Header Ads

Rahsia Allah Disebalik Penciptaan Tangan Manusia

Rahsia Allah Disebalik Penciptaan Tangan Manusia |Di sini saya ingin kongsikan penemuan berdasarkan kaedah saintifik mengenai tubuh badan manusia. Disebalik penciptaan manusia banyak rahsia dan hikmah yang kita tidak ketahui yang membuktikan dan menunjukkan kekuasaan dan kebesaran Allah Taala. Sebenarnya, banyak anggota tubuh kita terukir simbol atau tulisan Arab. Oleh itu, kita tanya diri sendiri kenapa kita mempunyai 5 jari pada kedua-dua tangan?...saya akan kongsikan...

Nama Allah pada 5 jari tangan



Sesungguhnya Allah mencipta manusia sebagai khalifah di bumi sebaik - baiknya penciptaannya. Lihat sajalah 5 jari yang kita miliki mempunyai maksud iaitu kalimah Allah yang menunjukkan keagunganNya. Terdapat huruf - huruf jawi iaitu Alif, Lam, Lam dan Ha yang membentuk kalimah Allah.

Sama ada kebetulan atau telah dirancang menunjukkan 5 jari tangan manusia bagi yang normal membuktikan solat 5 waktu yang terdiri daripada solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.

Bilangan angka Jawi pada tapak tangan 



Jika kita perhatikan betul - betul tapak tangan kita mempunyai makna yang tersendiri yang kita sendiri pun tidak perasaan ataupun tidak fahami. Cuba lihat tapak tangan anda...urat - urat pada tapak tangan disebelah kiri mempunyai angka 81 yang membentuk dalam bahasa Arab iaitu ٨١. Disebelah kanan pula menunjukkan angka 18 dalam bahasa Arab iaitu ١٨... mesti kita fahami apa maksud kedua - dua nombor itu? Sebenarnya jika dicampur nombor itu menjadi jumlah 99 yang menunjukkan dan membuktikan iaitu 99 nama Allah yang dipanggil sebagai Asma-ul Husna.

Nama Allah ketika angkat jari ketika duduk tasyahhud dalam solat 





Sebagai buktinya, ketika tahiyyat akhir dalam solat sebelum memberi salam kita disunatkan mengangkat jari telunjuk ketika membaca khalimah syahadah. Jari telunjuk diangkat menandakan tuhan yang Esa. Cuba perhatikan pada gambar menunjukkan urat - urat jari itu membentuk kalimah Allah dalam bahasa Arab....





No comments

Powered by Blogger.