Header Ads

Cara Booking Hotel Di Agoda Dengan Mudah

Cara Booking Hotel Di Agoda Dengan Mudah |Pernah korang booking hotel secara online? Apakah laman web booking hotel terbaik untuk anda tempah? Pasti korang masih keliru hendak memilih hotel terbaik untuk penginapan malam dengan harga kadar berpatutan. Mai nak cerita....

Image result for Cara Booking Hotel Di Agoda

Jawapannya adalah AGODA! Aku rasa ramai dah tahu akan Agoda. Korang tahu tak tentang laman web Agoda yang memudahkan untuk tempah hotel dengan kadar yang rendah. Lagi pun, agoda.com memang lebih murah daripada Booking.com. Bagi yang tak tahu mengenai Agoda, aku nak kongsi cara booking hotel di Agoda.

Terlebih dahulu aku kongsikan apa itu agoda.com?

Agoda adalah salah satu platform booking hotel murah secara online dengan perkembangan pesat di seluruh negara dan layanan dalam 38 bahasa yang berbeza. Sebenarnya website Agoda ni agak popular di Malaysia. Bagi sesiapa sahaja yang suka travel pasti ingin tahu bagaimana cara untuk booking hotel di Agoda.

Cara Booking Hotel Di Agoda


1. Pertama kali masuk ke laman web www.agoda.com. Lebih mudah, pilih dalam versi bahasa Malaysia.

2. Korang nampak perkataan "Daftar Sekarang" di sebelah kanan. Bagi pengguna baru, anda perlu daftar terlebih dahulu.

3. Sesudah daftar, klik link daftar masuk sebelum membuat sebarang tempahan.

4. Selepas itu, barulah buat carian hotel dengan memasukkan negara atau bandar yang akan dikunjungi, termasuklah sekali dengan tarikh daftar masuk dan bilangan hari yang akan bermalam.

Cara Booking Hotel Di Agoda Dengan Mudah
Masukkan tempat yang anda lawati, sebagai contoh di sini Kuala Lumpur, tarikh bermalam, jumlah hari bermalam dan jumlah bilik (bilangan penghuni)

5. Setelah carian tempat dimasukkan, Agoda akan memaparkan senarai dan jumlah hotel. Di sini anda boleh memilih jenis hotel, lokasi dan harga mengikut bajet masing-masing.

Cara Booking Hotel Di Agoda Dengan Mudah

Cara Booking Hotel Di Agoda Dengan Mudah
Selepas carian tempat dibuat, agoda akan memaparkan senarai hotel yang terdapat di lokasi terpilih

6. Lepas anda memilih hotel yang hendak didiami, pilih jenis bilik (Room Type. Selesai dah pilih, masukkan bilangan bilik dan klik "Book Now", akan terpapar borang online. Masukkan maklumat yang terperinci pada ruangan yang disediakan.

Cara Booking Hotel Di Agoda Dengan Mudah
Selepas itu, klik book now

8. Setelah anda setuju dengan segala detail yang dimasukkan, klik "Continue". Sistem akan memaparkan jumlah sebenar yang perlu dibayar dengan menggunakan kad kredit. Boleh guna Mastercard, Visa, Paypal, American Express dan JCB. Anda diberi dua pilihan sama ada "Pay Now" atau "Pay Later?

Cara Booking Hotel Di Agoda Dengan Mudah
Anda perlu mengisi maklumat dengan terperinci. Setelah selesai, akan memaparkan jumlah bayaran.

* Tips tambahan :
●Kalau anda mahu membuat bayaran dengan kad debit pun boleh. Janji dalam kad tu ada duit. Hehe!
●Kalau anda tempah tempat bagi pihak orang lain, pastikan anda tanda pada ruangan petak "I am not staying at the hotel. I am making this booking for someone else".

9. Selesai membuat pembayaran, Agoda akan hantar booking confirmation ke alamat email anda. Cetak hotel voucher dan bawa bersama booking confirmation untuk tunjuk bukti semasa check-in hotel. Memang mudah kan? Bagi yang kaki travel booking di agoda cukup mudah dan cepat.

Tak sampai 5 minit korang dah dapat booking hotel di Agoda. Mudah dan pantas! Boleh la korang mula perjalanan di tempat yang telah dirancang dan dapat bermalam di penginapan hotel murah hanya di Agoda.com.

Maklumat tambahan :
Kelebihan agoda.com berbanding laman web hotel yang lain adalah setiap tempahan di agoda.com, anda akan dapat reward points.

Baca juga : Cara Tempah Hotel Di Trivago

Semoga dengan adanya informasi ini dapat membantu anda membuat perbandingan laman web hotel online dengan mudah. Diharapkan artikel ini dapat membantu anda membuat tempahan hotel di agoda.com. Sila share kepada rakan kenalan anda jika ia memberi manfaat kepada anda semua.

3 comments:

  1. Mudahkan dgn adanya agoda..tapi xprnah guna agoda lagi..hehe

    ReplyDelete
  2. Tiap kali out station mesti tempah guna agoda ni, memang lebih murah berbanding walk-in ke hotel tu..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.