Header Ads

Tadom Hill Resort Banting Keistimewaannya

Tadom Hill Resort Banting Keistimewaannya

Tadom Hill 

Bagi siapa yang jenis gemar camping atau beriadah boleh la datang ke sini untuk hilangkan stress dengan suasana dan pemandangan yang nature. Sebenarnya Tadom Hill ni baru ja buka pada 19 September 2015. Kira barulah buka di sini. Mungkin ramai yang masih tidak dengar khabar tentang Tadom Hill walaupun ia telah jadi viral di laman sosial.

Ia telah menjadi satu tarikan baru bagi pelancong yang terletak di Banting, Selangor. Nak kata jauh tak la sangat kerana sebenarnya ia terletak dekat dengan Kolej Mara Banting Selangor. Jikalau anda dari KLIA hanya mengambil masa hanya sekitar 12 minit dan 45 minit dari bandar Kuala Lumpur. Untung la bagi sesiapa yang berada berdekatan di situ, senang lah mereka mengunjungi kawasan tersebut. Kawasan ini sebenarnya dikelilingi oleh pemandangan bukit batu kapur dan tasik yang indah dan beberapa lagi daya tarikan dalam proses pembinaan.



Jadi apa menarik yang ada di Tadom Hill??? Selain mandi manda atau camping apa lagi aktiviti yang boleh buat di situ. Yang specialnya di sini adanya WiFi yang disediakan di tempat awam dan juga di setiap bilik. Apa yang menarik perhatian para pengunjung ialah konsep Tadom Hill ini yang berkonsepkan buluh. Dikatakan di sini semuanya menggunakan buluh termasuklah bilik tidur.



Di samping itu, mereka yang jenis gila aktiviti lasak dan mencabar boleh la lakukan beberapa aktiviti yang telah disediakan di Tadom Base. Terdapat 4 zon yang disediakan di situ, di mana mencabar fizikal dan emosi anda.




Buat masa ni ada 3 jenis pakej tempat tinggal yang disediakan iaitu Tadom Hammock Sphere, Tadom Tent Sites dan Vip Bamboo Hut. Tapi, diingatkan perlu menempah awal di laman web mereka takut kemungkinan banyak penuh.



Sungguh cantik airnya yang seakan - akan berwarna turquoise. Di sinilah orang ramai bermandi manda dan juga boleh berakit di samping boleh bergayut dan terjun seperti tarzan. Tak heran lah tempat ini menjadi lokasi untuk menangkap gambar sama ada dengan kawan ataupun keluarga.



So, kepada kalian semua jangan lepas kan peluang untuk mengunjungi tempat ini untuk meluangkan masa dengan aktiviti yang menarik di sini.

No comments

Powered by Blogger.