Header Ads

Cara beli tiket ETS KTMB secara online

Tiket ETS KTMB boleh dibeli secara online melalui portal tempahan tiket dibawah dan melalui portal eticket KTMB.
Tempah / Beli Tiket ETS (Electric Train Service) KTM Anda Disini:-
Portal BusOnlineTicket.com/train danEasybook.com/train adalah ejen tiket KTM Berhad dan mereka menawarkan penempahan tiket KTM secara online di portal mereka.
Dengan adanya portal tersebut, maka terdapat pertambahan baru bagi saluran untuk menempah tiket ets KTM secara online selain daripada Portal Tiket KTM yang rasmi.
Perbandingan Portal
Jadual dibawah memberi sedikit maklumat berkenaan penempahan tiket KTM ETS secara online jika menggunakan salah satu daripada portal dibawah.
EasyBookBusOnlineTicketKTMB Online
Booking diEasyBookBooking diBusOnlineTicketBooking diKTMB Online
Kaedah Pembayaran
cara pembayaran yang diterima oleh setiap portal
Visa & Mastercard

Paypal

(Tambahan 1% daripada jumlah bayaran tiket bagi penggunaan cara bayaran dibawah)
MEPS FPX (Affin Bank, Bank Islam, Hong Leong Connect, RHB Now, alliance online, Bank Rakyat iRakyat, maybank2u, UOB, Ambank, CIMB Clicks, Public Bank dan Mabank2e.net)

Maybank2u, CIMB Clicks, RHB Now, AMOnline, Mobile MOney, Web Cash dan Union Pay
Visa & Mastercard

Paypal

(Tambahan 1% daripada jumlah bayaran tiket bagi penggunaan cara bayaran dibawah)
MEPS FPX (Affin Bank, Bank Islam, Hong Leong Connect, RHB Now, alliance online, Bank Rakyat iRakyat, maybank2u, UOB, Ambank, CIMB Clicks, Public Bank dan Mabank2e.net)

Affin Bank, Ambank, BSN, CIMB Clicks, iRakyat Bank Rakyat, Hong Leong Connect, Maybank2u, RHB Now, Web Cash dan Celcom AirCash
Visa & Mastercard

Maybank2u

BSN
Fi PemprosesanTambahan 1% daripada jumlah bayaran tiket bagi penggunaan pembayaran perbankan internetYa. (Bergantung kepada harga tiket)RM2 setiap tiket untuk perbankan online
Boleh Memilih Tempat DudukTidak. No tempat duduk dijana secara otomatik.Tidak. No tempat duduk dijana secara otomatik.Ya. Tempat duduk boleh dipilih.
Cara Tempah Tiket ETS Online
Disertakan 2 contoh cara tempahan tiket ets online.
1.  Contoh pertama, ditunjukkan cara menempah tiket ets secara online menggunakan portal Easybook.com/train.
Pada muka hadapan laman web Easybook.com/train klik tab “TIKET KERETA API”, dan anda akan menemui borang carian, seperti imej 1 dibawah. Dan anda boleh memasukkan tempat anda bertolak, destinasi pilihan anda, tarikh bertolak serta jumlah tempat duduk. Contoh dibawah adalah dari KL Sentral ke Ipoh.
Imej 1
Easybook Search KTM Ticket
Satu senarai laluan akan dihasilkan oleh portal pencarian Easybook.com/train. Mengandungi maklumat berkenaan jadual perjalanan (Coach perjalanan yang tiketnya sudah habis dijual tidak akan dipamerkan) seperti contoh imej 2dibawah (sebahagian laluan sahaja ditunjukkan di imej dibawah).
Imej 2
Easybook Search Result KTM Ticket

Anda perlu memilih coach perjalanan yang anda kehendaki dengan menekan “Choose Seat”. Katakan anda memilih perjalanan KL Sentral ke Ipoh (07:00 (07:00 AM)). Maka satu paparan berikut akan terhasil, untuk anda memilih jumlah tempat duduk, seperti contohImej 3 dibawah. Untuk makluman, jika anda menggunakan portal  Easybook.com/train maka tempat duduk akan diberi secara otomatik dan anda tidak ada pilihan untuk memilih tempat duduk sendiri.
Imej 3
Easybook Seat Selection KTM Ticket

