Header Ads

Tips Tambah Follower Blog Dengan Cepat

Assalamualaikum...kepada pembaca blogger, saya kongsikan kepada anda tips nak tambahkan follower dengan cepat. Jumlah follower saya pun sikit ja, so sapa yang sudi boleh la follow my blog.

Rajin blogwalking

Kalau korang nak orang follow blog anda, rajin-rajin la blogwalking ke blog orang. Jangan sombong sangat, pegi la tegur-tegur owner tu, beri komen ke, atau pun kongsi pendapat antara satu sama lain. IsyaAllah owner tu akan follow ke blog anda.

Tinggalkan komen di entri blogger lain

Kalau korang melawat ke blogger yang lain jangan lupa tinggalkan komen dalam entri blogger tu. Walaupun komen anda tu simple ja, sekurang-kurangnya korang tinggalkan komen anda. Tinggalkan link blog korang sekali tau. Kalau boleh jadi commentor yang pertama, IsyaAllah dia akan pergi ke korang atau pun dia follow anda.

Postkan entri anda yang menarik 

Yang paling penting sebenarnya entri yang korang nak post. Entri yang menarik, tulen dan berkualiti akan dapat menarik pembaca tertarik dengan ayat entri anda. Lagi satu, entri anda jangan la pula berbaur perkauman, biar mereka rasa selesa dengan entri anda. IsyaAllah ada la peminat setia anda nak baca entri tiap kali di post.

Buat tutorial yang berguna 

Yang ni terpulang kepada korang nak wat ka tak. Bukan mudah nak wat tutorial ni kerana agak susah kepada yang baru belajar. Saya pun tak tahu sangat nak wat. Kalau korang pandai boleh la buat, IsyaAllah jumlah follower anda akan bertambah.

Join group blogger dalam Facebook 

Jangan segan silu pergi join group blogger dalam Facebook. Tahu tak cara begini salah satu terbaik nak kenalkan blog anda kepada orang ramai. Saya jamin mesti akan ada orang follow blog anda. Boleh la join grup ni contohnya sahabat blogger, blogging group dan banyak lagi.

Harap-harap korang boleh guna tips ni kalau nak tingkatkan jumlah follower anda. Sedikit sebanyak dapat membantu korang...Hehe!!! Jangan lupa pula follow saya yer...

1 comment:

  1. in sha Allah kalau kita rajin..ada kesungguhan Allah akan bantu..yang penting sabar dan jangan putus asa...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.