Header Ads

Khasiat Kangkung Dalam Kesihatan


Khasiat sayur kangkung? Sebut saja kangkung mesti anda tahu apakah tumbuhan itu. Tambahan pula, isu kangkung membabitkan dengan isu politik di Malaysia yang telah menjadi satu viral. Kalau anda nak dapatkan kangkung cukup mudah kerana ia hidup di tepi kolam, dalam parit, sungai dan segala tempat yang lembap dan berair.

manfaat sayur kangkung untuk ibu hamil

Tau tak anda sebenarnya kangkung mempunyai pelbagai khasiat dan nutrisi untuk mengubati pelbagai penyakit dan permasalahan termasuk bisul, campak air, buasir dan juga sembelit. Malah, kangkung juga memberi manfaat untuk ibu hamil.

Khasiat Kangkung Pada Kesihatan 



Pelbagai khasiat kangkung :

Buasir

Anda ambil akar kangkung sebanyak 3 genggam. Cuci dan rebuskan dengan tiga gelas air hingga tinggal lebih kurang 1 setengah gelas. Kemudian, tapis dan ambil airnya, biarkan sejuk dan minum 2 kali sehari. Minum sebelah pagi dan petang sebanyak setengah gelas saja setiap kali.

Bisul 

Anda perlu cuci beberapa helai daun kangkung dan tumbuk atau kisar hingga lumat. Lepas tu campurkan sedikit garam dan tampalkan ramuan itu pada tempat yang kena bisul. Cuba gantikan dengan tampalan yang baru 2 kali sehari. Lama-kelamaan bisul itu akan pecah, menyusut dan akan sembuh.

Sakit gigi

Ambil satu genggam akar kangkung. Tambahkan setengah sudu teh cuka dan satu gelas air. Rebuskan kesemuanya. Setlah sejuk, tapis dan gunakan airnya untuk berkumur. Dikatakan ia dapat meredakan kesakitan pada gigi.

1 comment:

Powered by Blogger.