Header Ads

Al Qassam Tentera Allah Muka Bumi Palestin

Al Qassam Tentera Allah Muka Bumi Palestin | Mungkin ramai orang masih tertanya-tanya dan tidak ketahui tentang Briged Izzuddin al-Qassam sebagai sebuah tentera unit elit yang digeruni oleh Zionis. Kita hanya biasa tahu unit elit seperti SAS, Navy Seals dan Green Barret. Oleh itu, di sini saya akan kongsikan dan menerangkan lebih lanjut tentang tentera Al Qassam ni...




PENGENALAN AL QASSAM

Sebenarnya Al Qassam adalah sebuah sayap tentera Hamas yang berjuang untuk menyelamatkan Palestin daripada Zionis Laknatullah itu. Ia dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984. Nama al Qassam diambil sempena nama seorang pejuang ulama dari Syria yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Syeikh Izzuddin al Qassam. Al Qassam bukanlah seperti Hizbullah atau pun ISIS yang menggunakan nama Islam atas kepentingan diri mereka sendiri.

OBJEKTIF PENUBUHANNYA

Objektif utama penubuhan al Qassam adalah untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin. Walaupun jumlah ahli tidak dikeluarkan secara rasmi oleh kepimpinan tertinggi mereka kerana ingin menjaga keselamatan anggota mereka tetapi dianggarkan kira - kira 25,000 - 30,000 orang di kalangan pemuda - pemuda Palestin yang berusia di antara 18 - 30 tahun.

Syarat - syarat utama yang dikenakan sebelum dipilih :

1. Mesti menjaga solat 5 waktu secara berjemaah
2. Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah
3. Gigih berpegang dengan ajaran Islam
4. Mengimani perjuangan pembebasan al Aqsa dan Palestin
5. Berdisiplin dan mentaati kepimpinan
6. Mencintai dan bersedia untuk syahid

KEISTIMEWAAN AL QASSAM

Keistimewaan yang pada tentera elit ini adalah strategi taktikal mereka yang diakui oleh Israel sebagai pejuang Hamas yang hebat. Kecekapan mereka menggunakan terowong, perangkap samar dan penembak tepat yang benar - benar menggerunkan tentera Israel. Selain itu, mereka juga turut mempunyai aset persenjataan yang agak kuat seperti roket artileri al Qassam, kereta kebal anti-peluru, pelancar roket dan banyak lagi. Tetapi bagi mereka doa daripada orang Islam terhadap mereka adalah kekuatan bagi tentera al Qassam.

Gerakan bawah tanah

Mereka mencipta dan menggunakan terowong sebagai tempat untuk strategi peperangan yang sistematik. Menurut penganalisis perang Israel mengatakan cukup sukar untuk menjangkakan kewujudan terowong bawah tanah di Gaza kerana ia adalah serangan paling digeruni kerana tanpa sebarang tanda amaran. Taktik yang digelar 'subterranean warfare' ini adalah inovasi terkini dan kejayaan pejuang Hamas.

Senjata penembak tepat 

Dikatakan al Qassam berjaya mencipta sendiri senjata penembak tepat yang dinamakan "Ghoul" yang mampu mencapai jarak sejauh 2 kilometer.

Roket al Qassam 

Menurut laporan al Qassam menyatakan mereka telah berjaya melancarkan roket jenis R160 yang dapat menjangkau jarak kira - kira 160 km dari Gaza. Oleh itu, telah memberi tamparan yang hebat kepada rejim Zionis kerana mereka tidak menjangkau di mana roket itu dapat memasuki ke Israel.

Setakat sini saja perkongsian saya...kalau kalian ini mengetahui lebih lanjut tentang al Qassam boleh la buka laman web mereka. Moga - moga Allah selamatkan dan bekatilah kehidupan mereka kerana al Qassam adalah tentera Allah yang benar - benar ingin mati syahid pada jalan yang lurus. Dan hancurkanlah rejim Zionis daripada muka bumi ini Ya Allah!!!...kalau ada silap tentang info ini sila beri komen apa yang tidak menepati artikel ini.

No comments

Powered by Blogger.