Kereta Polis Abu Dhabi Guna Hypersport Car
Tidak hairanlah jika kereta polis peronda UAE menggunakan kereta supersport untuk kebanggaan polis mereka. Rata - rata rakyat mereka menggunakan kereta mewah sebagai kereta peribadi.
Jika sebelum ni polis Dubai menggemparkan dunia dengan menggunakan beberapa kereta peronda jenis mewah terutamanya yang terbaru adalah sportcar Bugatti Vetron, tetapi Abu Dhabi telah memberi saingan dengan menggunakan hypercar sebagai kereta polis peronda mulai tahun 2015.
Hal ini menunjukkan walaupun kedua - dua wilayah ini menduduki negara yang sama tetapi Abu Dhabi telah dilaporkan mengguna pakai kereta paling mahal dan amat jarang jual di dunia iaitu Lykan Hypersport yang pernah anda saksikan dalam filem fast and furious terbaru iaitu Furious 7 yang ditayangkan baru - baru ini.
Masih ramai yang tidak mengenali kereta jenis ini...hal ini saya ingin ceritakan, sebenarnya Lykan Hypersport adalah kereta mewah yang terhad, dikeluarkan oleh W Motors, syarikat UAE berasaskan ditubuhkan pada tahun 2012 dengan kerjasama dari jurutera Syria dan Itali. Lykan hypersport adalah kereta mewah yang pertama kali dihasilkan oleh Timur Tengah.
Kereta mewah edisi terhad ini hanya dikeluarkan sebanyak 7 unit sahaja dengan harga AS$ 3.4 juta, di mana ia merupakan ketiga kereta mewah paling mahal di dunia di belakang Lamborghini Veneno(AS$4.6) dan Maybach Exelora(AS$8).
Dikhabarkan kereta ini mencapai top speed dengan maksimum 385 km sejam(239 mph) dan halaju dari sifar ke 100km/sejam dalam 2.8 saat, di mana Lykan Supersport mendapat kuasa 3.7 litre (3746cc) dilengkapi dengan jentera twin - turbo enam silinder yang dibangunkan oleh RUF. Oleh sebab itu, polis Abu Dhabi telah menggunakan pada Jun 2015 sebagai kereta polis peronda terbaru mereka.
Post a Comment