Header Ads

Semakan Status Senarai Hitam Imigresen Ke Luar Negara Online

Semakan Status Senarai Hitam Imigresen Ke Luar Negara | Anda hendak ke luar negara? Pastikan anda tidak disenarai hitam oleh PTPTN, LHDN, perintah mahkamah dan PDRM mahupun diisytihar sebagai bankrap. Jika anda pernah membuat pinjaman PTPTN, pastikan lunaskan dahulu baki hutang pembiayaan PTPTN tersebut. Jabatan Imigresen Malaysia telah menyediakan kemudahan kepada Warganegara Malaysia yang ingin menyemak status senarai hitam 'blacklist' Imigresen secara online atau semakan status kawalan imigresen untuk perjalanan ke luar negara.

Semakan Status Senarai Hitam Imigresen Ke Luar Negara Online

Anda dinasihatkan untuk membuat semakan blacklist Imigresen atau passport ini sebelum merancang ke luar negara bagi mengelakkan sebarang masalah apabila mengetahui pasport mereka tidak sah, sewaktu tiba di lapangan terbang untuk ke luar negara. 


senarai hitam imigresen online

Antara punca nama disenarai hitam adalah berpunca dari senarai hitam oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti pihak keselamatan, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Jabatan Pendaftaran, LHDN dan PTPTN.

Applikasi Semakan Senarai Hitam Imigresen Online


Untuk membuat semakan Senarai Hitam Imigresen Online, sila klik Applikasi Semakan di bawah ini :

● KLIK PAUTAN INI 👉 Semakan blacklist online
● Sila masukkan No Kad Pengenalan dan tekan butang SEMAK.

Jika anda tidak dihalang daripada meninggalkan negara ini, status semakan akan terpapar sebagai "Tiada Halangan" (Tiada sekatan).

Satu kaedah alternatif lain untuk memeriksa status imigresen adalah

dengan menghubungi Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) di 0388801000.


    Semakan Senarai Hitam Imigresen Online
    Grafik sumber : Jabatan Penerangan Malaysia

    Semoga applikasi Semakan Senarai Hitam Imigresen Ke Luar Negara Secara Online ini dapat membantu anda dalam merancang perjalanan ke luar negara atas alasan bercuti atau bekerja dan lain-lain lagi.


    Baca juga: 11 Perkara Mengenai PTPTN

    1 comment:

    Powered by Blogger.