Header Ads

Emas atau Wang Kertas : Penipuan Wang Kertas

Sama ada ramai dah tahu ataupun masih tertanya - tanya apa beza di antara penggunaan emas dan wang kertas?...Di sini saya akan terangkan dengan lebih lanjut mengenai ini. Persoalannya???

* Kenapa kita perlu memilih untuk menyimpan emas berbanding wang kertas?
* Adakah kita rasa tertipu penggunaan matawang yang tidak ada sandaran apa-apa?

Emas atau matawang ?



VS 


Yang mana lebih baik untuk anda simpan? Simpas emas atau pun simpan wang kertas? ....Duit sudah kita maklum yang ciptanya adalah manusia sendiri. Mesti kita rasa tertipu kenapalah kita baru mengetahui hal yang sebenar... Sedangkan wang kertas yang kita gunakan sebagai medium berjual beli merupakan satu matawang kertas (wang fiat) yang tidak ada sandaran nilai emas langsung. Barulah kita sedar sekarang sebenarnya wang kertas yang digunakan adalah satu rekaan tangan-tangan manusia iaitu Amerika dan juga israel untuk merugikan dan memanipulasi ekonomi kita. Bayangkan lah adakah zaman nabi dulu pernah menggunakan wang kertas ini. Jawapannya mestilah tidak...!!!

Kita sudah maklum bahawa Amerika bukanlah negara yang memiliki kekayaan galian mineral yang banyak seperti emas dan juga perak. Sebaliknya negara Islam yang memiliki harta emas atau bahan galian mineral yang banyak sehingga tanpa kita sedari bahawa Amerika dan Israel telah berkomplot untuk menciptakan wang kertas fiat kerana mereka sudah tahu dan pasti yang mereka tidak akan menjadi negara yang kaya di dunia jika mereka tidak melakukan agenda ini . Sebab itu lah wang kertas ini telah wujud dan digunakan sehingga kini. Nampak tak dari situ kita sudah dapat jangka dan menilai, di mana penciptaan ini adalah satu muslihat atau agenda disebalik itu..yang kita ni negara kerdil atau semua yang patuh negara Uncle Sam ni ikut lah idea dan ciptaan mereka. Sebenarnya inilah kesilapan besar kita dalam sejarah manusia.

Sebagai contohnya, kita menyimpan matawang asing seperti wang dolar Amerika. Contoh masa tu nilainya RM 3.40 (tukar kepada matawang Malaysia)...kita simpan sehinggalah 1 tahun ...lepas tu kita ingin menjual balik..tengok - tengok matawang tu telah susut menjadi RM 2.70. Nampak tak kan ruginya kita menyimpan matawang yang sering susut nilainya disebabkan berlakunya inflasi. Tapi, jika kita gantikan dengan emas sudah tentu akan naik dan menguntungkan kita. Cara begini sebenarnya tidak bijak bagi kita yang menyimpan matawang tidak kira la matawang asing mahupun wang kertas Malaysia sebaliknya kita perlu menyimpan emas sebagai penjamin masa hadapan kerana ia tidak akan merugikan sekalipun.



Contoh perbezaan emas dengan dollar USA

Sebagai bukti wang kertas tidak ada nilai langsung. Contohnya, sejarah telah membuktikan keruntuhan matawang pisang jepun di Malaysia yang menyebabkan wang tidak laku. Duit kertas pisang berguni tidak dapat membeli sekati beras. Hyperinflasi di negara Zimbabwe menyebabkan wang 100 billion hanya untuk membeli 3 biji telur. Contoh kegagalan sistem mata wang kertas yang sudah berlaku adalah seperti negara Belarus, Iraq, Zimbabwe, Angola, Mexico dan sebagainya.



Contoh inflasi di Zimbabwe

Abeh dah cerita pasal matawang...di sini saya nak menceritakan tentang mengapa perlu menyimpan emas. Apa yang membezakan antara kedua - duanya??? Selanjutnya...kita sudah maklum emas adalah mineral yang berharga yang perlu digali dan dicari oleh manusia adalah satu ciptaan Allah di muka bumi . Tidak perlu kita ragu -ragu lagi kerana terdapat banyak ayat -ayat dalam al - quran yang menyebut dan menceritakan tentang emas. Tambahan pula, emas adalah sunnah Nabi sejak 1400 tahun dahulu. Sabda Rasulullah " Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar(emas) dan dirham(perak) untuk digunakan". Riwayat Imam Ahmad Ibnu Hanbal.

Sifat semulajadi manusia sebenarnya menyukai emas tetapi tidak mahu untuk menyimpannya. Emas adalah logam warna kuning keemasan yang berharga di mana harganya semakin naik dari tahun ke tahun. Oleh itu, kita perlu memulakan dari sekarang untuk menyimpan emas. Kayy..saya ceritakan tentang kelebihan menyimpan emas...



Sejak 5 tahun lalu kenaikan harga emas secara purata ialah 220.75%. Ini bermakna kenaikan purata emas setahun ialah 44.2%.

1. Penyimpanan nilai terbaik dan kalis inflasi di mana emas juga disimpan oleh bank - bank pusat kebanyakan negara bagi memelihara nilai matawang.
2. Mudah dicairkan atau dijual bila memerlukan.
3. Halal dengan akad jual beli mengikut Islam.
4. Emas tidak boleh dimanipulasi dan tidak boleh ditiru.
5. Emas tidak dicipta dan dikawal oleh kerajaan sedangkan wang fiat dicipta dan dikawal oleh kerajaan.
6. Emas pada asalnya adalah matawang.
7. Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diistiharkan bankrup.
8. Boleh dijadikan hantaran atau maskahwin.

~ Banyak lagi kelebihan emas dan juga perak. Bukan setakat apa yang dipaparkan di sini sahaja.

Ayuh!!!sahabat - sahabatku seagama Islam marilah mulai sekarang kita menyimpan emas sebagai aset kita yang paling berguna untuk masa hadapan. Kata - kata Tun Dr Mahathir pernah mengumpamakan Dolar seperti tisu tandas. So, tidak perlu was - was lagi terhadap penyimpanan emas. Saya akhiri " To save your family buy gold, To help our nation keep gold, To follow your religion, use gold".





No comments

Powered by Blogger.