Header Ads

10 Negara Terkecil Di Dunia

10 Negara Terkecil Di Dunia | Anda tahu negara paling kecil di dunia? Sudah pasti anda sedang terfikir negara apa yang mempunyai keluasan yang paling kecil. Seperti kita tahu Russia adalah negara paling terbesar di dunia. Okay disini saya senaraikan 10 negara paling kecil di dunia dari segi jumlah keluasan tanah.

10 Negara Terkecil Di Dunia


1. Vatican City - 44 hektar

Vatican City adalah negara paling terkecil di dunia dengan keluasan kira-kira 44 hektar dan dianggarkan sejumlah 850 orang yang mendiami negara merdeka daripada kerajaan Itali. Negara ini sesuai dalam ibu kota Rom di Itali dan merupakan pusat gereja Katolik. Ia juga merupakan tempat kepada gereja terbesar di dunia iaitu St. Peter's Basilica dan memegang beberapa kerja seni lukisan yang popular di dunia seperti The Pieta dan Creation of Adam. Yang uniknya ekonomi negara ini dibiayai oleh penjualan setem pos dan tanda mata pelancong , bayaran untuk masuk ke muzium dan penjualan penerbitan.

2. Monaco - 2.02 km persegi

Monaco adalah sebuah negara yang terletak di French Riveira yang menempatkan bilangan terbesar jutawan dan billionaire per kapita di dunia. Terkenal dengan industri barangan mewah dan perkhidmatan perjudian, yakni Monaco adalah tempat pilihan kegemaran bagi orang kaya dan terkenal. Monaco mempunyai keluasan tanah seluas 2.02 km persegi dan dianggarkan populasi hanya 37,800 orang, di mana ia adalah negara kedua terkecil di dunia. Yang menarik di sini adalah acara tahunan yang paling popular dengan adanya kejohanan perlumbaan Formula One dengan trek melalui jalan - jalan bandar.

3. Nauru - 21 km persegi

Nauru atau nama rasminya Republik Nauru adalah negara pulau Micronesia di tengah Pasifik yang mempunyai keluasan hanya 21 km persegi, di mana merupakan negara ketiga terkecil di dunia di belakang Vatican City dan Monaco. Ia dulu dikenali dengan panggilan Pleasant Island dengan hanya jumlah penduduk sekitar 10,000 orang. Yang anehnya, Nauru adalah negara yang paling ramai orang gemuk di dunia dengan jumlah peratusan bagi lelaki 97% dan 93% untuk perempuan. Oleh itu, dikatakan jangka hayat bagi penduduk mereka sekitar 61 tahun untuk lelaki dan 68 tahun untuk perempuan kerana pelbagai penyakit yang kronik didapati oleh rakyatnya.

4. Tuvalu - 26 km persegi

Tuvalu yang dulu dikenali sebagai Ellice Islands adalah negara pulau yang terletak di Lautan Pasifik tengah - tengah di antara Australia dan Hawaii. Ia berdekatan dengan negara-negara jiran seperti Nauru, Kiribati, Fiji dan Samoa, di mana ia mempunyai penduduk sejumlah 10,850 orang dengan keluasan tanah sekitar 21 km persegi. Dikatakan hanya sebilangan kecil saja tempat ini dilawati oleh pelancong kerana rata-rata kebanyakan yang datang dengan tujuan untuk hal perniagaan.

5. San Marino - 61.2 km persegi

San Marino atau nama rasminya Republik San Marino adalah negara yang dikelilingi oleh negara Itali. San Marino adalah negara ketiga terkecil di Eropah yang mempunyai saiz keluasan sekitar 61.2 km persegi dan dianggarkan sejumlah 32,000 penduduk, di mana ia mempunyai populasi paling terkecil di dalam negara anggota Kesatuan Eropah. San Marino mendakwa menjadi negara berdaulat yang tertua yang masih ada dan republik berperlembagaan tertua di dunia. Ia dikatakan salah satu negara yang terkaya di dunia dari segi per kapita dan salah satu kadar pengangguran yang terendah di Eropah, tidak ada hutang negara dan belanjawan lebihan. Yang peliknya, ia adalah satu - satunya negara yang mempunyai lebih banyak kenderaan daripada orang.

6. Liechtenstein - 160 km persegi

Liechtenstein adalah sebuah negara yang terletak di pergunungan Alps di antara sempadan Switzerland dan Austria. Ia mempunyai keluasan sekitar 160 km persegi dan anggaran populasi sebanyak 37,000 orang. Liechtenstein adalah negara ketiga terkaya di dunia dengan per kapita dan salah satu negara kadar pengangguran yang terendah di dunia sekitar 1.5%. Pelawat perlu melalui lapangan terbang Zurich di Switzerland untuk menuju ke negara ini yang masih diperintah oleh seorang putera.

7. Marshall Islands - 181 km persegi

Marshall Islands atau Republik Marshall Islands adalah negara pulau yang terletak di Lautan Pasifik dan sebahagian pulau terbesar di dalam kepulauan Micronesia. Ia mempunyai jumlah penduduk sebanyak 72,000 orang dengan keluasan sekitar 181 km persegi.

8. Saint Kitts and Nevis - 261 km persegi

Saints Kitts and Nevis adalah sebuah negara dua pulau di West Indies. Saint Kitts adalah rumah kepada negara - negara jajahan pertama British dan Perancis di Carribean dan digelar tajuk "The Mother Colony of the West Indies". Dianggarkan jumlah populasi sekitar 54,961 orang dengan keluasan 261 km persegi. Pengeksport gula utama selama berabad - abad, ladang - ladang besar kini estet yang indah telah ditukar menjadi hotel dan estet.

9. Maldives - 298 km persegi

Maldives adalah sebuah negara pulau dan kepulauan di Lautan Hindi. Dari segi sejarah dikaitkan dengan benua kecil India, Maldives adalah sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam dengan ekonomi yang terkenal pasir pantai putih dan lautan biru crystal. Ia mempunyai keluasan sekitar 298 km persegi dan jumlah penduduk sebanyak 395,000 orang.

10. Malta - 316 km persegi

Malta adalah negara pulau selatan Eropah yang terdiri daripada kepulauan di Laut Mediterranean. Negara ini hanya meliputi lebih 316 km persegi dengan jumlah penduduk hanya di bawah 450,000 orang menjadikannya salah satu negara terkecil dengan jumlah penduduk yang padat. Satu lagi destinasi pelancongan yang popular, pelancong dari seluruh dunia datang ke Malta untuk cuaca cerah, pantai yang menarik dan kehidupan malam yang menarik.

No comments

Powered by Blogger.