Cara Mendaftar Simpanan Shariah KWSP Dengan Mudah
Cara Mendaftar Simpanan Shariah KWSP Dengan Mudah |Anda tahu kini pemegang KWSP boleh menukar simpanan konvensional kepada Simpanan Shariah KWSP? Bagaimana cara mendaftar Simpanan Shariah KWSP dengab mudah. Apakah dimaksudkan Simpanan Shariah? Simpanan Shariah adalah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh KWSP bagi membolehkan ahli KWSP memilih untuk akaunnya diluluskan dan dilaburkan berpandukan shariah.
Sebenarnya, pendaftaran Simpanan Shariah telah bermula 8 Ogos 2016 lalu, di mana ia akan dikuatkuasakan pilihan Simpanan Shariah pada tahun 2017. Sehubungan itu, ahli mestilah memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah selewat-lewatnya pada 23 Disember 2016 tertakluk peruntukan dana.
Oleh itu, ahli yang ingin membuat pendaftaran Simpanan Shariah KWSP bolehlah hadir ke mana-mana kaunter KWSP mulai 8 Ogos 2016. Kalau anda rasa ingin menukarkan simpanan KWSP yang tidak patuh shariah kepada lebih syariat Islam.
Cara Pendaftaran Simpanan Shariah KWSP
● Tarikh berdaftar mulai 8 Ogos 2016 sehingga 23 Disember 2016 tertakluk dana yang disediakan oleh KWSP
● Perlu hadir ke kaunter KWSP dan membawa kad pengenalan untuk pengesahan identiti
● Ahli perlu menyerahkan dokumen pengenalan diri dan menurunkan cap ibu jari pada Akad Simpanan Shariah yang telah dicetak
Keputusan Permohonan Memilih Simpanan Shariah KWSP
Jika permohonan ahli berjaya akan menerima Notis atau Sistem Pesanan Ringkas (SMS) pengesahan tarikh kuatkuasa tidak kurang daripada tujuh hari sebelum tarikh kuatkuasa pilihan Simpanan Shariah.
Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi ;
Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922-6000 atau layari laman web www.kwsp.gov.my.
Semoga informasi ini memberi panduan kepada pemohon ahli yang ingin menukarkan simpanan KWSP kepada patuh syariah. Dengan adanya artikel Cara Mendaftar Simpanan Shariah KWSP Dengan Mudah ini dapat memudahkan pemohon membuat pendaftaran.
Post a Comment