Header Ads

Freemason: Sejarah Asal Usul Pergerakan


SEJARAH FREEMASON. Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa kita pada masa ini perlu memahami asas-asas dan aspek sejarah pergerakan Freemason yang merupakan pertubuhan rahsia yang sudah bermaharajalela di dunia kini.Kebanyakkan orang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan pergerakan Freemason???.Mari kita mulai dengan mendefinisikan beberapa istilah.Kita akan mencapai sebuah perbincangan yang lebih mendalam pada tahap berikutnya merangkumi aspek termasuklah pergerakan Freemason,Kabbalah,Ilmu Hitam,Illuminati ateisme,jin dan Zionisme.


Operative Mason adalah tukang batu yang terawal dikenali kerana membina gereja besar Gothic dan istana Eropah.Namun,Grand Lodge pertama Speculative Masonry ditubuhkan di London pada bulan Jun tahun 1717.Freemason mula menerima apa yang dikenali sebagai Speculative Mason atau dengan kata lain orang biasa yang tidak mempunyai salah satu pengetahuan tukang batu atau kemampuan membina bangunan.Orang luar atau bukan Mason dilabel sebagai jahil oleh orang Mason.Alasan mengapa Mason menggunakan istilah penghinaan sebegitu kepada bukan Mason adalah kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan Mason.


Freemason: Sejarah Asal Usul Pergerakan 


Grand Lodge pertama Speculative Masonry ditubuhkan di London pada bulan Jun 1717.

JADI DARI MANA ASALNYA PERGERAKAN FREEMASON???

Dalam naskhah Cooke 1410,salah satu teks yang tertua yang berkaitan dengan gerakan Freemason menyatakan bahawa; Pada masa pembinaan Haikal Sulaiman dimulakan oleh Nabi Daud,Nabi Sulaiman menggunakan 24 000 Mason dan Nabi Sulaiman mengesahkan hak-hak dimana ayahnya Nabi Daud menganugerahkan kepada Mason.Nabi Sulaiman sendiri mengajarkan mereka kaedah bahawa apa yang dikatakan tradisi dan amalan mereka yang tidak jauh berbeza dengan ritual dan upacara yang diamalkan oleh Mason pada masa kini.


Operative Mason yang membaca teks(Naskah Cooke) ini melihatnya sebagai kebenaran sejarah.Mereka percaya bahawa mereka mengulangi satu kemahiran yang mana bertarikh kembali ke zaman Nabi Sulaiman dan telah dikanunkan.Bagaimanapun tarikh pembinaan Haikal Nabi Sulaiman tidak selalu menjadi tarikh penting dalam kosmologi Freemason.Peranan utama ini pernah sekali diberikan kepada Menara Babylon.Naskah The Regius yang mendahului naskah Cooke selama 20 tahun menyatakan;Raja Namrud pembina menara Babylon terkenal itu sebagai "Yang Pertama dan Ketua Yang Paling Cemerlang".Sebenarnya adalah dia dan bukannya Nabi Sulaiman yang memberikan panduan asas kepada Mason atau dengan kata lain upacara-upacara pertama mereka,ritual-ritual dan amalan-amalan.

Manuskrip Regius merupakan manuskrip yang tertua berkaitan pergerakan Freemason

Sebuah teks Masonic dikenali sebagai Naskah Thistle 1756 mengatakan bahawa;Raja Namrud menubuhkan Mason dan memberikan mereka pengenalan-pengenalan dan istilah-istilah supaya mereka boleh membezakan diri mereka sendiri daripada orang lain.Ia merupakan kali pertama dimana Mason adalah dikelolakan sebagai sebuah badan keahlian.

