Header Ads

Bahaya Mee Segera Terhadap Kesihatan Manusia

Bahaya Mee Segera Terhadap Kesihatan Manusia | Maggi atau mee segera adalah makanan yang simple dimasak dan telah menjadi keutamaan kepada orang ramai khususnya kepada pelajar universiti. Ia merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak , biasanya hanya boleh direndam dan dimasak dalam masa yang singkat sahaja.

Bahayanya Mee Segera Terhadap Kesihatan Manusia

Entah mengapa?? Mee segera ini menjadi kegilaan orang ramai untuk menikmatinya mungkin sama ada kesedapannya atau pun harganya yang murah. Namun disebalik kesedapan mee segera itu sebenarnya anda terdedah risiko dan bahayanya kerana ia mengandungi kandungan yang sangat merbahaya tanpa diketahui oleh umum.

Di sini saya akan terangkan dengan lebih lanjut mengenai artikel ini yang dianggap isu nampak remeh tapi sebenarnya anda semua perlu mengambil perhatian segera. Tahukah anda kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa yang agak lama sekitar 4 atau 5 hari untuk mencernanya.

Bahayanya Mee Segera Terhadap Kesihatan Manusia 


Bahaya Mee Segera Terhadap Kesihatan Manusia

Persoalannya kenapa mee segera merbahayakan??? Perisa mee segera itu yang menjadi kesedapan makanan tersebut sebenarnya mengandungi kadar MSG(monosodium glutamate) yang tinggi di mana ia boleh overexcite sel-sel saraf anda ke titik kerosakan atau kematian, menyebabkan otak tidak berfungsi dan kerosakan pada pelbagai peringkat. Tambahan lagi, ia berpotensi mencetuskan atau semakin teruk masalah pembelajaran kerana mudah terdedah dengan penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson dan lain-lain lagi.

Selain itu, kandungan bahan pengawet toksik TBHQ, biasa dalam semua jenis makanan yang diproses, yang merupakan hasil sampingan daripada industri petroleum. Pendedahan kepada hanya satu gram jika TBHQ boleh menyebabkan loya dan muntah-muntah , nada dalam telinga, kecelaruan atau rasa sesak nafas.

Lagi satu, mee segera tidak mempunyai nutrisi langsung, tetapi ia mengandungi berhampiran dengan 2,400mg natrium hanya dalam satu pakej. Pengambilan natrium yang tinggi meningkat tekanan darah tinggi. Ia juga mewujudkan masalah-masalah kesihatan yang lain seperti strok, pengelangan kaki bengkak, buah pinggang dan batu karang, kanser perut, asma dan banyak lagi.

Bahaya Mee Segera Terhadap Kesihatan Manusia

Menurut kajian dan penyelidikan daripada Majlis Pengguna Hong Kong dan Pusat Keselamatan Makanan mendapati terdapat ramuan melampau dalam mee segera. Cuba lihat pic di atas mengenai bahan bukan makanan yang dibenarkan dalam mee segera.

1. CALCIUM SULPHATE
-  plaster Paris

2. TARTARIC ACID
- bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin

3. CALCIUM OXIDE
- digunakan dalam racun serangga

4. TERTIARY BUTYLHYDROXYQUIONE (TBHQ)
- produk berasaskan petroleum; satu bentuk cecair dalam pemetik api

5. BHT
- kesan berbahaya kepada buah pinggang

6. PROPHYL GALLATE
- memberi kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

7. PROPHYLENE GLYCOL
- digunakan untuk pembuat bahan pendingin, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya.

8. TARTRAZINE (pewarna tiruan)
- membuatkan kanak-kanak menjadi hyperactive

9. POLYDIMETHYLSILOXANE
- digunakan dalam kanta sentuh

10. PENTASODIUM TRIPHOSPHATE
-  sebagai agen pembersihan yang digunakan dalam detergent

Setakat ini saja perkongsian saya untuk artikel ini. Jika ada silap saya harap anda semua maafkan. Harapan saya agar anda mengambil hal ini dengan serius kerana kesihatan perlu menjadi keutamaan berbanding kesenorokkan. ' ' SAY NO TO THIS JUNK FOOD NOW '.

No comments

Powered by Blogger.