Header Ads

Cara Mendaftar Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor

Cara Permohonan Borang Kad Peduli Sihat Selangor | Apa itu Skim Kad Peduli Sihat? Apa syarat kelayakan dan cara membuat permohonan Kad Peduli Sihat? Berita baik khususnya penduduk Selangor, Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan Skim Kad Peduli Sihat di bawah perbelanjaan Negeri Selangor.


Cara Mendaftar Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor

Untuk makluman, Skim Kad Perubatan ini dilancarkan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah di Negeri tersebut. Matlamat utamanya adalah untuk menangani masalah kos perbelanjaan perubatan yang meningkat.

Di bawah kad ini bagi mereka yang layak sahaja akan mendapat Kad Peduli Sihat yang mempunyai nilai RM500 atau pun RM200 setahun dengan percuma. Untuk pengetahuan sebenarnya Kad Peduli Sihat dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori A dan Kategori B.


Cara Mendaftar Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor

Syarat Kelayakan dan Cara Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor


Syarat Kelayakan Kad Peduli Sihat Selangor


Kategori A

Satu keluarga boleh mendapat satu Kad Peduli Sihat dalam kategori A yang hanya boleh digunakan untuk pemegang akaun utama dan satu keluaga.

Manfaat :
● Kad ini mempunyai nilai berjumlah RM500 setahun
● Kad ini juga boleh digunakan sejumlah RM50 untuk sekali rawatan
● Tiada halangan untuk apa-apa jenis rawatan dan perubatan

Kelayakan :
● Warganegara Malaysia
● Kelahiran Selangor atau bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun
● Untuk suami atau isteri dan anak-anak mereka yang berumur bawah dari 21 tahun
● Pendapatan isi rumah mestilah dari RM3000 sebulan dan ke bawah

Kategori B

Untuk makluman, kategori B pula adalah untuk individu yang berumur dari 21 tahun ke atas.

Manfaat :
● Kad ini mempunyai nilai berjumlaj RM200 setahun
● Kad ini juga boleh digunakan sejumlah RM50 untuk sekali rawatan
● Tiada halangan untuk apa-apa jenis rawatan dan perubatan

Kelayakan :
● Warganegara Malaysia
● Kelahiran Selangor atau bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun
● Untuk individu yang berumur daripada 21 tahun ke atas
● Pendapatan isi rumah mestilah dari RM1500 sebulan dan ke bawah


Borang Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor


Untuk makluman, masa kini masih tiada lagi permohonan Kad Peduli Sihat secara online. Pemohon yang berkelayakan boleh membuat permohonan Kad Peduli Sihat dengan memuat turun borang manual di sini.

👉 Klik Disini : Borang Kad Peduli Sihat

Borang itu hendaklah diisi dengan maklumat yang benar dan lengkap serta dihantarkan kepada Pejabat Adun Selangor yang berhampiran dengan anda selepas 22 Disember 2016. Untuk dapat maklumat lanjut, anda boleh layari https://pedulisihat.com/ atau hubungi 03-20893911.

Semoga informasi ini mengenai permohonan Kad Peduli Sihat dapat memberikan manfaat dan panduan kepada pemohon untuk membuat permohonan dengan segera.

4 comments:

  1. Manfaat mcm ni lah yg perlu diberikan kpd rakyat Malaysia..bukan bagi 'gula-gula' kejap je habis..bagus utk rakyat selangor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi menyakitkan hati yg amat prosesnya. Buat kita mcm mengemis. Statement gaji perlu dicop oleh adun, katanya staff di ofis adun boleh cop bagi pihak adun. Bila tiba disana kata perlu disahkan oleh penghulu mereka tak boleh buat. Pergi ke ofis penghulu tak pernah buka. Berjam2 tunggu, berhari2 dtg...ramai yg balik hampa. Bila call ofis yg berkenaan katanya boleh dicop oleh mana2 penghulu dan diberi tel no tapi bila call tak jawapan pula. Di luar ofis penghulu ada senarai tel no ahli majlis, pengulu di bwh daerah yg sama tapi bila call ada yg tak jwb, ada tel no dah takda dlm perkhidmatan, ada yg kata dah pencen dan beri no tel org lain yg berkenaan tapi bila call takda jawapan. Bila tanya berkenaan apa dokumen yg perlu disahkan atau yg perlu, lain orang lain pula jawapannya...hmmmm...betul2 buat org rumit mcm mengemis hanya utk dptkan RM500 nilai kad tu...

      Delete
  2. balik selangor nanti aku urus.

    haha..

    sibuk sikit sekarang.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.