Header Ads

Cara Daftar Permohonan Murid Tahun 1 Ambilan 2018/2019 Online

Cara Daftar Permohonan Murid Tahun 1 Ambilan 2018/2019 Online |Mahu anak anda bersekolah untuk kemasukan murid tahun 1 ambilan 2018/2019? Untuk makluman kepada ibu bapa yang ingin mendaftar anak ke sekolah rendah sesi ambilan 2018/2019 kini telah dibuka untuk pendaftaran secara online yang diperkenalkan oleh KPM. Bagi ibubapa anda boleh daftar permohonan murid tahun 1 ambilan 2018/2019 online.

Cara Daftar Permohonan Murid Tahun 1 Ambilan 2018/2019 Online
Permohonan Tahun 1 Ambilan 2018/2019 Online

Pemohonan kemasukan murid tahun satu bagi sesi 2018/2019 adalah terbuka di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia mulai dari 1 Mac 2017 sehingga 30 April 2017 menerusi Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM). Bagaimana cara untuk mendaftar kemasukan murid satu ke sekolah rendah tahun satu 2018/2019?

Permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 Ambilan 2018/2019 Online


Berikut dikongsikan cara membuat permohonan murid tahun 1 ambilan 2018/2019 untuk negeri Semenanjung Malaysia melalui sistem online SPATKPM ;

Siapa Yang Layak Mendaftar?


Kanak-kanak yang layak didaftarkan adalah bagi warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh kelahiran seperti berikut :

● 2 Januari 2011 sehingga 1 Januari 2012 bagi sesi persekolahan tahun 2018
● 2 Januari 2012 sehingga 1 Januari 2013 bagi sesi persekolahan tahun 2019

Cara Mendaftar Kemasukan Murid Tahun 1 Sesi 2018/2019 Online


Tarikh Buka Permohonan : 1 Mac 2017 hingga 30 April 2017
Negeri : Bagi Semenanjung Malaysia sahaja
Aplikasi Permohonan : https://public.moe.gov.my

Nota:

Bagi pengguna baru yang menggunakan sistem SPATKPM, terlebih dahulu anda perlu membuat pendaftaran di PENGGUNA BARU.

Semoga informasi ini dapat membantu para ibubapa untuk membuat permohonan pendaftaran murid tahun 1 ambilan 2018/2019 secara online yang sangat mudah dan cepat.

1 comment:

  1. Sekarang ni semuanya online saja.

    Memang mudah kalau tau caranya.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.