Header Ads

Senarai Barang yang Tidak Boleh Dibawa Naik Kapal Terbang

Anda pernah ada pengalaman pergi ke suatu tempat sama ada dalam negara mahupun oversea dengan menaiki kapal terbang? Mesti anda tak suka apabila bagasi terpaksa dibuka dan membuatkan anda kelam-kabut dek terpaksa mengejar masa. Pernah anda alami situasi sebegini? Lokman ingin kongsikan tips melancong kepada anda semua.

Terpaksa membuka bagasi dan membuang barangan yang dibawa terutama minyak wangi saat menaiki pesawat cukup mengecewakan. Biarpun, sudah banyak kali menaiki kapal terbang ke mana-mana destinasi terutama ke luar negara, pasti ramai masih keliru dan tertanya-tanya apakah barangan yang dibawa atau dibeli boleh dibawa naik pesawat.

Senarai Barang yang Tidak Boleh Dibawa Naik Kapal Terbang

Untuk bagi mengelakkan kerugian dan terpaksa pula meninggalkan barangan yang dibawa atau baru dibeli, jom semak senarai barang yang dilarang masuk pesawat atau barangan bahaya lebih-lebih lagi dalam musim cuti sekolah ini ingin membawa anak pergi bercuti di destinasi yang menjadi pilihan.

Senarai Barang yang Dilarang Masuk Pesawat

Barangan berikut adalah dilarang dalam bagasi anda sama ada ia berdaftar atau tidak:

A. Barangan Cecair

Cecair yang dilarang dibawa naik pesawat ialah jenis minyak, peroksida organik (resin) dan gas atau pepejal mudah terbakar (pemetik api, cat aerosol). Walaubagaimanapun, cecair yang tidak dikecualikan lebih daripada had 100ml yang dibenarkan seperti ubat, makanan dan susu bayi boleh dibawa naik pesawat.

Senarai Barang yang Tidak Boleh Dibawa Naik Kapal Terbang

B. Alat Penyembur

Masalah ini khususnya kepada wanita yang tertanya-tanya mengapa anda tidak dibenarkan membawa penyembur rambut, minyak wangi, dan semua jenis alat penyembur kerana mengandungi bahan mudah meletup dan gas yang mudah terbakar.

C. Buah-buahan

Tidak semua buah-buahan dilarang bawa ke dalam kapal terbang, misalnya buah seperti durian terkenal dengan bauan yang kuat dan tajam boleh menyebabkan penumpang rasa mual dan muntah. Selain itu, buah cempedak juga antara buah tempatan yang dibenarkan dibawa naik pesawat.

Tak kesemua syarikat penerbangan selaraskan barangan yang tidak dibenarkan dibawa naik pesawat. Semoga informasi ini memberi sedikit sebanyak pengetahuan kepada kaki travel yang ingin melancong ke luar negara.

1 comment:

  1. kalau pnerbagan antarangsa air mineral pun tak blh bawa :( kalau nak kna bei kat dalam, tu pun nasib je la kalau ada jual..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.