Adalah pada awal abad ke-18,dimana gerakan Freemason berhenti melihat asal usulnya di Menara Babylon dan bahawa Nabi Sulaiman sendiri dianggap First Grand Master(Ketua Agung Utama).Teks Masonic ke-18 menerangkan idea-idea dan gaya-gaya pada masa itu perubahan dari Operative Masonry ke Speculative Masonry.Teks-teks ini dipanggil "The Earth Catechism".Ini telah ditetapkan dalam bentuk oleh Speculative Mason yang ingin melepaskan diri dari asal usul keahlian yang mana memuliakan Menara Babylon dan Raja Namrud.Mereka sebaliknya lebih suka kepada Nabi Sulaiman atau misalnya satu pemeriksaan Mason 1723 menyatakan;Ketua(Nabi Sulaiman) agung seni pertukangan batu dan senibina pada zamannya".

Berdasarkan bahagian 1,telah ditetapkan bahawa asal-usul gerakan Freemason berasal dari Babylon purba yang kemudian membuat peralihannya sendiri ke Baitulmuqqadis menurut sejarah Masonic.Jadi bagaimana keahlian itu berakhir di Eropah?Adakah tukang batu sebenarnya orang yang memulakan pergerakan Freemason atau bahkan Mason pertama?Bagaimana tukang batu Eropah ini atau Operative Mason terlibat dalam sesuatu yang mana telah ditubuhkan di Timur Tengah?Atau adakah tukang batu Eropah digunakan sebagai pelindung atau sebagai kod penyelamat diri oleh orang lain supaya mampu menjaga perintah rahsia mereka?Mari kita meneliti perkara ini dengan teliti dan menyusuri kembali sejarah Freemason yang sebenar.Sila baca dan beri perhatian yang mendalam kepada terjemahan ayat Al-Quran di bawah:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
(Surah Al-Baqarah : Ayat 101-103)

Dan apabila datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi Allah (Nabi Muhammad SAW) yang mengesahkan apa yang ada pada mereka,sebahagian dari orang-orang yang telah diberikan Kitab itu melemparkan Kitab Allah ke belakang mereka,seolah-olah mereka tidak mengetahui(kebenarannya).
(Ayat 101)

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman,padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu,akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir(dengan amalan sihirnya);kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut di negeri Babil(Babylon),sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:"Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan(untuk menguji imanmu),oleh itu janganlah engkau menjadi kafir(dengan mempelajarinya)".Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya,padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat(atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka,.Dan demi sesungguhnya mereka(kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat.Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka,kalaulah mereka mengetahui.
(Ayat 102)

Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertakwa (nescaya mereka akan mendapat pahala);sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik,kalau mereka mengetahui.
(Ayat 103)

ANALISIS TERJEMAHAN AYAT AL-QURAN DI ATAS

Mari kita menganalisa terjemahan ayat-ayat Al-Quran di atas.Banyak organisasi penyembah syaitan,pengamal Kabbalah,Freemason dan banyak lagi yang lain menuduh tuduhan-tuduhan palsu terhadap Nabi Sulaiman,semoga Allah mencucuri rahmat ke atas baginda.

Sebuah buku The Goetia:The Lesser Key of Solomon the King pertama kali muncul pada abad ke-17 tapi banyak yang diambil dari teks-teks dari abad ke-16 termasuk Psevdo Monarchia Daemonum oleh Johann Weyer dan lewat pertengahan Zaman Grimoires(zaman sihir).Ada kemungkinan bahawa buku-buku oleh Kabbalah Yahudi dan mistik juga merupakan sumber inspirasi dan saya akan menjelaskan lebih lanjut tentang dari mana sebenarnya pengetahuan ini berasal.Beberapa bahan di bahagian pertama buku mengenai penyeruan syaitan bertarikh abad ke-14 dan bahkan lebih awal.Buku ini mendakwa bahawa sebenarnya ditulis sendiri oleh Nabi Sulaiman a.s walaupun perkara ini sudah tentu tidak tepat.Gelaran kemuliaan diberikan kepada syaitan-syaitan.

