5 Sukan Termahal Di Dunia
5 Sukan Termahal Di Dunia. Sukan apa yang anda minat? Tidak
dapat dinafikan sukan adalah satu medium penting bagi setiap individu dan juga platform untuk mereka menjalankan
aktiviti riadah, mengeratkan hubungan silaturahim ataupun sebagai mata
pencarian. Bagi saya, ketika zaman persekolahan chess adalah satu hobi saya
seterusnya menjadikannya ia satu sukan yang sangat digemari sehingga kini. Namun
begitu, setiap sukan mempunyai nilai dan kos tertentu. Sukan yang disukai ramai
sudah tentu bola sepak memandangkan mereka hanya perlu menyediakan sebiji bola,
sepasang kasut boot, pakaian yang sesuai serta kawasan yang lapang sesuai untuk
bermain. Setuju kan? Kali ini, saya menyenaraikan lima sukan paling mahal di dunia.
Sukan Paling Mahal Dunia |
Pasti anda
sangka sukan golf adalah sukan paling mahal di dunia. Sebenarnya, tanggapan
anda salah kerana ada beberapa sukan yang lain yang layak berada dalam antara
sukan termahal di dunia. Sukan yang saya maksudkan adalah sukan yang majoriti
dipelopori oleh orang Barat dan Amerika Latin. Sukan yang mahal maknanya kos peralatan, kejurulatihan dan penyelenggaraan bukannya hadiah pertandingan. Jom terjah 5 sukan termahal di
dunia!
5 Sukan Termahal Di Dunia
1. Lompat Ski
Sekali
pandang sukan lompat ski memang tidak layak untuki memasuki sukan termahal di
dunia. Kos peralatan asas yang diperlukan oleh seseorang itu untuk bermain
sukan lasak ini mencecah AS$2,500 (RM11,071) juga masih belum bolreh
dikategorikan sebagai sukan mahal. Namun untuk menceburi sukan ini anda
memerlukan jurukatih untuk mahir dan mahir bereti bayaran yang dikenakan juga
cukup tinggi. Selain itu, untuk memasuki kawasan latihan juga memerlukan kos
yang agak tinggi. Seorang atlet sukan lompat ski yang aktif memerulukan
peruntukan sekurang-kurangnya AS$100,000 setahun dan jumlah tersebut tidak
termasuk insurans nyawa dan kemalangan wajib diambil setiap hari.
2. Polo
Seorang
atlet yang terlibat dalam sukan Polo perlu memiliki kuda elit yng memerulukan
penyelenggaraan yang tinggi merangkumi latihan, peralatan menunggang dan
sebagainya. Anda boleh lihat sendiri sukan ini banyak diminati oleh anak
kerabat diraja yang mengganggap sukan ini mempunyai nilai estitika yang
tersendiri. Malah, sukan Polo ini juga mewajibkan seseorang atlet memiliki kuda
lebih daripada seekor dan kebiasaannya berjumlah empat ekor. Sepasang kuda
perlu menjalani latihan yang menelan kos kira-kira AS$2,500 sebulan. Bagi
menyertai pertandingan, seseorang atlet tersebut perlu mengeluarkan belanja
antara AS$3,500 hingga AS$150,000 bergantung kepada reputasi kejohanan yang disertai.
3. Equestrian
Sukan
Equestrian adalah sukan yang melibatkan kemahiran menunggang serta mengawal
kuda untuk melakukan beberapa disiplin melibatkan keserasian antara penunggang
dan kuda itu sendiri. Bagaimanapun, untuk beraksi lebih serius dalam sukan
Equestrian memerlukan kos yang sangat tinggi merangkumi latihan dan
penyelenggaraan kuda. Menurut laporan media antarabangsa, kos untuk memasuki
pertandingan Equestrian peringkat antarabangsa memerlukan bajet sekitar
AS$200,000 setahun tidak termasuk harga untuk membeli kuda.
4. Formula One
Belum ada
nilai yang tepat mengenai jumlah yang perlu dibayar oleh seseoerang untuk
menjadi pelumba F1. Bagaimanapun, Pengarah Eksekutif Mercedes AMG Petronas
Formula One Team, Toto Wolff mendedahkan tiada jalan pintas buat individu yang
mahu menyertaui perlumbaaan F1. Sebailknya, semua pelumba perlu melalui banyak
fasa yang memerlukan kos sangat tinggi sebelum boleh mendapat lessen sebagai
pemandu F1. Kata Wolff, kanak-kanak yang menunjukkan minat perlu beraksi dalam
perlumbaan go kart terlebih dahulu dan seterusnya beralih kepada perlumbaan F4,
F3 dan F2 yang memerlukan perbelanjaan kira-kira RM47.71 juta.
5. Pelayaran
Tahukah
anda memiliki sebuah kapal layar sebenarnya lebih mahal daripada harga sebuah
kereta. Sebuah kapal layar jenis AC72 yang mengambil bahagian dalam acara American Cup memerlukan kos sehingga ratusan
juta ringgit termasuk kos untuk penyertaannya dalam perlumbaan yang mengambil
masa beberapa bulan. Anda boleh lihat sendiri sukan pelayaran ini juga dianggap
salah satu sukan yang digemari oleh rakyat Malaysia termasuklah pertandingan
berstatus antarabangsa iaitu Kejohanan Monsoon Cup. Selain itu, selepas musim
berakhir, kapal layar perlu dijaga rapi untuk memastikan ia kembali boleh
digunakan pada perlumbaan dan itu juga melibatkan kos yang besar.
Inilah
antara sukan yang termahal di dunia. Sebenarnya banyak lagi sukan yang layak
berada dalam 10 senarai sukan paling mahal di dunia. Tak dinafikan sukan adalah
satu pekerjaan yang dianggap lumayan. So, tidak hairanlah sukan-sukan yang
terdapat di dunia ini mempunyai nilai yang tertentu sekaligus membuka peluang
kepada individu untuk menjadi sebagai seorang atlet yang berjaya. Anda boleh
lihat sendiri atlet jagoan Malaysia Datuk Lee Chong Wei yang menjadi ikon
negara dek kerana menceburi sukan dan menjadi jutawan hanya sebagai seorang
atlet.
Diharapkan
informasi ini memberi sinaran kepada anak-anak muda untuk menceburi dan
menunjukkan bakat dalam sukan-sukan tersebut. Sila komen sukan apa yang disukai
anda?
Sumber
Petikan : KOSMO
minat badminton dan bola sepak. tapi bola sepak pandai tengok je. Nice info by the way!
ReplyDeleteTennis ?
ReplyDelete