15 Fakta Kehebatan Recep Tayyip Erdogan Presiden Turki Kepada Rakyatnya
15 Fakta Kehebatan Recep Tayyip Erdogan Presiden Turki Kepada Rakyatnya | Siapa Recep Tayyip Erdogan? Sebelum Erdogan menjadi Presiden di Turki, pemerintah terdahulu menerapkan budaya sekular dalam pentadbiran negara mereka. Ia agak berbeza untuk tampuk pemerintahan Erdogan, dimana beliau mengamalkan sistem khalifah seperti zaman Uthamaniyah . Apabila presiden ke-12 ini mengembalikan syariat dalam sistem pentadbiran negara, mereka menuai hasil yang luar biasa khususnya kepada rakyat Turki.
15 Fakta Kehebatan Recep Tayyip Erdogan Presiden Turki Kepada Rakyatnya
1. Pada tahun 2013, Produk Domestik Nasional Turki mencapai nilai 100 milion dolar Amerika. Nilai ini sebanding dengan gabungan pendapatan tiga buah negara dengan ekonomi terkuat di Timur Tengah, iaitu Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), dan Iran, dan ditambah lagi dengan pendapatan Jordan, Syria dan Lebanon.
2. Erdogan membawa lonjakan ekonomi yang besar kepada Turki, dari tangga ke-111 di dunia ke kedudukan ke-16 dengan purata peningkatan sebanyak 10 peratus setahun. Ini meletakkan Turki dalam kelompok 20 negara maju yang terkuat di dunia (G-20).
3. Tahun 2023 disebut-sebut Erdogan sebagai tahun pembangunan negara Turki Moden dengan tujuan menjadikan Turki sebagai sebuah negara yang mempunyai kekuatan politik dan ekonomi nombor satu di dunia!
4. Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul adalah lapangan terbang terbesar di Eropah dengan kapasiti 1260 pesawat setiap hari, ditambah pula dengan kemampuan lapangan terbang Shabiha menampung 630 penerbangan sehari.
5. Syarikat Turkish Airline diiktiraf sebagai syarikat penerbangan terbaik di dunia selama tiga tahun berturut-turut.
6. Dalam tempoh 10 tahun, Turki telah menanam 770 juta pokok Harjia yang berbuah lebat.
7. Buat kali pertama pada zaman moden ini, Turki mengeluarkan sendiri kereta kebal, kapal terbang, pesawat tempur tanpa pemandu, juga satelit ketenteraan moden pertama yang memiliki pelbagai fungsi.
8. Dalam 10 tahun pemerintahannya, Erdogan telah membangunkan 125 universiti, 189 sekolah, 510 hospital dan 169,000 bilik darjah baru yang moden, sehingga nisbah pelajar untuk sebuah kelas kurang daripada 21 orang (1 kelas : 21 pelajar).
9. Ketika krisis ekonomi menimpa Eropah dan Amerika, universiti-universiti di Eropah dan Amerika menaikkan yuran kuliah. Namun, Erdogan bertindak luar biasa dengan memansuhkan keseluruhan yuran kuliah dan persekolahan bagi rakyatnya dan menjadikan kos ini sebagai tanggungan negara.
10. Dalam 10 tahun terakhir, pendapatan per kapita penduduk Turki yang sebelum ini hanya 3500 dolar setahun, meningkat kepada 11 000 dolar setahun pada 2013. Nilai ini lebih tinggi berbanding pendapatan per kapita penduduk Prancis, dan Erdogan berjaya menaikkan nilai tukaran matawang Turki sebanyak 30 kali ganda!
11. Turki juga sedang bersungguh-sungguh membiayai 300 ribu ilmuwan melakukan penyelidikan ilmiah dalam usaha menuju sasaran 2023.
12. Antara pencapaian terbesar politik Turki adalah kejayaan Erdogan mendamaikan dua bahagian negara pulau Cyprus yang berbalah. Beliau juga mengadakan perbahasan damai dengan parti Buruh Kurdistan bagi menghentikan pertumpahan darah dan meminta maaf kepada Armenia, sehingga menyelesaikan permasalahan yang sudah tergantung selama enam dekad.
13. Gaji dan upah di Turki meningkat sehingga 300 peratus. Melalui peningkatan ini, gaji pegawai baru meningkat daripada 340 lira Turki kepada 957 lira. Selain itu, jumlah penganggur juga menurun daripada 38 peratus menjadi 2 peratus sahaja.
14. Di Turki, belanjawan untuk pendidikan dan kesihatan diberi lebih banyak sehingga melebihi bajet untuk pertahanan, dan gaji guru pula sama banyak dengan gaji doktor.
15. Sebanyak 35, 000 makmal IT dan pangkalan data moden dibangunkan bagi melatih pemuda-pemuda Turki.
Sumber :
Nota: Artikel ini diterjemah oleh penulis Indonesia daripada artikel asal tulisan penulis Jordan, Ihsan Al Faqih, di media Achahed.
wow. he's totally a good leader!
ReplyDelete