Koleksi Resepi Lauk Pauk Berbuka Puasa 2019 Sedap dan Mudah
Koleksi Resepi Lauk Pauk Berbuka Puasa Sedap dan Mudah |Bila saja sebut bulan Ramadhan tak lari juga persiapan untuk juadah berbuka puasa. Mana taknya, bagi kaum ibu sudah semestinya kena memikir resepi atau menu menarik dan mudah dimasak buat seisi sekeluarga. Adakala yang bekerja, so resepi berbuka puasa yang mudah menjadi pilihan. Kalau tidak, anda boleh lihat sendiri terdapat berbagai jenis lauk-pauk yang dijual di bazar Ramadhan. Ada yang nampak sedap tapi bila makan indah khabar dari rupa. Ada yang tak cukup dengan citarasa kita. Apa kata saya kongsikan koleksi resepi lauk berbuka puasa mudah dan sedap.
Rata-rata resepi yang dipilih adalah pilihan lokmanamirul sendiri. Dengan adanya contoh resepi berbuka puasa yang simple ini dapat memudahkan atau pencetus idea untuk anda masak menu ini. Jom cuba try resepi lauk berbuka puasa di bawah.
1. RESEPI ASAM PEDAS DAGING TETEL
Bahan-bahan :
● 500 gram daging tetel
● 10 gram cili kering
● 5 biji cili merah
● 3 biji bawang merah
● 6 biji bawang putih
● kunyit hidup
● 3 helai daun limau purut
● 1 kuntum bunga kantan
● 2 batang serai
● sedikit kerisik
● Air asam jawa
● garam dan gula secukup rasa
Cara Membuat :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar.
2. Masukkan serai yang diketuk dan daun limau purut.
3. Tumis sehingga naik bau.
4. Kemudian, masukkan daging yang sudah direbus.
5. Masukkan pula kerisik dengan air asam.
6. Biarkan mendidih dan masukkan garam dan sedikit gula dengan secukup rasa.
7. Masak dan boleh dihidangkan.
2. RESEPI PAIS IKAN
Bahan-bahan :
● 3 ekor ikan kembung
● 3 biji bawang putih
● 2 biji bawang besar
● 2 batang serai
● 10 gram halia
● 2sm kunyit hidup
● 80 gram kelapa parut
Cara Memasak :
1. Bahan yang dikisar kesemuanya sumbat pada ikan.
2. Selepas itu, balut ikan dengan daun pisang.
3. Bakar sehingga masak.
3. RESEPI SOSEJ PANGGANG
Bahan-bahan :
● 4 biji sosej
● 20 gram bawang putih
● 300 gram bawang merah
● 10 gram garam halus
● 2 sudu makan minyak masak
Cara Memasak :
1. Panggang sosej sehingga naik wsrnanya.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik baunya.
3. Gaulkan bersama sosej yang telah siap dipanggang.
4. Tambahkan garam secukup rasa.
5. Siap dan boleh dihidangkan.
4. RESEPI SOTONG PANGGANG
Bahan-bahan :
● 500 gram sotong
● 20 gram bawang putih
● 3 biji cili padi
● 15 gram halia
● 5 gram serbuk kunyit
● garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Perapkan sotong bersama bahan-bahan yang dikisar, bawang putih, cili padi dan halia.
2. Masukkan sedikit garam, sedikit minyak dan serbuk kunyit.
3. Panggang sotong dan biarkan masak.
4. Apabila siap dimasak, angkat dan hidangkan bersama air asam atau pun cili kicap.
Artikel berkaitan : Resepi Jus Segar Berbuka Puasa
5. RESEPI DAGING LADA HITAM
Bahan-bahan :
● 180 gram daging lembu
● 10 gram bawang putih
● 20 gram bawang merah
● 100ml sup ayam
● 10ml sos lada hitam
● 20 gram cili merah dipotong
● 5ml sos tiram
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dahulu dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan cili merah, cili benggala dan bawang merah. Kacau bahan tadi.
3. Barulah masukkan sos lada hitam dan hirisan daging.
4. Masukkan sup ayam dan kemudian masukkan pula sos tiram dan kacaukan.
5. Akhir sekali taburkan daun bawang dan sedia untuk dinikmati.
6. RESEPI LALA GORENG CILI PADI
Bahan-bahan :
● 1kg lala
● 1 sudu makan cili boh atau cili mesin
● 1 ulas bawang putih yang besar diketuk
● 1 inci halia
● 5 biji cili api
● 2 batang serai
● 1 sudu makan sos cili
● 1 sudu makan sos tomato
● 1 sudu besar sos tiram
● Perahan limau nipis secukupnya
● Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Tumis bahan ketuk dan hiris serta cili boh sehingga wangi.
2. Masukkan lala dan goreng sampai masak.
3. Masukkan semua jenis sos, garam dan perahan limau.
4. Sedia untuk dihidangkan.
7. RESEPI AYAM MADU
Bahan-bahan :
● Ayam seekor dipotong 8 ketul
● 2 ulas bawang putih
● 2 sudu besar sos tiram
● 2 sudu besar madu
● 1 sudu besar kicap pekat
● 1 sudu kecil lada sulah
● Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Lumurkan ayam dan perap.
2. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih
3. Setelah itu, masukkan ayam yang telah diperap
4. Angkat ayam yang telah dimasak dan boleh dihidangkan.
Mudahkan?
Baca juga :
● Koleksi Resepi Sahur Ringkas dan Mudah
● Koleksi Resepi Kuih Muih Pilihan Berbuka Puasa
Dengan adanya aneka resepi lauk pauk ini dapat membantu menyiapkan menu yang sedap. Terima kasih membaca artikel Koleksi Resepi Lauk Pauk Berbuka Puasa Sedap dan Mudah.
