Header Ads

Cara Daftar Perniagaan di SSM Secara Online

Cara Daftar Perniagaan di SSM Secara Online. Adakah anda peniaga online yang sah ? Anda tahu bagaimana cara daftar perniagaan di SSM dengan mudah. Sebenarnya anda boleh membuat pendaftaran perniagaan sama ada di kaunter atau pun melalui online, tapi artikel kali ini saya syorkan cara paling mudah hanya daftar perniagaan di SSM secara online.


Cara Daftar Perniagaan di SSM Secara Online

Apa itu SSM?


SSM atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia merupakan badan berkanun yang mengawal selia syarikat dan perniagaan di Malaysia.

Pernah anda terfikir memandangkan kos sara hidup yang tinggi masa kini termasuklah adanya cukai GST dengan ekonomi yang kurang stabil membuatkan ramai mula berjinak-jinak memulakan perniagaan sebagai pendapatan sampingan mereka.

Jika anda hanya mengharapkan makan gaji bagi pekerja kerajaan mahupun swasta sudah pasti ia tidak mencukupi kerana mereka yang bergaji rendah tidak dapat hidup dengan selesa. Oleh itu perniagaan online menjadi pilihan buat masa sekarang dek kerana adanya teknologi internet yang berkembang pesat.

Kenapa masa sekarang bisnes online menjadi popular dalam kalangan rakyat Malaysia seperti tumbuh cendawan selepas hujan kerana adanya media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter termasuklah laman blog. Dengan wujudnya media sosial ini telah menjadi medan untuk mempromosikan perniagaan dengan lebih mudah dan cepat.

Oleh itu saya sarankan bagi anda yang baru ingin mencuba untuk ceburi bidang bisnes online atau yang telah menjalankan bisnes tapi masih tidak mendaftar dengan SSM, anda perlulah membuat pendaftaran terlebih dahulu di SSM. Penguatkuasaan telah diperketatkan kerana sudah banyak aduan daripada pengguna mengenai penipuan perniaga online.

Bagaimana cara membuat pendaftaran perniagaan di SSM?

Cara Mendaftar Perniagaan di SSM Secara Online


Jika anda ingin membuat pendaftaran perniagaan SSM secara online boleh dibuat melalui perkhidmatan Ezbiz Online di http://ezbiz.ssm.com.my/.

Dengan adanya sistem online ini, telah memudahkan pemilik perniagaan yang mahu membuat pendaftaran tidak perlu menghadiri ke kaunter di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Sekiranya ada sebarang permasalahan dan pertanyaan boleh terus merujuk kepada SSM di laman web tertera http://ezbiz.ssm.com.my/. Jika anda benar-benar ingin menjalankan perniagaan daftarlah di SSM. Semoga informasi ini memberi panduan dan manfaat kepada anda.

1 comment:

  1. Tengah planing nk daftar nama company atas nama sendiri...bermanfaat entry ni, terima kasih bro

    ReplyDelete

Powered by Blogger.