Buku The Goetia:The Lesser Key of Solomon the King


Pseudomonarchia Daemonum oleh Johann Weyer


The Goetia mengandungi keterangan terperinci mengenai makhluk halus dan jampi-jampi yang diperlukan untuk menyeru dan meminta mereka untuk melakukan kehendak ahli sihir itu.Ia memperincikan tanda-tanda pelindung dan ritual yang akan dilakukan.Tindakan yang diperlukan untuk mengelakkan makhluk halus(ia dirujuk sebagai jin untuk istilah yang sebenar) dari mendapatkan kawalan terlebih dahulu persiapan-persiapan penyeruan dan arahan-arahan tentang bagaimana membuat peralatan yang diperlukan untuk persiapan melakukan ritual ini.

Pada sekitar tahun 597 SM,Raja Nebuchadnezzar mengalahkan Kerajaan Judah(Yahudi) memusnahkan haikal pertama yang dibina oleh Nabi Sulaiman a.s.Dia juga mengasingkan banyak  anak-anak Israel kembali ke Babylon dan membawa mereka ke penghambaan termasuk bagi rumah untuk kebanyakkan golongan elit.

Rekod-rekod Babylonian dipanggil Jehoiachin's Rations Tablets ditulis dalam tulisan berpaku bertarikh 592 SM menyatakan beberapa daripada anak-anak Israel sebagai penyambut-penyambut makanan di Babylon.Tahun-tahun ini disebut buangan ke Babylonian atau "Babylonian Captivity" (Pengusiran ke Babylonian oleh Nebuchadnezzar).Buangan Babylon dibezakan dari buangan terdahulu warganegara Kerajaan Israel utara ke Assyria sekitar 722 SM.Buangan Bablon yang terjejas secara langsung terutamanya yang berada dalam kelas atasan masyarakat terjadi dalam tiga gelombang bermula pada 597 hingga 581 SM hasil anak-anak Israel memberontak menentang pemerintahan Babylonian.

Jehoiachin's Rations Tablets

Ramai golongan elit buangan mendapati diri mereka dalam keadaan yang selesa menyesuaikan diri ke dalam masyarakat Babylonian dalam cara-cara yang berkenaan kewarakkan di antara mereka.Kita membaca ini dari Injil:

"Yehezkiel mengecam orang-orang seperti puak pemberontak dan bahagian-bahagian dari Kitab Isaiah ditulis pada masa pembuangan juga menyatakan keprihatinan atas perlaksanaan tradisi Babylonian".

Jadi apakah tradisi yang telah dipelajari oleh kanak-kanak Israel?Sila baca terjemahan ayat Al-Quran di bawah:

Mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan di Babylon diturunkan oleh dua malaikat Harut dan Marut sedang keduanya tidak mengajarkan(sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan:"Sesungguhnya kami hanya cubaan(bagimu) sebab itu janganlah kamu kafir".
(Surah Al-Baqarah ;Ayat 102)

Kedua-dua malaikat mesti turun dalam rupa manusia untuk mengajar mereka yang ingin belajar setelah memberi amaran kepada mereka sebagaiman dinyatakan di dalam kitab tuhan dalam surah lain dalam perkara berkaitan malaikat mengambil rupa manusia kita membaca:

Dan sesungguhnya utusan-utusan Kami (malaikat-malaikat) telah datang kepada Ibrahim dengan membawa khabar gembira mereka mengucapkan: Salam sejahtera kepadamu(wahai Ibrahim)".Nabi Ibrahim menjawab "Salam sejahtera kepada kamu".Maka tidak berapa lama selepas itu ia membawa jamuan untuk mereka:Seekor anak lembu yang dipanggang.Maka tatkala dilihatnya tangan mereka tidak menjamahnya Ibrahim memandang aneh perbuatan mereka dan merasa takut kepada mereka.Malaikat itu berkata:"Jangan kamu takut sesungguhnya kami adalah(malaikat-malaikat) yang diutus kepada kaum Lut".
(Surah Hud ;Ayat 69 dan 70)

