Header Ads

Cara Buat Rayuan BR1M 2018

Cara Buat Rayuan BR1M 2018 |Anda telah membuat semakan status permohonan BR1M 2017 tetapi gagal? Rata-rata pemohon rasa kecewa selepas permohonan BR1M 2017 mereka ditolak disebabkan isu SSM dan Kad Debit Pelajar. Difahamkan hampir 6 juta pemohon diluluskan permohonan BR1M 2017. Tetapi, bagaimana cara untuk membuat rayuan BR1M? Untuk makluman, pemohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2017 yang ditolak permohonan boleh mengemukakan rayuan mulai 3 April 2017 selewat-lewatnya hingga 31 Mei ini.

Cara Buat Rayuan BR1M 2017
Permohonan Rayuan BR1M 2017

Cara Buat Rayuan BR1M 2018


Bagi pemohon yang ditolak permohonan anda hanya boleh kemukakan rayuan secara manual iaitu dengan mengisi borang. Borang berkenaan boleh dimuat turun melalui ebrim.hasil.gov.my.

Tarikh Buka Rayuan : 3 April 2017
Tarikh Tutup Rayuan : 31 Mei 2017
Tempat Hantar Borang Rayuan : Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Pemohon perlu mengisi borang rayuan dan mengemukakan borang tersebut bersama dokumen sokongan seperti penyata gaji dan salinan kad pengenalan pasangan atau tanggungan terkini.

Baca juga: 15 Punca Permohonan BR1M 2017 Ditolak

Borang Rayuan BR1M 2018


Pemohon boleh dapatkan borang rayuan dengan memuat turun secara online melalui ebrim.hasil.gov.my.

Dokumen Wajib Dibawa Rayuan BR1M 2017


Berikut dikongsikan salinan dokumen yang wajib dikemukakan bagi yang mempunyai tanggungan seperti :

i. Sijil / Surat Pengesahan Cerai oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum / Ketua Komuniti bagi pasangan (jika status perkahwinan Ibu / Bapa Tunggal) atau bagi Ibu / Bapa tanggungan (jika status perkahwinan bujang).

ii. Sijil / Surat Pengesahan Mati oleh JPN / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum / Ketua Komuniti bagi pasangan (jika status perkahwinan Ibu / Bapa tunggal) atau bagi Ibu / Bapa tanggungan (jika status perkahwinan bujang)

iii. Sijil lahir tanggungan / daftar anak angkat / Sijil lahir pemohon atau dokumen pembuktian pertalian hubungan jika ibu bapa tidak memohon

iv. Surat hak penjagaan tanggungan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) / Mahkamah / Agensi yang dilantik oleh kerajaan.

Diharapkan informasi mengenai cara membuat rayuan BR1M 2017 ini dapat membantu pemohon yang gagal permohonan untuk kali pertama tahun ini. Semoga anda berjaya mendapat permohonan rayuan tersebut sehingga tarikh tutup pada 31 Mei 2017.

3 comments:

  1. Terima kasih atas infonya.. Saya tak juga sedih tak dapat BR1M *konon*

    Mungkin ada peluang kedua untuk saya terima BR1m lepas baca info ni.. :)

    ReplyDelete
  2. Apa lagi jangan tak buat rayuan..

    ReplyDelete
  3. The brim 2016 will be provided to your men and ladies thus you can enlist and fill the applying sort for accepting the brim sum.kemaskini brim

    ReplyDelete

Powered by Blogger.