Lokasi, Aktiviti dan Senarai Harga Tadom Hill Resorts Banting Selangor
Tempat apa yang menarik untuk pergi bercuti bersama anak-anak ketika musim cuti sekolah ini? Best ker Tadom Hill? Aktiviti apa yang menarik di Tadom Hill? Jika anda merancang tempat percutian yang unik dan menarik berdekatan dengan bandar Kuala Lumpur, rasanya Tadom Hill Resort pilihan destinasi tepat untuk anda lawati.
Untuk pengetahuan anda yang masih belum tahu atau baru dengar khabar nama percutian Tadom Hill Resorts adalah sebuah resort dikelilingi alam semulajadi bukit batu kapur, tasik buatan yang hanya terletak 12 minit dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan 45 minit dari KL menjadikannya destinasi menarik kepada sesiapa yang merancang percutian lebih-lebih lagi dalam musim cuti sekolah.
Resort yang bertemakan eko-pelancongan ini memberi pilihan sama ada mahu bermalam di chalet yang diperbuat daripada buluh atau pun di dalam khemah yang sangat menyenangkan. Sebelum saya nak kongsikan aktiviti menarik yang ada di Tadom Hill Resort, saya beritahu dahulu informasi, jenis penginapan dan harga terkini Tadom Hill Resorts.
Informasi, Lokasi dan Harga Terkini Tadom Hill Resorts
Lokasi : Bukit Tadom, Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Waktu Operasi : Hari Selasa hingga Ahad (10.00 pagi hingga 6.45 petang)
Jenis Penginapan di Tadom Hill Resorts
A. Bamboo Hut
Termasuk :
● Tilam single
● 1 Bantal
● 1 Selimut
● Kelambu
● Loker untuk beg
● Kipas
B. Hammock Spheres
Termasuk :
● Kipas
● Kelambu
● Hammock & sleeping bag
C. Lakeside / Garden Tent Sites
Lakeside Tent
Garden Tent
Termasuk:
● Khemah
● Sleeping bag
● Sleeping mat
● Inflatable camping pillow
D. Gendui Chalet
Termasuk:
● Katil Grade Hotel
● 2 Bantal
● 1 Duvet
● Tempat gantung baju
● Tuala
● Standing mirror
● Individual wall power socket
Aktiviti Menarik di Tandom Groove dan Tandom Base
Tandom Groove
Antara aktiviti yang disediakan di sini;
● Pantai buatan manusia
● Tasik biru
● Platform menyelam
● Tali tarzan
Tandom Base
Antara aktiviti yang disediakan di sini;
● Rock Climbing
● Bola Zorb
● Flying fox
● Memanah
● Obstacle Course
● Belajar Menyumpit
● Rakit Buluh
Day Pass
Tadom Hill Resort ini sesuai untuk mengadakan Day Trip. Jika anda berminat boleh mendapatkan harga terkini 2016 Day Pass:
Untuk mendapatkan sebarang maklumat atau pertanyaan boleh anda layari laman web tertera di sini
Semoga percutian kali ini lebih menggembirakan anak-anak anda dengan melawati ke tempat yang dikelilingi kehijauan semulajadi di Tadom Hill Resorts, Banting. Jika nak dapatkan tempat penginapan yang lebih selesa, boleh buat tempahan tiket di Trivago.
Baca juga : Cara Booking Hotel di Trivago
Baca juga : Cara Booking Hotel di Trivago
Sumber Gambar : tadomhillresorts.com
jauhnay shah alam :(
ReplyDelete