Fenomena Supermoon Terbesar 2016 Muncul 14 November Ini!
Pernah anda lihat fenomena Supermoon berlaku? Apa maksud sebenar 'supermoon'? Untuk makluman anda, 'supermoon' bermaksud bulan penuh, di mana anda berpeluang menyaksikan fenomena Supermoon 2016 atau 'perigee', iaitu kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi pada Isnin depan (14 November 2016).
Menurut kenyataan dari Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), fenomena Supermoon kali ini merupakan Supermoon terbesar yang berada pada jarak paling dekat dengan bumi sejak 68 tahun lepas.
Dianggarkan waktu fenomena Supermoon ini terjadi pada pukul 7.24 malam dan seterusnya berada pada fasa penuh atau purnama pada 9.54 malam. Sebelum ini, fenomena Supermoon telah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 September 2016.
Untuk sebarang masalah atau pertanyaan, orang ramai boleh melayari laman web, Facebook dan Twitter Agensi Angkasa Negara (ANGKASA). Orang ramai juga dijemput untuk berkongsi imej Supermoon bulan purnama pada 14 November ini di Facebook ANGKASA.
Sama-sama kita nantikan kemunculan bulan supermoon ini.
Sumber : Bernama

WAHH.. nak tgu isnin ni!!
ReplyDeleteMark ur calendar everybody ;) slh satu keajaiban allah
ReplyDelete