Header Ads

Pengalaman cashout duit Google Adsense dari Western Union di Pejabat Pos

Syukur Alhamdulillah hari ni pertama kali aku rasa duit blogging. Siapa sangka dahulu hanya untuk suka2, kini ternyata sorang blogger boleh hasilkan duit. Sebelum aku nak cerita pengalaman cashout google adsense melalui Western Union. Terlebih dahulu aku cerita serba sedikit apa itu google adsense?

Secara ringkasnya google adsense adalah jana pendapatan pengiklanan dari Google di blog kita. Bila iklan muncul di blog, pengunjung datang masuk blog dan klik iklan tersebut, maka hasilnya anda akan dapat bayaran. Bayaran setiap iklan berbeza-beza dan mengikut juga pelawat dari mana datang melawat blog anda. Pengalaman aku pernah dapat satu klik $5.92 dari orang Kanada. Now, blog aku boleh maintain $1 dollar ke atas.

Sebenarnya aku menjalankan program buat duit ini sejak tahun lepas lagi kalau tak silap bulan November. Bagi aku, bukannya senang nak dapat hasilnya, sehari nak dapat $1 dollar pun belum tentu dapat. Alhamdulillah hasilnya aku berjaya dapat sejumlah $154 dari google adsense. Untuk pengetahuan korang, apabila pendapatan Google Adsense sudah sampai melebihi $100, maka anda layak keluarkan duit itu.

Cara terima pembayaran google adsense sebenarnya mempunyai tiga kaedah iaitu cek, western union dan wire transfer. Tapi, aku memilih pembayaran melalui western union kerana bagi aku ia mudah dan cepat. Jom aku ajarkan bagaimana nak keluarkan duit melalui Western Union di Pejabat Pos. Ikut suka korang nak keluar kan duit dari Western Union(WU) di bank, atau pun pejabat pos dan juga kiosk WU.

Mula2 sekali pastikan anda ubah payment setting di akaun google adsense anda kepada "Western Union". Pastikan anda letak nama sebijik dengan nama anda di dalam IC dan juga alamat anda.

Tahukah apa itu western union?


Mungkin korang besa dengar tapi tak pernah menggunakannya, ianya melibatkan penerimaan dan penghantaran kiriman wang di serata dunia. Biasanya servis ini ada di pejabat pos, dan bank2 terpilih seperti Ambank, Bank Rakyat, Agro Bank dan BSN mengikut kawasan anda. Bagi aku ianya mudah dan cepat prosesnya lebeh kurang 10 minit yang lambatnya tunggu no giliran di pejabat pos.

Korang boleh rujuk di sini senarai lengkap servis Western Union mengikut kawasan dan negeri.

Bila korang boleh tahu pihak Google Adsense inform dah hantar wang?....Anda boleh semak details pembayaran selepas minggu ketiga bulan seberikutnya. Anda perlu alert sekiranya bahagian payment anda ada perkataan "Payment Issued" maka wang anda telah dihantar cuma tak cashout ja lagi.

Sila klik "details" untuk butiran lebih lanjut dan akan dipaparkan seperti di bawah. Dan klik "Statement of earnings" untuk dapatkan butiran bukti pendapatan anda sebagai penerima.


Pastikan anda print statement ini dan dibawa sekali apabila nak cashout sama ada di pejabat pos atau bank. Takot2 tak percaya kita dapat duit dari Google, so adanya statement ni sebagai buktinya. Tapi, aku pergi kat pejabat pos di Kulim statement tu mereka tak lihat pun.

Pergi mintak kat pegawai yang bekerja amek borang penerimaan wang dari Western Union bukannya PENGHANTARAN KIRIMAN WANG. Kalau di pejabat pos, korang akan menerima borang seperti di bawah ni.


Dapat borang ni dan isikan segala maklumat yang patut diisikan. Pastikan anda letak NO MTCN dengan tepat, nama dan alamat. Ikut saja saya isikan, ishaAllah mudah urusan korang.

Selepas tu, anda akan dapat hasilnya dengan wang tunai. Hanya sekelip mata anda dah boleh terima sejumlah wang. INI HASILNYA!!! Syukur saya dapat keluarkan sejumlah RM507. Bayangkan $129.06 x 4.00 = RM$$$... Banyakkan....bagi saya google adsense memang sangat berbaloi dan setiap blogger perlu mencuba mohon dan menggunakannya.


InsyaAllah masa datang, saya akan cerita pulak pembayaran melalui wire transfer yang dikatakan lebeh mudah daripada kaedah yang lain.

1 comment:

Powered by Blogger.