Barcode dan Kod QR - Apa yang anda perlu tahu?
Dalam artikel ini, apa yang anda perlu tahu apakah perbezaan antara barcode dengan kod QR yang sedia ada dalam teknologi masa kini. Persoalannya apa itu barcode? Apa itu kod QR?
Barcode tidak begitu asing di kalangan sesetengah masyarakat kita. Kini, hampir kesemua produk yang dijual di pasaraya, kedai-kedai, hardware dan ribuan yang lain mempunyai barcode. Bagaimana dan kenapa barcode digunakan?
Barcode adalah kumpulan data optik yang hanya dibaca oleh mesin pengimbas yang dicipta khas untuk tujuan itu. Ia mempunyai garisan putih dan hitam. Ruang putih yang terletak di antara garis-garis lurus hitam merupakan bahagian data-data yang tersimpan di dalamnya. Tetapi, ia hanya dapat dibaca data dalam bentuk mendatar sahaja.
Perbezaan saiz dan ketebalan garis ini dapat ditukarkan menjadi bentuk angka. Piawaian barcode yang digunakan sebahagian besar dunia adalah EAN-13 yang memuatkan empat informasi iaitu kod negara tempat produk tersebut didaftarkan, kod kilang yang menghasilkannya, kod spesifik produk dan kod untuk pengesahan produk ketika diimbas oleh mesin pengimbas.
Masa kini, barcode tidak lagi relevan untuk digunakan kerana kod QR jauh lebih canggih daripada barcode terdahulu. Apa yang membezakan pula dengan kod QR? Ia mampu menyimpan semua jenis dan bentuk data numerik, data aphabet, data-data tulisan Jepun seperti Kanji, Kana dan Hiragana. Selain itu, ia juga boleh disimpan dalam bentuk simbol dan kod binari.
Lebih-lebih lagi, kod QR juga mampu menampung data dalam bentuk menegak dan melintang hinggakan ukuran gambar kod QR lebih kecil dan bersaiz 1/10 berbanding barcode jenia terdahulu. Kod QR juga dapat digunakan menggunakan telefon pintar yang memiliki aplikasi pembaca kod QR, akses internet GPRS, wi-fi atau 3G untuk menghubungkan telefon pintar dengan website yang dituju.
Sebab itu lah, masa kini penggunaan kod QR telah menjadi keutamaan berbanding barcode yang terdahulu kerana terdapat banyak perbezaan yang sangat ketara.
Sumber : infinigeek.com

Post a Comment