Apakah itu Chemtrails (Jejak-jejak kimia) ?
Sekiranya para pembaca belum mengetahui berkenaan chemtrails, iaitu jejak-jejak kimia, ini penting supaya pembaca meneruskan pembacaan mengenai ini. Kalau anda perasan jet-jet yang berterbangan di ruang udara akan mengeluarkan asap, tahu tak asap itulah dikenali sebagai chemtrails.
Apakah itu chemtrails?
Chemtrails atau chemical trails ialah jalur-jalur atau jejak wap normal yang biasa dilihat pada pesawat jet, yang biasanya meninggalkan kesan berekor pendek di belakang jet. Kesan ini cepat menghilang apabila matahari mula membahang, dan menyejatkan kristal-kristal ais yang membentuk asap itu. Jet-jet terbang di ruang udara dan meninggalkan asap putih, tipis dan lurus di belakang mereka.
Kebanyakan orang mengetahui realiti mengenai chemtrails melalui internet dan kemudian pergi ke luar dan melihat ke langit. Mereka terkejut menyedari apa yang mereka baca berkenaan chemtrails juga terdapat di atas kepala mereka. Rata-rata menyangka awan putih panjang yang masih melekat di udara adalah asap daripada ekzos pesawat. Mereka sebenarnya salah.
Ethylene Bromida dan debu serat mikro sedang dilepaskan daripada pesawat ini bagi memudahkan kita terkena penyakit dan sukar untuk sihat semula. Sebahagian besar masyarakat masih percaya asap yang keluar daripada jet itu disebabkan oleh ekzos dan bukannya penyebaran kimia. Mengapa? Ini kerana, pada hari ini berdozen-dozen propanganda melalui laman web di internet yang berusaha menyakinkan kita bahawanya ia tidak merbahayakan.
Lihat gambar di atas buktinya chemtrails akan mengakibatkan pencemaran jika dengan kuantiti yang banyak. Persoalannya, kenapa isu ini dibiarkan tanpa pengetahuan oleh orang ramai.
Post a Comment