my 


1. Untuk anda daftar, boleh klik link ini https://manage.wasap.my/. Isikan maklumat lengkap anda.

Isi Maklumat Anda 

2. Selepas itu masukkan email dan password anda untuk login akaun Wasap.my.

3. Barulah anda boleh cipta satu link seperti berikut ;


● Masukkan subdomain anda , contoh jual tudung, masukkan perkataan ayat 'tudung' dan akan menjadi http://tudung.wasap.my 
● Masukkan pula nombor whatsapp anda 

● Masukkan ayat yang anda nak prospek mesej, contoh "Saya nak order tudung"!

● Facebook Pixel ID dan Google Conversion ID adalah bahagian pilihan untuk anda targeting.

Mudah ja kan nak daftar...PERCUMA lagi! Inilah peluang terbaik bagi para peniaga online mengguna aplikasi wasap.my.

Dengan adanya informasi ini dapat memudahkan bakal pelanggan atau prospek terus direct ke link Whatsapp anda dan dapat membuat pembelian dengan lebih cepat. Lepas ni bakal pelanggan tidak perlu lagi menyimpan nombor telefon peniaga online. Semoga info ini berguna untuk anda. Sharelah kepada rakan-rakan anda biar mereka tahu.

Terima kasih sudi membaca artikel Cara Buat Link Direct Ke Whatsapp Di Facebook Dengan Wasap.my.

Ini video dari sifu Firdaus Azizi mengenai cara create link untuk direct ke Whatsapp di Facebook... Selamat menonton!

2 comments:

  1. Nice info ... Sesuai untuk peniaga Online..

    ReplyDelete
  2. saya punya http://wafi.wasap.my

    ReplyDelete

Powered by Blogger.