Semakan Permohonan MyKad Secara Online dan SMS
Dengan adanya cara mudah ini, semakan terbaru yang diperkenalkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pemohon kini tidak lagi perlu ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengetahui status semasa permohonan MyKad, MyPR atau MyKAS anda.
Semakan Status Permohonan Mykad, MyPR atau MyKAS Secara Online dan SMS
Berikut dikongsikan cara bagaimana menyemak status permohonan anda secara online melalui laman sesawang Jabatan Pendaftaran Negara dan menerusi SMS :-
Semak Status Permohonan Mykad Online
● Masukkan ke laman web dengan layari http://semakan.jpn.gov.my/semak_kpt/
● Masukkan no. kad pengenalan anda seperti contoh 650741025123
● Masukkan captcha dan tekan butang “Semak”
● Setelah klik butang Semak akan memaparkan status kad pengenalan anda
Semakan Status Permohonan Mykad, MyPR atau MyKAS melalui SMS
● Anda hanya taip JPN <jarak> MyKad <jarak> No Kad Pengenalan
Hantarkan SMS ke 15888
Contoh:-
👉JPN MyKad 880713128801
Dikenakan caj penghantaran sebanyak RM 0.15 dan caj penerimaan sebanyak RM0.20.
Semoga adanya informasi ini memudahkan anda untuk menyemak status permohonan MyKad dengan lebih mudah dan menjimatkan masa.
Post a Comment