ILMU HITAM

Ilmu Hitam dilakukan ketika ahli sihir berkomunikasi dengan jin/syaitan dan meminta sesuatu dan balasannya jin/syaitan menuntut sesuatu dari ahli sihir seperti tidak mempercayai kepada tuhan,minum darah,pengorbanan atau untuk pemujaan dan lain-lain lagi.Kita membaca dari kitab tuhan:

Dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.
(Surah Al-Jin ;Ayat 6)

Jin tidak hanya mengajar beberapa anak-anak Israel ilmu sihir.Sebaik sahaja mereka telah menemui cara untuk berhubung dengan jin diajar oleh dua malaikat walaupun mereka sudah diingatkan itu akan sama seperti tidak mempercayai kepada tuhan dan itu hanya ujian nasib  mereka.Kebanyakkan daripada mereka menulis tentang cara untuk melakukan ilmu hitam dan telah mencuba merahsiakannya sejak itu.Jin terus mengajar mereka ilmu hitam dan menuduh Nabi Sulaiman melakukan syirik dengan mengamalkan ilmu hitam.Ini adalah alasan mengapa ilmu hitam dipraktikkan oleh kebanyakkan ahli sihir hari ini dikaitkan dengan Nabi Sulaiman disebabkan tuduhan ini oleh jin yang mana kemudian diterima dan disebarkan oleh orang Yahudi dan ahli sihir lain hari ini.

Jadi mengapa jin menuduh Nabi Sulaiman a.s mengamalkan ilmu sihir?Kerana Nabi Sulaiman a.s mempunyai kuasa ke atas jin.Baginda perhambakan mereka sebagai hukuman di atas perbuatan jahat mereka.Kita membaca dari kitab tuhan:

[34]
Dan demi sesungguhnya!Kami telah menguji Nabi Sulaiman(dengan satu kejadian), dan kami letakkan di atas takhta kebesarannya satu jasad(yang tidak cukup sifatnya) kemudian ia kembali(merayu kepada Kami).

[35]
Katanya :"Wahai tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku,dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan(yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku;sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa melimpah kurnia-Nya";

[36]
Maka(kami kabulkan permohonanya lalu) Kami mudahnya baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya,ke arah mana sahaja yang hendak ditujunya;

[37]
Dan(Kami mudahkan baginya memerintah)Jin Syaitan;(ia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan dan yang menjadi penyelam(bagi menjalankan kerja masing-masing).

[38]
Dan Jin-jin syaitan yang lain dipasung dalam rantai-rantai belenggu.

[39]
(Serta Kami katakan kepadanya):"Inilah pemberian Kami kepadamu,maka berikanlah(kepada sesiapayang engkau suka)atau tahankanlah pemberian itu;(terserahlah kepadamu) dengan tidak ada sebarang hitungan (untuk menyalahkannya)".


(Surah Sad: Ayat 34-39)

Ahli sihir mempunyai pegangan mereka dan mereka selalu yakin bahawa mereka berjalan di laluan yang baik.Tidak ada ahli sihir percaya bahawa  dia berjalan di laluan yang jahat.Lalauan ilmu hitam adalah jalan yang luas dipenui dengan kejahatan-kejahatan dan kesenorokkan tetapi pengakhiran adalah kerugian.Masyarakat timur mempunyai istilah untuknya disebut Bhakti Yoga.Ini bermakna yoga pemujaan tetapi yoga adalah satu sistem.Jadi jika kita menyembah dewa atau tuhan atau sesuatu seperti itu kita melakukannya untuk satu tujuan."The Lemegeton" dan "The Greater Key of Solomon" buku panduan sihir ini dikaitkan dengan Nabi Sulaiman a.s.Untuk 2 alasan: Pertama baginda dituduh sebagai ahli sihir terkenal.Kedua,penulis-penulis ini takut untuk meletak nama mereka sendiri dalam buku-buku kerana mereka akan dibakar di tiang pancang.

Nabi Sulaiman adalah sudah tentu asalnya raja Israel.Dan baginda hidup sekitar 800 SM dan baginda adalah raja yang hebat yang membina Haikal Sulaiman.Jadi sekarang dan lagendanya dikatakan munculnya persaudaraan Masonic dan muncul juga lagenda tuduhan Sulaiman ahli sihir hebat.Baginda dikatakan menguasai makhluk halus dan orang arab memanggilnya jin.


