Cara Mendaftar Blog dan Submit Sitemap ke Webmaster Yandex
Cara Mendaftar Blog dan Submit Sitemap ke Webmaster Yandex. Sebelum ini rasanya saya pernah bahaskan tentang bagaimana cara untuk submit sitemap di webmaster tools. Tapi, ia hanya untuk platform Google sahaja. Namun, kali ini saya ingin sampaikan artikel yang sama seperti mesin carian seperti Google dan Bing.
Pernah dengar Webmaster Yandex? Apa itu Yandex? Okay...baca selanjutnya! Yandex adalah enjin carian atau search engine buatan dari Rusia yang telah mendominasi di negara Rusia. Lebih daripada 57% daripada pengguna internet dari Rusia bergantung kepada Yandex sebagai enjin carian utama. Tambahan lagi, negara-negara Balkan yang lain seperti Belarus, Kazakhtan dan Ukraine yang turut menggunakan enjin carian ini.
Pentingkah Webmaster Yandex? Tahu tak bagaimana nak submit sitemap di Webmaster Yandex? Bagi pendapat saya, yang telah menggunakan sitemap di Webmaster Yandex, nampaknya ia sangat penting kerana telah membantu saya untuk SEO, di mana kebanyakan laman web Rusia memasuki di blog saya.
Cara Mendaftar Blog dan Submit Sitemap ke Webmaster Yandex
Okay! Saya akan kongsikan bagaimana cara nak submit sitemap di Webmaster Yandex.
1. Buka halaman Webmaster Yandex terlebih dahulu, klik di laman web ini https://webmaster.yandex.com/. Kemudian, klik 'Add Site'.
2. Selepas itu, klik 'Registration'.
3. Akan paparkan form pendaftaran untuk membuat akaun Yandex, sila isikan maklumat peribadi anda. Setelah selesai klik 'Register'.
4. Masukkan URL blog atau website anda dan kemudian klik 'Add'.
5. Setelah itu muncul halaman metode verifikasi, saya syorkan guna Embed Meta Tag dan copy code itu. Tambahkan code itu di template blog anda, letakkan code di bawah <head>.
6. Jika anda dah masukkan code Meta Tag tersebut ke dalam template blog anda dan save, kembali ke laman web Yandex itu semula dan klik 'Check'. Tunggu proses seterusnya, dan akan muncul blog anda berjaya ditambahkan.
7. Setelah itu, pergi ke halaman Indexing Options, klik 'Sitemap files'.
8. Masukkan URL sitemap blog yang anda telah daftarkan, saya beri contoh letakkan http://www.lokmanamirul.com/sitemap.xml. Kemudian, klik 'Add'.
Selepas menambah fail sitemap anda di Webmaster Yandex, datang semula beberapa hari untuk memastikan bahawa Yandex telah crawling laman web anda dengan betul.
Anda kini boleh melihat beberapa banyak halaman yang telah dihantar dan berapa banyak yang telah diindeks. Sampai di sini saja tutorial cara submit blog di Yandex Webmaster tool. Semoga ia bermanfaat. Kalau ia penting bagi anda boleh ikuti ilmu bermanfaat ini.
Aritu baru je buat.. yandex nie bagus kalau blog kita dalam bahasa inggeris..
ReplyDeleteterima kasih .. info
ReplyDelete