Resipi puding buih berkuah susu koktail buat anda terliur!
Ya ampun! Siapa yang tak suka makan manisan yang lembut bak awan nano ni kan? Jadi apa kata hari ini penulis kongsikan bersama dengan anda resepi puding buih yang dilimpahi susu koktail. Yums!
Penulis tak pasti puding buih ini asalnya dari mana (mungkin Pahang di daerah Pekan), yang penting rasanya tersangatlah enak, lebih-lebih lagi jika dimakan bersama kuah susu yang sejuk. Ia digelar puding buih mungkin kerana konsistensi puding yang berongga dan ringan, seolah anda mengunyah span manis gitu :)
Jika anda tak pernah rasa, bolehlah anda mencuba resepi mudah ni. Jangan lupa kerana bahan utama puding ini adalah putih telur okay? Dan yang paling penting, anda perlu ada mesin pemukul elektrik atau hand mixer untuk pukul putih telur sehingga menjadi ringan dan gebu! Jom kita belajar!
Bahan Puding:
- 1 paket agar2 strip (bertali ~ lebih kurang 35gm) ~ rendam dalam 1/2 jam dan toskan
- 1.75 liter air
- 9 sudu besar gula
- 1 helai daun pandan ~ disimpul
- 6 biji telur gred A ~ asingkan putih dan kuningnya tetapi simpankan 1 biji kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
- 1 tin fruit cocktail
- Pewarna merah atau apa sahaja warna kegemaran anda
- Esen Vanila ~ untuk hilangkan hanyir telu
Cara Membuat Puding:
- Masak agar-agar mentah bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan esen vanila mengikut cita rasa masing-masing. Kacau sebati.
- Bila agar-agar dah suam-suam panas, di dalam bekas lain, pukul telur hingga ringan dan gebu.
- Masukan putih telur sedikit demi sedikit sambil memukulnya. (Cuba terbalikkan mangkuk putih telur yang siap dipukul gebu, jika ianya kekal dan tidak meleleh bermakna anda berjaya).
- Tuangkan adunan puding ke dalam adunan telur dan kacau/pukul lagi dengan mixer hingga sebati. Masukkan ke dalam acuan, biarkan sejuk barulah dimasukkan ke dalam peti ais.
Bahan Kuah Susu Koktail:
- 1 tin susu cair
- 2 tin air (guna tin susu cair)
- 7 sudu besar gula ~ ikut cita rasa, kalau suka manis boleh tambah sendiri
- 2 sudu besar tepung kastard
- 1 biji kuning telur yang diambil dari 6 biji telur td
- 2 helai daun pandan ~ disimpulkan
- 1/2 sudu kecil garam
Cara Membuat Kuah Susu Koktail:
- Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
- Apabila telah mendidih, tutup api dan biarkan ia sejuk.
- Setelah sejuk, masukkan pula ia di dalam peti ais.
- Sebelum mula menghidang, letakkan puding di dalam mangkuk pilihan dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk tahu?
Selamat mencuba! Jangan lupa kongsikan resepi manisan puding buih berkuah susu koktail ini bersama rakan-rakan anda.
perrgghhh ...
ReplyDelete