RITUAL SIHIR


Ritual sihir tidak hanya terkenal di Babylon atau kemudian dalam Kerajaan Judah(Israel).Ia juga sebahagian daripada Mesir Purba dan juga sebahagian daripada amalan keagamaan mereka.Agama Mesir purba adaah satu sistem yang kompleks daripada keyakinan dan ritual yang penting untuk masayarakt Mesir purba.Ia berpusat pada tindak balas orang Mesir dengan ramai dewa yang diyakini wujud dan mengendalikan kuasa-kuasa dan unsur-unsur alam.Mitos tentang tuhan-tuhan ini bertujuan untuk menjelasakan asal usul dan perilaku kuasa mereka wakilkan dan amalan-amalan agama orang Mesir ialah usaha untuk menyediakan tuhan-tuhan dan mendapatkan bantuan mereka.

Amalan formal keagamaan tertumpu pada firaun raja Mesir.Walaupun dia adalah seorang manusia Firaun dipercayai memiliki kuasa tuhan dan dianggap sebagai tuhan berdasarkan kerajaannya.Dia bertindak sebagai perantara antara rakyatnya dan tuhan-tuhan dan bertanggungjawab untuk memepertahankan tuhan melalui ritual sehingga mereka boleh menjaga ketenteraman di alam semesta.Oleh kerana itu,negara dianugerahkan sumber-sumber yang banyak terhadap prestasi ritual-ritual ini dan pembangunan kuil di mana mereka telah lakukan.Individu juga boleh berinterksi deengan tuhan untuk tujuan mereka sendiri meminta bantuan mereka melalui doa atau mendorong mereka untuk bertindak melalui sihir.Seperti agama misteri tersebar ke seluruh dunia dari Babylon mereka bertemu ungkapan di semua negara daripada dunia purba dengan hanya pertukaran dalam nama-nama tuhan dan kelainan-kelainan kecil dalam ritual.Sementara agama-agama misteri diamalkan di semua negara di dunia purba.Ia berada di Mesir di mana berabad-abad daripada pengabdian mengembangkan mereka ke darjat tertinggi mereka.Menurut buku Mason P.Manly Hall's "Freemasonry And Ancient Egptians" dan saya memetik:

"Sekarang umumnya diakui bahawa orang Mesir dari segala bangsa purba adalah orang yang paling mempelajari dalam ilmu-ilmu alam ghaib".

Ahli falsafah dari negara-negara lain melawat Mesir untuk memulakan dalam misteri suci oleh paderi-paderi Thebes,Memphis dan Hermopolis.Sudah pasti seperti kita telah membentuk hubungan yang sangat jelas antara misteri agama orang Mesir dan Lodge Masonic.Hubungan ini dengan mudah dapat dibentuk dari kata-kata penulis Masonic dan bukti boleh diberikan untuk menghapuskan semua keraguan.Dalam buku "The Meaning of Masonry" oleh Past Provincial Grand Registrar W.L. Wilmshurst kita menjumpai kenyataan tersebut dan  saya memetik:


"Sya kenal misalnya dengan satu sistem upacara oran Mesir sekitar 5000 tahun yang mengajarkan perkara yang sama seperti Masonry lakukan".


Dalam buku "Freemasonry it's Hidden Meaning" oleh George H.Steinmetz kita menjumpai kenyataaan tersebut dan saya memetik:


"Tanpa mengira asal-usul lodge moden atau mengenai nama Freemason kami boleh selepas membebaskan perlambangan penyesuaian moden nampak dalam gerakan Freemason garis panduan ajaran-ajaran misteri orang Mesir purba".



