Header Ads

Tutorial Cara Daftar Domain Servis NetKL

Tutorial Cara Daftar Domain Servis NetKL |Baru-baru ini saya telah menggunakan servis NetKL untuk beli domain name. Memang terbaik servis dari NetKL, yang tu saya akui. Sebelum ni, saya dah janji nak kongsi cara daftar domain melalui NetKL. So, entri kali ni saya kongsikan tutorial daftar domain NetKL.

Tutorial Cara Daftar Domain Servis NetKL

Apa yang saya ingin sampaikan hanyalah domain service di dalam entri ni. Bukannya hosting!

Tutorial cara daftar domain servis NetKL


1. Pertama kali masuk ke laman web NetKL.

2. Pada bahagian menu, pilih 'Domain', kemudian terlihat perkataan 'Buy Domain Only' dan klik di situ.

Tutorial Cara Daftar Domain Servis NetKL

3. Anda akan terlihat ruangan ni. Terdapat 4 step yang perlu anda isikan. CHOOSE PRODUCT > DOMAIN OPTIONS > CONFIRM ORDER > CHECKOUT 
●Pada laman ini, anda perlu klik 'I want NetKL hosting to register a new domain for me'.
●Kemudian, masukkan nama URL blog yang anda inginkan. Macam saya kekalkan nama lokmanamirul. Kalau nampak status available maknanya nama URL tu anda boleh guna.
●Lepas tu barulah anda klik 'Add to 
Cart'.

Tutorial Cara Daftar Domain Servis NetKL

4. Setelah anda 'Add to Cart', anda dibawa ke bahagian Configure. Bahagian ni anda jangan sentuh apa2. Anda terus klik 'Update Cart'.

Tutorial Cara Daftar Domain Servis NetKL

5. Kemudian, anda sahkan pembelian domain. Pada ruangan 'Confirm Order', anda perlu mengisi details maklumat peribadi yang betul dan tepat.

Tutorial Cara Daftar Domain Servis NetKL

6. Lepas selesai isikan, klik 'Checkout'. Anda akan dibawa ke ruangan invoice.

Bagi saya bayar terlebih dahulu barulah anda daftar servis NetKL. Ikut suka anda nak bayar dengan tiga cara sama ada melalui ATM transfer/cash deposit/online transfer dan paypal.

7. Selepas buat pembayaran, anda perlu tunjuk bukti resit bayaran dengan emailkan ke email NetKL.
8. Anda hanya perlu tunggu feedback dari NetKL. Lepas tu isikan apa yang saya ajar di atas tu. Selepas dah berjaya dalam proses ini. Tunggu dalam beberapa minit saja... Anda terus memiliki nama domain sendiri.

Saya ingatkan pada anda bayar dengan jumlah RM50 kepada NetKL untuk mudahkan mereka buat potongan RM3 untuk servis setting di blog.

RM45(nama domain) + RM3 (servis setting)

Baki dua ringgit tu korang halal ja. Janji hati riang dengan adanya domain sendiri. Kalau korang masih tak paham dengan tutorial cara nak bayar domain melalui servis NetKL, boleh beri komen di ruangan.

Semoga informasi ini memudahkan anda untuk membuat pembelian domain sendiri di NetKL.

No comments

Powered by Blogger.