Kredit : majalah rasa ( ayat diolah sendiri oleh lokmanamirul)
Rata-rata resepi yang dipilih adalah pilihan lokmanamirul sendiri. Dengan adanya contoh resepi berbuka puasa yang simple ini dapat memudahkan atau pencetus idea untuk anda masak menu ini. Jom cuba try resepi lauk berbuka puasa di bawah.
Koleksi Resepi Lauk Pauk Berbuka Puasa 2019 Sedap dan Mudah
1. RESEPI ASAM PEDAS DAGING TETEL
Kredit gambar : resepiorg |
Bahan-bahan :
● 500 gram daging tetel
● 10 gram cili kering
● 5 biji cili merah
● 3 biji bawang merah
● 6 biji bawang putih
● kunyit hidup
● 3 helai daun limau purut
● 1 kuntum bunga kantan
● 2 batang serai
● sedikit kerisik
● Air asam jawa
● garam dan gula secukup rasa
Cara Membuat :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar.
2. Masukkan serai yang diketuk dan daun limau purut.
3. Tumis sehingga naik bau.
4. Kemudian, masukkan daging yang sudah direbus.
5. Masukkan pula kerisik dengan air asam.
6. Biarkan mendidih dan masukkan garam dan sedikit gula dengan secukup rasa.
7. Masak dan boleh dihidangkan.
2. RESEPI PAIS IKAN
Kredit gambar : umiresep |
Bahan-bahan :
● 3 ekor ikan kembung
● 3 biji bawang putih
● 2 biji bawang besar
● 2 batang serai
● 10 gram halia
● 2sm kunyit hidup
● 80 gram kelapa parut
Cara Memasak :
1. Bahan yang dikisar kesemuanya sumbat pada ikan.
2. Selepas itu, balut ikan dengan daun pisang.
3. Bakar sehingga masak.
3. RESEPI SOSEJ PANGGANG
Kredit gambar : Rasa |
Bahan-bahan :
● 4 biji sosej
● 20 gram bawang putih
● 300 gram bawang merah
● 10 gram garam halus
● 2 sudu makan minyak masak
Cara Memasak :
1. Panggang sosej sehingga naik wsrnanya.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik baunya.
3. Gaulkan bersama sosej yang telah siap dipanggang.
4. Tambahkan garam secukup rasa.
5. Siap dan boleh dihidangkan.
4. RESEPI SOTONG PANGGANG
Kredit gambar : rasa |
Bahan-bahan :
● 500 gram sotong
● 20 gram bawang putih
● 3 biji cili padi
● 15 gram halia
● 5 gram serbuk kunyit
● garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Perapkan sotong bersama bahan-bahan yang dikisar, bawang putih, cili padi dan halia.
2. Masukkan sedikit garam, sedikit minyak dan serbuk kunyit.
3. Panggang sotong dan biarkan masak.
4. Apabila siap dimasak, angkat dan hidangkan bersama air asam atau pun cili kicap.
Artikel berkaitan : Resepi Jus Segar Berbuka Puasa
5. RESEPI DAGING LADA HITAM
Kredit gambar : emall.adabi |
Bahan-bahan :
● 180 gram daging lembu
● 10 gram bawang putih
● 20 gram bawang merah
● 100ml sup ayam
● 10ml sos lada hitam
● 20 gram cili merah dipotong
● 5ml sos tiram
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dahulu dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan cili merah, cili benggala dan bawang merah. Kacau bahan tadi.
3. Barulah masukkan sos lada hitam dan hirisan daging.
4. Masukkan sup ayam dan kemudian masukkan pula sos tiram dan kacaukan.
5. Akhir sekali taburkan daun bawang dan sedia untuk dinikmati.
6. RESEPI LALA GORENG CILI PADI
Kredit gambar : nazarku |
Bahan-bahan :
● 1kg lala
● 1 sudu makan cili boh atau cili mesin
● 1 ulas bawang putih yang besar diketuk
● 1 inci halia
● 5 biji cili api
● 2 batang serai
● 1 sudu makan sos cili
● 1 sudu makan sos tomato
● 1 sudu besar sos tiram
● Perahan limau nipis secukupnya
● Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Tumis bahan ketuk dan hiris serta cili boh sehingga wangi.
2. Masukkan lala dan goreng sampai masak.
3. Masukkan semua jenis sos, garam dan perahan limau.
4. Sedia untuk dihidangkan.
7. RESEPI AYAM MADU
Kredit gambar : blogopsi |
Bahan-bahan :
● Ayam seekor dipotong 8 ketul
● 2 ulas bawang putih
● 2 sudu besar sos tiram
● 2 sudu besar madu
● 1 sudu besar kicap pekat
● 1 sudu kecil lada sulah
● Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Lumurkan ayam dan perap.
2. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih
3. Setelah itu, masukkan ayam yang telah diperap
4. Angkat ayam yang telah dimasak dan boleh dihidangkan.
Mudahkan?
Baca juga :
● Koleksi Resepi Sahur Ringkas dan Mudah
● Koleksi Resepi Kuih Muih Pilihan Berbuka Puasa
Dengan adanya aneka resepi lauk pauk ini dapat membantu menyiapkan menu yang sedap. Terima kasih membaca artikel Koleksi Resepi Lauk Pauk Berbuka Puasa Sedap dan Mudah.
Kredit : majalah rasa ( ayat diolah sendiri oleh lokmanamirul)
Wowww byknye pilihan lauk
ReplyDeletegood sharing..bw pagi 4 ramadan..:)
ReplyDeletegood sharing..bw pg 4 ramadan..:)
ReplyDelete