5 Idea Bisnes Paling Laris Di Bulan Ramadhan
5 Idea Bisnes Paling Laris Di Bulan Ramadhan |Bila tibanya bulan Ramadhan, ia bukan sahaja dianggap bulan yang penuh dengan amal ibadat tapi juga syurga bagi peniaga dan juga kaki bisnes. Mana tidaknya masa inilah peluang terbaik bagi mereka untuk memulakan bisnes yang laris dan laku sebelum tibanya Syawal nanti. Ramai juga yang cuba untuk berniaga secara sambilan dengan beberapa bisnes yang menguntungkan. Bisnes apa yang laris tapi berbaloi? Ada idea bisnes paling laris di bulan Ramadhan?
Anda boleh lihat sendiri bisnes apa yang menjadi pilihan ramai di bazar Ramadhan. Macam-macam yang dijual di bazar antaranya murtabak, lauk-pauk, air jus buah-buahan, roti john dan bermacam aneka lagi. Jadi disini saya cadangkan beberapa idea bisnes paling laris dan dijamin menguntungkan untuk anda cuba pada bulan Ramadhan. Dengan idea ini InshaAllah anda boleh dapat menambah pendapatan anda untuk digunakan masa raya nanti.
1. Makanan dan minuman
Semestinya menjual makanan dan minuman menjadi pilihan ramai lebih-lebih lagi ketika berpuasa Ramadhan. Jadi jika anda ingin berniaga makanan dan minuman di bazar Ramadhan atau pun tepi jalan amat digalakkan. Contoh anda boleh jual makanan seperti lauk-pauk adalah pilihan terbaik kerana ibubapa yang bekerja akan membeli lauk yang sudah siap dimasak. Selain itu, murtabak juga adalah makanan yang sentiasa menjadi pilihan bagi pengunjung di bazar Ramadhan untuk berbuka puasa.
Manakala, bagi minuman pula anda cuba berniaga air balang jus buah-buahan. Mana taknya, air akan sentiasa menjadi pilihan dek kerana dahaga kita berpuasa sepanjang hari. Bagi penjual air balang, inilah peluang mereka untuk mendapat keuntungan semaksimum mungkin. Anda boleh baca panduan memulakan bisnes air balang. Tambahan lagi, bisnes cendol juga antara pilihan ramai dan berbaloi dijual di bazar atau pun tepi jalan.
2. Pakaian raya
Bila sebut saja pakaian raya adalah sinonim setiap tahun apabila menjelang Ramadhan. Maklum lah masa ini ramai yang akan berpusu-pusu mencari dan menempah baju raya mereka. Bagi para peniaga, masa ini mereka akan mengeluarkan pakaian fesyen terbaru dan terkini seperti baju kurung, jubah, tudung, baju melayu, baju kurta dan banyak lagi. Maka permintaannya adalah sangat tinggi malah melambung-lambung apabila dekat hari raya. Ini tidak masuk lagi kasut, beg tangan, aksesori dan lain lagi.
Baca juga :
● Koleksi Baju Melayu Moden Raya 2017
● Koleksi Kurta Moden Lelaki 2017
Bagi anda berminat nak cari pendapatan lebih ketika Ramadhan, anda boleh mencuba menjadi dropship untuk mempromosi pakaian raya secara online atau jadi affiliate bagi blogger.
3. Kuih Raya & Biskut
Sebut saja kuih raya sudah sinonim dengan hari raya. Masa Ramadhan, ramai lah yang akan mencari peluang untuk menjual kuih raya yang popular seperti semperit, almond london, tart nenas, dan macam-macam lagi. Tak juga ketinggalan biskut raya yang faveret di pagi hari raya seperti biskut kacang mazola, cornflakes madu dan juga biskut chipsmore. Kebiasaanya, bisnes kuih raya mesti laris dan laku apabila tibanya Ramadhan. Bagi anda boleh cuba dengan bisnes ini!
Artikel berkaitan : Panduan Buat Biskut Raya Homemade
4. Perfume
Kenapa perfume? Anda nak tahu bisnes perfume antara bisnes kecil-kecilan yang boleh buat duit semasa Ramadan. Permintaan untuk minyak wangi atau perfume sangat tinggi ketika bulan ramadhan. Hal kerana perfume akan menjadi pilihan dipakai semasa hari raya nanti. So, masa ini anda boleh cuba menjadi agen atau dropship minyak wangi. Boleh lah tambah pendapatan anda.
5. Produk Kecantikan
Sudah tentu kecantikan bagi wanita menjadi keutamaan lebih-lebih lagi apabila semakin dekatnya Syawal. Dikatakan bagi peniaga, produk-produk kecantikan dan kesihatan mendapat permintaan yang tinggi. Mana taknya ramai yang nak cantik, nak kurus dan segak bergaya. Sebelum itu semak dahulu sama ada produk itu diluluskan oleh KKM. Masa ini anda boleh jadi dropship atau agen produk kecantikan dan kesihatan.
Inilah antara idea bisnes bulan Ramadhan yang boleh anda cuba lakukan dalam bulan mulia ini. Dikatakan semuanya bisnes ini dapat membantu anda mencari income lebih dan sangat berbaloi. Pilihan terletak diri anda sendiri? Macam saya sebagai blogger, saya boleh menjadi agen affiliate untuk mempromosikan produk-produk pilihan di dalam blog. So jika anda pembaca yang berkenan, inshaAllah jualan akan terhasil.
Jika anda ada idea lain lagi boleh kemukakan cadangan di bawah. Mudah-mudahan informasi ini memberi rangsangan atau buah fikiran untuk anda mencuba bisnes paling laris dan menguntungkan di bulan Ramadhan. Terima kasih membaca artikel Bisnes Paling Laris Di Bulan Ramadhan.

Betul...setuju sangat dengan idea bernas ni...tapi dah tak sempat dah nak niaga ni hehehe
ReplyDeleteBetul la tu...tapi gambar dexandra tu copy dr mana? haha
ReplyDeletebaju la paling senang . hahaha ramai yang belii woo
ReplyDelete