Buku Freemasonry It's Hidden Meaning

Dalam buku yang sama En.Steinmetz membuat kenyataan berhubung gerakan Freemason dan misteri orang Mesir dan saya memetik:

"Jika simbol secara konsisten boleh ditafsirkan dengan cara ini selama tiga darjat kita harus mengesahkan gerakan Freemason menjadi jelmaan misteri Mesir Purba".

33 Degree Mason  Manly P.Hall berkaitan usaha sejarahwan Masonic awal untuk berhubung Hiram Abiff ke agama misteri orang Mesir.Sejarahwan awal Masonic seperti Albert Mackey,Robert Freke,Gould  dan Alberi Pike adalah dari satu tujuan dalam usaha mereka untuk mewujudkan sebuah persamaan yang jelasa antara lagenda Hiramic gerakan Freemason dan mitos Osiris(tuhan Mesir purba) yang telah dinyatakan di dalam mula-mula ritual orang Mesir.Daripada "The Lost Keys of Freemasonry" oleh 33 Degree Manly P.Hall;

"Manusia adalah tuhan dalam pembuatan dan seperti dalam mitos mistik Mesir pada roda tembikar dia sedang dibentuk".

"Unas makan tangkal sihir,lihatlah unas telah memakan mahkota merah,dia menambahnya dan tangkal sihir tuhan berada dalam perutnya".

Berikut petikan ini merupakan komen ke atas teks-teks mengenai Raja Unas oleh penterjemah "Egyptian Book of the Dead" E.A Wallis Budge;

"Tanggapan bahawa dengan makan daging atau terutamanya dengan meminum darah makhluk hidup lain seorang manusia menyerap sifatnya atau kehidupan ke dalam dirinya sendiri di mana muncul di kalangan masyarakat primitif dalam pelbagai bentuk".

Ianya sudah tentu satu penilaian teapat bahawa pembunuhan dalam teks Unas dilakukan dalam ritual dan cara agama untuk tujuan  mendapatkan kuasa-kuasa atau kekuatan kuasa mangsa.Tidak hanya ini adalah tujuan teks-teks Mesir purba tetapi juga tujuan disebalik pemujaan syaitan moden.Tujuan asas umum ini boleh dilihat dengan membandingkan teks ini dan kajian mereka dengan kata-kata Master Satanist of the 33rd Degree Scottish Rite Grand Master dan 97th Degree the Rite of Memphis of Aleister Crowley.Dia menulis dan saya memetik;

"Darah adalah kehidupan".

Gambar Aleister Crowley

Kenyataan sederhana ini dijelaskan oleh Hindu dengan mengatakan bahawa darah adalah prinsip kenderaan Vital Prana.Itu adalah teori ahli sihir purba bahawa setiap makhluk hidup merupakan gudang tenaga yang berbeza-beza dalamjumlah sesuai dengan saiz dan kesihatan haiwan dan dalam kualiti bergantung dengan mental dan ciri-ciri moralnya.Saat kematian haiwan tenaga ini dibebaskan tiba-tiba.Untuk tujuan sihir haiwan itu harus dibunuh dalam bulatan atau segitiga supaya tenaganya tidak boleh terlepas.

Bulatan ritual

Seekor haiwan harus dipilih yang bersifat bertepatan dengan upacara.Untuk spiritual tertinggi berfungsi perlu memlih korban yang empunyai kuasa terbesar dan kuasa sejati.Seorang anak lelaki sempurna dan mempunyai kecerdasan yang tinggi adalah korban yang paling memuaskan dan sesuai.Ahli sihir yang keberatan dengan penggunaan darah telah cuba untuk menggantikannya dengan kemenyan.Tapi pengorbanan berdarah walaupun lebih berbahaya adalah lebih berkesan.Dan untuk hampir semua tujuan pengorbanan manusia adalah yang terbaik.

