Header Ads

Panduan Mulakan Bisnes Fotografi Secara Profesional

Panduan Mulakan Bisnes Fotografi Secara Profesional | Tahu apa hobi yang dapat menjana pendapatan anda? Macam saya seorang blogger, hobi adalah blogging, tapi daripada hasil penulisan saya dapat meraih pendapatan bulanan! Apa hobi yang saya ingin maksudkan? Minat dak dengan bisnes fotografi?

Sebenarnya fotografi adalah salah satu hobi yang mendatangkan keuntungan lumayan kepada si photographer. Jika anda seorang jurufoto, mesti ingin tahu cara buat duit dengan bisnes fotografi sehingga menjana pendapatan antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan?

Panduan Mulakan Bisnes Fotografi Secara Profesional

Sebenarnya anda tidak memerlukan modal yang besar dan peralatan canggih, hanya ada kamera DSLR dan minat mendalam terhadap bisnes fotografi. Sudah cukup untuk anda berada dalam indusri fotografi. Tapi, apa yang akan merugikan anda sekiranya tidak tahu langkah-langkah yang betul bermula dari awal sehingga ke tahap seterusnya..

Oleh itu, saya akan kongsikan bagaimana memulakan bisnes fotografi dengan cara yang betul sehingga menjana pendapatan ribuan-ribuan Ringgit. Tahu tak anda gaji seorang jurufoto profesional? Untuk pengetahuan anda, jurufoto profesional dibayar di antara RM1,000 sehingga RM7,000 hanya untuk seisi fotografi perkahwinan. Mesti anda terkejut kan! Tapi inilah realitinya kalau anda jurufoto profesional perkahwinan.

Kalau anda minat jadi jurufoto profesional dan angan-angan untuk menjadi kaya dengan fotografi perkahwinan sahaja? Sebelum itu, anda perlu jawab dahulu dengan pertanyaan soalan di bawah ini!

1. Adakah anda benar-benar minat dalam fotografi?

2. Terfikir nak buat part time dengan fotografi tapi tidak tahu cara yang betul untuk mulakan bisnes ini?

3. Boleh kah pelajar lepasan SPM atau mahasiswa yang mahu menceburi dan ingin menjana pendapatan hanya dari fotografi?

Jika jawapan YA! Anda sangat bertuah mengetahui rahsia mudah bagaimana untuk memulakan bisnes fotografi dari pakar jurufoto? Sebelum itu saya terangkan dahulu mengapa bisnes fotografi ialah satu bisnes yang mudah dan paling cepat jana pendapatan.

Kenapa bisnes fotografi sangat mudah?


1. Permintaan sangat tinggi dan pasaran luas

Sudah ketahui bisnes fotografi bukan sahaja untuk majlis perkahwinan sahaja malah anda turut boleh melakukan seperti majlis graduasi, fesyen & modelling, program motivasi, smartphones product dan banyak lagi.

Selain itu, khidmat fotografi juga diperlukan oleh usahawan-usahawan kecil dan sederhana untuk pengiklanan produk keluaran mereka. Malah jika anda mahu jana keuntungan lumayan rasanya jadi jurufoto membuat fotografi untuk produk seperti makanan, minuman, kosmetik dan kesihatan.

2. Tidak perlu modal besar

Anda tak perlu fikir untuk pakai handphone mahal-mahal sehingga RM3,000, apa yang anda perlu dapatkan adalah set kamera DSLR termasuk manual speedlite. Anda hanya habiskan RM1,200 sudah miliki dua peralatan tersebut.

Anda tak perlu risau, dengan adanya dua benda ini sudah cukup untuk anda lakukan kerja fotografi seperti majlis perkahwinan, event, majlis keraian dan lain-lain lagi.

3. Masa fleksibel

Sekiranya anda seorang jurufoto, masa anda sangat fleksibel di mana anda dapat kebebasan mutlak sama ada bekerja hari minggu kalau untuk perkahwinan berbeza dengan kerja bergaji yang terikat dengan peraturan waktu bekerja.

Jika anda dapat projek fotografi untuk majlis konvokesyen sudah cukup untuk anda menampung perbelajaan berbulan-bulan malah anda mampu membeli kereta baru secara tunai.

Okay! Anda tahu mengapa bisnes fotografi sangat menguntungkan. Oleh itu, kalau anda mahu menjana pendapatan berlipat-lipat ganda lebih hebat dari seorang doktor. Dapatkan ebook panduan bisnes fotografi ini yang akan dapat membantu anda memulakan dengan cara yang betul dan teratur.

Inilah 7 rahsia yang ada pada ebook panduan bisnes fotografi :


1. Apakah motivasi paling penting untuk menjadi seorang jurufoto?

2. Apakah set peralatan yang diperlukan dan bagaimana cara nak dapatkan harga 30-50% lebih murah berbanding dengan harga pasaran.

3. Bagaimana nak belajar fotografi tanpa mengeluarkan wang anda dan tidak perlu pergi ke bengkel atau seminar fotografi.

4. Kemahiran yang dapat membantu anda dalam pengiklanan fotografi secara percuma.

5. Kepentingan portfolio fotografi dan bagaimana membina portfolio secars ringkas tapi sangat menguntungkan.

6. Rahsia bagaimana mengembangkan bisnes fotografi ke tahap profesional.

7. Bagaimana cara mengembangkan kerjaya dan mencipta nama dengan fotografi.

Dengan adanya panduan daripada ebook ini, anda sudah boleh terus memulakan bisnes fotografi tanpa was-was lagi. Malah, anda turut dapat menjana pendapatan yang lumayan hanya bisnes fotografi sahaja.

Dapatkan ebook PANDUAN MEMULAKAN BISNES FOTOGRAFI ini sekarang! Jadikan ia sebagai langkah permulaan anda untuk menjadi jurufoto yang berjaya.

 

1 comment:

Powered by Blogger.