Header Ads

Anugerah Puskas FIFA 2015: Wendell Lira Pemenang

Anugerah Puskas Fifa adalah gol tercantik tahunan yang dicipta untuk mengenang memori Ferenz Puckas. Tahun lepas, anugerah ini berjaya dimenangi oleh James Rodriguez ketika pasukan Colombia menentang Uruguay dalam Piala Dunia Fifa 2014.



Tapi, untuk tahun 2015, Wendell Lira, di mana seorang pemain yang tidak dikenali dari Brazil telah memenangi anugerah ini mengatasi pencabarnya iaitu Lionel Messi selepas namanya diumumkan pada majlis pengumuman Fifa Ballon d'Or pada 11 Januari 2016 di Zurich, Switzerland.

Wendell Lira mendapat undian sebanyak 46.7% , manakala pula Lionel Messi mendapat undian sebanyak 33.3% dan Alessandro Florence dengan undian hanya 7.1%. Kejayaan beliau hasil jaringan golnya yang menarik ketika pasukannya iaitu Goainesia menentang Atletico Goainesia semasa competition Campeonato Goaino 2015.



Selain daripada ketiga-tiga pemain itu, terdapat lagi 7 pemain yang disenaraikan pendek sebagai pencalonan gol tercantik sepanjang 2015 yang disenaraikan pendek oleh Fifa dan beberapa ahli Football Committee antaranya adalah Carli Lloyd, Philippe Mexes, Carlos Tevez, Gonzalo Castro, Marcel Ndjeng, David Ball dan Esteban Ramirez.

No comments

Powered by Blogger.