Eropah abad ke-11 diperintah oleh Gereja Katolik yang mengadakan genggaman yang kukuh dalam semua aspek masyarakat.Perkara ini membolehkan Pope Urban II untuk berperang ke atas khalifah Muslim di Baitulmuqaddis Perang Salib pertama dan pada apa yang disebutnya perang salib untuk merebut kembali Baitulmuqaddis daripada pemerintahan Islam.Ianya telah berada di bawah pemerintahan Islam sejak tahun 637.Tetapi pada tahun 1099,pemerintahan ini membaawa kepada pertumpahan berdarah dan tiba-tiba berakhir.Dan dikatakan bahawa darah mengalir di jalan-jalan sehingga setinggi lutut kuda.Wanita diperkosa dan dibunuh dan kanak-kanak dibunuh dengan pedang.

Gambar patung Pope Urban II

Luar daripada tanah pertumpahan darah dan keganasan sekumpulan pahlawan biarawan bangkit.Satria Haikal Sulaiman atau mereka kemudian dikenali sebagai Satria Templar.20 tahun selepas Baitulmuqaddis diambil Masjid Kubah Batu ditawan oleh Templar dan mereka mula melakukan penggalian di bawah masjid.Dan apa yang mereka telah temui mengubah sejarah untuk selamanya.Apa yang mereka temui adalah dokumen dan buku-buku seni rahsia ilmu hitam Kabbalah dan skrol-skrol misteri purba.Seterusnya, mereka mengamalkan sihir daripada buku-buku tersebut yang dijumpainya dan menyimpang daripada ajaran Kristian mereka.

Gambar Satria Templar

Pada 1187 setelah 200 tahun berperang,Muslim menawan kembali Baitulmuqaddis di bawah pimpinan Salahuddin.Seterusnya,setelah Templar kembali ke Eropah mereka menjadi sangat kaya.Mereka menjadi pemilik bank dan membiayai semua Raja Eropah.Pada tahun 1307 atau 120 tahun setelah mereka meninggalkan Baitulmuqaddis terdapat perintah rahsia ditempatkan dan sepenuhnya beroperasi.

Pope Clement VII dan Raja Philip dari Perancis menuduh Templar melakukan beberapa penyelewengan termasuklah menyembah syaitan,mengamalkan ilmu hitam,melakukan liwat, dan banyak dosa-dosa lain ynag merupakan sebahagian dari ritual baru mereka dijumpai.Para Templar ditangkap.diseksa,dibakar,dipenjara dan dihukum mati.Tetapi beberapa daripada mereka berjaya untuk melarikan diri daripada nasib yang sama seperti saudara-saudara mereka.Dan ketika pada masa itulah mereka bergerak secara sulit dan mereka mengubah identiti mereka dari Satria Templar kepada Freemason yang dikenali pada masa kini.

Gambar ini menunjukkan sebuah lukisan yang menggambarkan Knight Templar sedang dibakar pada tiang pancang

Mereka menemui tempat tinggal baru di Scotland.King Robert the Bruce yang dikufurkan oleh Pope menerima dan bersekutu dengan Satria Templar atau Freemason menyambut dengan tangan terbuka.Mereka kedua-duanya berkongsi musuh yang sama iaitu Gereja Katolik.Pada pertengahan abad ke-15,tentera salib William Sinclair memulakan pembinaan gereja kecil Rosslyn yang merupakan mercu tanda pertama dari Freemason dan seharusnya menjadi perlambangan Haikal Sulaiman.Yang merupakan lodge Freemason pertama juga dipanggil ibu lodge atau lodge bernombor sifar.

Gambar Rosslyn Chapel di Scotland

Sekarang mereka dikenali sebagai pertubuhan rahsia yang sangat berpengaruh di dunia.Dan pada hari ini kebanyakkan mereka menganggotai dan memegang jawatan yang penting dalam kerajaan.Di samping itu,juga mereka meluaskan pengaruh mereka dan menjalankan agenda-agenda sulit mereka dan mempengaruhi masyarakat seperti cara mereka berfikir.Setakat ini saja saya dapat kongsikan sedikit ilmu ini kepada anda semua.Jika saya ada kesilapan tolong betulkan agar info ini dapat dijelaskan dengan lebih tepat dan bernas lagi.

No comments

Powered by Blogger.