Header Ads

Cara Meningkatkan CPC Google Adsense Dengan Mudah

Cara Meningkatkan CPC Google Adsense Dengan Mudah |Google Adsense adalah salah satu iklan Pay Per Click (PPC) yang terbaik masa kini dan mempunyai rangkaian pengiklanan terbesar dunia untuk penerbit dan pengiklan. Tidak syak lagi bahawa berjuta-juta webmaster menggunakan Adsense bukannya iklan yang lain dan memperolehi pendapatan lumayan dari program ini. Walaubagaimanapun, ia menjadi permasalahan kepada publisher kerana kadar bayaran yang rendah bagi beberapa blog dan niche tertentu. Lebih-lebih lagi kepada blog Bahasa Melayu.

Cara Meningkatkan CPC Google Adsense Dengan Mudah

Sudah tentu ia menjadi persoalan oleh publisher Adsense, berapakah kadar CPC yang dibayar untuk setiap klik dari Google Adsense?

Jadi saya ambil keputusan untuk berkongsi mengenai cara tingkatkan CPC Adsense, di mana ramai blogger luar sana yang turut bergantung kepada carian cara untuk meningkatkan CPC Adsense.

Bercakap mengenai pengalaman peribadi saya, amat sukar untuk kita jangkakan kadar CPC Adsense kita lebih-lebih lagi dari blog Bahasa Malaysia dan berkedudukan di Asia Tenggara. Saya boleh jelaskan dan bandingkan kadar CPC Malaysia dengan Amerika Syarikat atau Kanada amat berbeza sekali. Anda boleh rujuk disini. Buktinya anda boleh lihat sendiri Lubuk Adsense Dari Kanada yang pernah saya ceritakan sebelum ini.

Apakah CPC Google Adsense?


CPC adalah Cost Per Click dan ia adalah kadar wang yang kita perolehi bagi setiap klik yang dibuat pada iklan Google Adsense yang diletakkan di laman web. Kenapa CPC dianggap penting kerana ia mempengaruhi kadar jumlah yang akan diperolehi. Jika anda mendapat CPC dalam kadar USD2 dengan 10 klik, maka anda akan dapat USD20. Tinggikan! Tapi tak semudah itu kerana rata-rata blog bahasa Melayu hanya lingkungan USD0.02 ~ USD1. Sangat kecil! Tapi jangan risau sebabnya terdapat banyak cara untuk meningkatkan kadar CPC di laman web anda.

Cara Meningkatkan CPC Google Adsense Dengan Mudah


1. Kandungan Yang Berkualiti

Google akan memberi kelebihan atau ganjaran kepada laman web yang berkualiti dengan kandungan yang memberikan nilai kepada pembaca. Jika anda ingin mendapat CPC tinggi untuk blog anda maka anda patut menulis kandungan yang relevan dan kualiti untuk pembaca anda. Pastikan kandungan itu bermaklumat dengan patah perkataan sekurang-kurangnya 300 ke atas. Kalau rajin lebihkan kepada 1000 patah perkataan.

2. Guna Hanya Satu Pengiklanan Di Laman Web

Terdapat banyak rangkaian iklan yang boleh dipasang di laman web anda contohnya seperti Adnow, Clicksor, Infolinks dan banyak lagi. Tetapi, sebenarnya anda harus mengelakkan daripada meletakkan iklan yang seakan seperti Google Adsense untuk mendapatkan kadar CPC yang lebih baik.

3. Link Google Analytics ke Adsense

Sudah ketahui Google Analytics adalah satu aplikasi yang dapat membantu anda untuk tingkatkan prestasi blog anda. Dengan kecanggihan Google Analytics, lebih baik anda menghubungkannya dengan akaun Adsense. Dengan itu, anda boleh mendapatkan untuk mengetahui maklumat penting seperti asal usul trafik CPC yang tinggi dan lokasi dari mana datang supaya boleh tingkatkan keupayaan ke arah lebih baik.

Cara Meningkatkan CPC Google Adsense Dengan Mudah
Contoh Link Adsense Ke Google Analytics 

4. Niche Blog Anda

Niche laman web juga memainkan peranan yang penting untuk mendapatkan bayaran Adsense yang tinggi. Memilih niche terbaik adalah perkara utama untuk meningkatkan kadar CPC Adsense. Saya bagi contoh blog berniche seperti technology & gajet, iklan yang akan muncul seperti smartphone, camera dan berkaitan dengannya. Maka, iklan yang berkaitan akan tampil lebih cerah dan mudah dapatkan income lebih tinggi kerana kadar CPC pun tinggi. Bagi blog yang rojak dengan pelbagai niche sudah tentu untuk dapatkan CPC yang tinggi amat tipis sekali. Sebab itulah pemilihan blog niche yang mahal memberi kelebihan kepada publisher Adsense. Anda boleh rujuk di bawah 20 Most Expensive Keywords.

Cara Meningkatkan CPC Google Adsense Dengan Mudah
Top 20 Kata Kunci Paling Mahal 
Pasti akan membantu anda?

5. Bina Trafik Berkualiti

Apa yang dimaksudkan trafik berkualiti dan bagaimana membinanya? Tidak syak lagi trafik yang berkualiti akan meningkatkan kadar CPC Adsense. Maknanya trafik yang datang dari enjin carian atau organic trafik (Google, Bing, Yahoo) adalah jauh lebih kuat daripada referal trafik, social trafik dan direct trafik. Untuk mendapatkan lebih banyak organik trafik anda perlu menerapkan SEO dalam menulis artikel dengan cara mengoptimumkan untuk enjin carian.

Cara Meningkatkan CPC Google Adsense Dengan Mudah
SEO Ibu Trafik Anda 

Saya bagi contoh bayangkan pengguna atau pelawat search dengan menaip 'KERETA TERLAJU DUNIA' , mereka akan lebih tertarik dan memilih artikel yang berada di top page Google (SERP). Cuba lihat artikel saya berada di atas. Tak secara langsung mereka akan masuk laman web itu dan kemungkinan besar untuk dapatkan klik sangat tinggi dan lebih untung jika iklan itu muncul adalah iklan promosi kereta. CPC Adsense akan tinggi dan meraih income lebih menguntungkan.

Cara Meningkatkan CPC Google Adsense Dengan Mudah
Contoh Artikel Keyword 'Kereta Terlaju Dunia' Di Top Page Google 

Bagi anda yang masih belum berjaya memohon akaun Adsense atau sudah memiliki akaun ingin tahu bagaimana untuk menjana income yang tinggi dari pengiklanan Google Adsense, lebih baik dapatkan Rujukan Google Adsense Terlengkap di link bawah ini. Berminat?

>> KLIK EBOOK PANDUAN RAJA ADSENSE REVIVE 

 

Setakat ini sahaja saya bincangkan bagaimana untuk meningkatkan CPC Adsense. Anda tak perlu risau untuk tingkatkan pendapatan anda melalui Adsense hanya ikut garis panduan di atas. Saya berharap artikel ini memberi kepada anda untuk mendapatkan kadar CPC Adsense lebih tinggi. Anda boleh berkongsi artikel ini pada bulatan sosial anda dan rakan-rakan jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, jangan lupa beri komen disini. Terima kasih membaca artikel Cara Meningkatkan CPC Google Adsense Dengan Mudah .

1 comment:

Powered by Blogger.