Setelah memasuki jumlah tempat duduk, katakan satu tempat duduk, maka setelah ditekan butang  “teruskan” maka satu paparan seperti Imej 4 dibawah akan terhasil. Masukkan butir-butir peribadi anda dan cara pembayaran yang anda akan buat. Setelah semuanya diisi anda boleh terus membuat pembayaran dengan menekan butang “Bayar Sekarang”
Imej 4
Easybook Isi Butiran KTM Ticket
Setelah selesai proses pembayaran, email pertama daripada pihak easybook akan diterima oleh anda sebagai kemaskini status kejayaan pembayaran yang telah anda buat.
Dan seterusnya anda akan menerima email kedua dari pihak easybook mengandungi eTicket KTM. eTicket ini anda boleh cetak ataupun jika tidak mempunyai printer, anda boleh simpan imej eTicket ini didalam phone atau tablet anda sahaja. Apabila pegawai KTM hendak memeriksa di dalam coach nanti tunjukkan sahaja eTicket yang anda simpan didalam phone atau tablet tadi. Contoh eTicket KTM adalah seperti dibawah.
Contoh E-Ticket ETS KTM
Nota: Sebahagian maklumat eTicket dipadam atas sebab-sebab privasi.
2.  Contoh kedua, ditunjukkan cara menempah tiket ets secara online menggunakan portal Portal Tiket KTM.
Anda perlu mendaftar sebagai pengguna di Portal Tiket KTM sebelum boleh membeli sebarang tiket di portal KTM ini. Setelah mendaftar anda boleh memulakan proses membeli tiket dengan “login” ke dalam menggunakan nama dan password yang telah direka.
Mulakan proses pembelian anda dengan menekan butang “Ticket Reservation” seperti imej dibawah.
KTM Portal Button Ticket Reservation
Setelah butang “Ticket Reservation” ditekan, maka satu paparan input terhasil. Masukkan tempat anda bertolak (origin), tempat anda hendak pergi (destination), tarikh perjalanan, serta pilihan waktu laluan dan jenis train (train) serta coach pilihan anda (coach). Contoh pengisiannya adalah seperti imej dibawah.
KTM Portal Maklumat Perjalanan
Setelah semuanya disi anda boleh klik pada butang “Add”. Maka satu paparan mengisi maklumat penumpang akan terhasil seperti imej dibawa. Anda boleh menempah tiket atas nama anda ataupun jika perlu memasukkan nama-nama lain anda boleh mengisi pada “New Passenger Name”.
Di paparan ini juga anda boleh memilih tempat duduk pilihan anda apabila butang “Seat” ditekan.
KTM Portal Passenger Detail
Setelah semuanya diisi maka contoh terhasil adalah seperti imej dibawah. Setelah anda pastikan semuanya telah betul maka boleh anda menekan butang “Continue” untuk proses seterusnya iaitu proses pembayaran.
KTM Portal Passenger Detail Lengkap
Paparan proses pembayaran akan terhasil seperti imej dibawah apabila anda selesai menekan butang “Continue”. Untuk makluman anda, portal KTM hanya menyediakan 3 bentuk pembayaran iaitu Visa/Mastercard, Maybank2u dan BSN. Jika anda memerlukan pembayaran berbentuk yang lain (seperti paypal dan bank2 tempatan yang lain) maka portal penempahan alternatif sepertiEasybook.com/train menyediakan bentuk pembayaran alternatif tersebut.
KTM Portal Payment
Setelah anda selesai membuat pembayaran maka satu eTicket akan dijana oleh sistem untuk anda cetak . Setiap eTicket yang dijana akan turut disimpan didalam sistem, maka anda boleh mengambilnya semula pada bila-bila masa apabila anda “login” kedalam portal KTMB.
Contoh tiket yang dijana adalah sama seperti contoh yang disediakan di bahagian atas iaitu contoh menempah menggunakan Easybook.com/train.
No Telefon KTMB  / KTMB Contact Number
Ibu Pejabat
KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur Malaysia
Tel No : +603 22671200
  1. No Tel. Stesen KTMB / Station Contact No.
  2. Senarai Ejen Tiket KTMB
Tempah Tiket ETS / ETS Online Booking
1.1 BusOnlineTicket.com/train (this link for PC Users)
1.2 BusOnlineTicket.com/train (this link for Smartphone Users)
2.  Easybook.com/train
3.  Portal Tiket KTM

1 comment:

Powered by Blogger.