Doa Ringkas Selepas Solat Fardhu dan Maksudnya
Pernah kita terfikir terburu-buru selepas solat? Apa kata kita luangkan masa untuk wirid dan juga berdoa sebaik sahaja selesai solat. Jangan tergesa-gesa menyudahkan solat dengan terus bangkit tanpa doa, kerana sesudah solat adalah merupakan salah satu masa yang terbaik untuk berdoa.
Marilah sama-sama kita memperbanyakkan doa selepas solat semoga hajat kita dimakbulkan oleh Yang Maha Esa. Salah satu doa ringkas selepas solat seperti berikut;
Bismillah hir’rahma nirra’him
Alhamdulillah hirobbil a’lamin, Wassola tuwas sala mua’la saidina Muhammadinn asrofin mursalin, Wa’ala alihi wasob bihi ajma’in.
Allahumma ahyiina bil iiman, Wa’amit naa bil iiman, Waad khilnal jannata ma al iiman,
Allahummarfirlana, Zunubana, Waliwaa lidainaa, Warham humaa kama rob baya naa sokhiroo.
Allahummaah timlana bi’khusnil khotimah, Wala tahtim alaina bisuu ii’ khotimah,
Robbana laa tuziq qulubana, Baq daiz hadaitana, Wahab lana min ladun kharohmah, In’naka antal wahhab,
Robbana a’tina fid’dun yaa hasanah, Wafil a’ khirotil hasanah, Waqinaa azab’bannar,
Wasollallah huala saidina Muhammad, Wa’ala a’lihi wasobihi was’salam, Walham dulillah hirob’bil a’lamiin.
Baca juga : Surah Taha Ayat 1-5 Doa Melembutkan Hati Yang Keras

Lebih jelas dengan mendengar bacaan video berikut;
Maksud Doa:
Maksud Doa:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Semoga apa yang kita doakan dimakbulkan oleh Allah SWT. Mudah-mudahan, semoga informasi ini bermanfaat.
Post a Comment