Header Ads

Kenapa Clash of Clans sangat popular

Secara umumnya, Clash of clans atau lebih mudah disebut sebagai coc adalah sebuah game yang dikeluarkan untuk platform iOS saja. Tapi selepas game itu, memasuki pasaran pada peranti android, tiba-tiba game ini menjadi satu fenomena yang besar di mana game ini tidak mengenali usia dan pangkat.



Sebut pasal coc saja mesti mereka tahu apa coc itu. Tapi, yang menghairankan kenapa coc begitu menjadi kegilaan kepada orang ramai. Kenapa ia begitu popular dalam kalangan masyarakat di dunia? Apa keistimewaan yang ada pada game tersebut sehingga masa kini pun masih memegang top grossing dalam google play store.

Bagi saya, apa yang menarik dalam game ini adalah gaya permainan ini yang mempunyai platform untuk berinteraksi bagi para gamers untuk menyatakan pendapat dan boleh juga untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Sama ada kita mengenali seseorang itu atau pun tidak, sekurang-kurangnya kita dapat mengenali mereka walaupun berada jauh dengan kita.

Selain itu, apa yang menarik game ini adalah mempunyai clan wars untuk para ahli clan itu untuk membantu antara satu sama lain. Malah, sebagai ahli clan itu pun boleh bertanya pendapat daripada ahli yang lain untuk memperbaiki gaya serangan dan juga apa jenis trup yang patut guna.

Tambahan lagi, game ini juga selalu dikemaskini dengan penambahbaikan dan penambahan yang ada pada game itu mengikut suatu keadaan masa. Sebagai contohnya, sebelum perayaan krismas tahun 2015, game ini telah dikemaskini dengan adanya town hall 11 dan juga penambahan trup yang baru membuatkan game ini menjadi lebih tertarik dengan adanya itu.

Setakat ini saja perkongsian saya, apa yang saya tahu mengapa coc begitu popular dalam kalangan masyarakat dunia yang begitu obses terhadap game ini. Antara sebabnya adalah gameplay coc yang begitu terbaik walaupun nampak simple.




No comments

Powered by Blogger.